Allahuakbar, petang semalam dalam jam 3 petang, hati ini mendayu-dayu ingin ke suatu tempat. Bila tak tahan hendak cakap nak ke Masjid Besi Putrajaya melalui wassup, terus suami kata 'OK' dan tanya lagi betul ke jawabnya tetap 'OK'.

Terus hati diselimuti salji, sejuknya hanya pencipta sahaja tahu, betapa hati ini menangis meronta-ronta hendak menunaikan solat di Masjid Besi. Bukan kerana nak masjid cantik atau nak videokan pengalaman ke sana, ia lebih kepada syukurnya nak jadi tetamu Allah pada hari itu.

Siapa yang mengerakkan hati aku ini semua kerja pencipta, aku cuma gerakkan lidah kongsi rasa nak ke sini, selebihnya suami di gerakkan hatinya oleh pencipta untuk sampaikan hajat aku. 

Tapi...cabaran dan halangan Allah letak di sepanjang jalan dari KL ke sini....2-3 jam terkandas dengan kesesakan jalan raya yang sangat dahsyat, semacam belum pernah merasai lebih teruk jem dari ini lagi.

Aku matikan tindakan suami, aku cakap cukuplah, sampai KL Sentral patah je balik rumah, hari lain mungkin ada lagi...tak payah teruskan.

Suami cakap ini baru sikit ujian Allah kasi, tak apa, pa okey, jangan risau.

Aku terus dari rasa macam tak ada harapan tiba tiba bangkit jadi bersemangat, habis sepanjang jalan aku berkata-kata semangat untuk support sokongan suami dan anak....

Akhir sekali....tibalah...
MasyaAllah, sejuknya hati dan kaki saat pertama kaki melangkah masuk ke sini. Tak terkata...mata meliar mencari tempat wudhuk wanita. 

Semakin jalan semakin mata tak dapat nak tutup rapat, cantiknya...berseninya...tenangnya...modennya...besarnya...ya Allah aku di mana sekarang, perlu bantuan untuk bawa aku ke tempat sepatutnya.

Mujur masa masuk kelihatan seorang pengawas masjid membontoti ku sejak dari tadi, dia mengikuti aku sejak awal. Tiba-tiba nampak kelibat dia di sana dan di sini, tetapi aku biarkan dia buat kerjanya...

Sekali dia beri salam, aku jawab penuh dengan wajah banyak pertanyaan.

Dia tanya nak ke mana?
Jawab ku nak solat Maghrib {haha jujurnya, terfikir patut jawab nak ke tempat wudhuk wanita di jalan mana perlu aku pergi kan}

Bercampur baur soalan, sekali dia tunjuk jalan terus. Aku di bawa terus ke anjung tengah Masjid Besi, mata tak kelip-kelip lagi dah, suasana tenang, udara yang bersih dan segar menusuki hati aku dalam-dalam, aku hembus secara perlahan-lahan untuk mengamati sebenar-benarnya aku sekarang berada di tempat yang aku dambakan selama ini, dan tak terfikir akan sampai bila tiba diri aku di uji dengan dasyatnya beberapa hari lepas. 

Air mata deras mengalir sepanjang jalan...tak dapat menyeka dah air mata...membiarkan ia bercucuran. Lailahaillah!

Sampai di lif, aku di terangkan cara untuk ke dewan muslimat. Aku tetiba lihat wajahnya senyum dari tadi tak henti-henti dan tak lekang dari wajah kemasnya. 

Siapa nama Encik/Tuan...sesekali tuan muncul di lidah (niat untuk mudah mesra dengan orang pertama kali jumpa dipermudahkan urusan ku nanti)

Ramli...panggil saya Encik Ramli je...saya bertugas setiap malam di sini. 
Allah, terima kasih Encik Ramli tunjuk jalan saya dan terangkan setiap aras untuk julia senang guna kain telekung dan bahan bacaan di sini. Hanya Allah dapat membalas jasa baik tuan...

Maka solatlah aku, terkedu lihat sekeliling tak habis lagi...

Jemput tonton video kenangan tika julia berada di sana malam tadi...malam yang tak akan di lupakan sampai bila-bila. Tujuan utama video ini di muat naik adalah untuk titip kenangan pertama kali ke sini dan sebagai penguat semangat untuk saya lebih lagi menjaga amalan di masa akan datang. Tiada niat meriak atau menunjuk, semua di buat kerana Allah dan mahu anda bersama-sama merasai apa julia rasa. 


Asbab Deen Assalam berjaya membuat diri ini berubah total, video ini menceritakan apa yang ada di hati dalam melewati fasa healing process (fasa kesembuhan from zero)

Lega dapat tunaikan solat wajib dan solat sunat, baca zikrullah dan beristigfar, sepanjang jalan nak turun ke parking kereta aku di uji sekali lagi. Aku tak ketahuan di mana jalan keluar. Aku cuba untuk tidak meminta bantuan sesiapa dan bertanya sekali pun, aku ikut papan tanda....tapi hampa, jalan tidak bertemu...

Aku kena dapatkan balik kasut/sepatu aku kembali yang aku tinggal kan tadi di kawasan anjung Masjid.
Ya, aku kena dapatkan. Sekali Allah temukan aku dengan seorang muslimat seorang ini yang baru nak balik dari solat. Dia tunjuk jalan ke anjung....aku lega...tak putus2 cakap terima kasih.

Seusai sampai di kawasan anjung Masjid Besi, aku masih tak jumpa kasut kerja aku. Allah kenapa aku rasa macam gelap je semua, rasa macam susahnya nak jumpa. 

Sekali lagi, Encik Ramli tiba-tiba muncul tidak jauh dari aku yang sememangnya perlu bantuan.

Dia senyum, agak lucu bila sesekali dia ketawa sebab katanya kasut puan tidak jauh dari sini je pun...tu depan tu kan tadi kita berborak. 

Jawab aku, aah la...betul lah sini, tapi kenapa saya tak nampak.

Allah...

Terus aku nak beredar, sebelum tu aku ucap jutaan terima kasih dekat Encik Ramli. Dia angguk dengan wajah terharu...katanya malam ini puan cukup bertuah. Sebabnya malam ini Ustaz Hamdan yang membaca doa tadi mendayu-dayu baca dalam keadaan menangis dan doanya sangat menikam kalbu. 

Ya betul, aku sampai naik bengkak mata-mata menangis. Apa dia doakan dan jelaskan pasal kehidupan, pasal perhubungan..semuanya macam seperti dia berdoa untuk ku...



SubhnaAllah..

Aku matikan perbualan dengan lekas, kerana aku tahu suami walaupun bagi sebanyak mana masa kepada ku tapi aku tak boleh ambil lewa, aku tahu anak juga bagus ikut solat jemaah bersama walidnya tadi...aku nampak semasa solat di anjung wanita, gerak geri badan Abg Qi dari saf belakang bersama rakan-rakan lebih kurang, kagum melihat kesungguhan dia untuk bersama-sama solat, rupanya umur 6 tahun bukan lagi budak-budak...dia nampak matang dari sudut berdikari dalam diam. 

Terus cakap dekat Encik Ramli, suatu hari nanti nak bawa suami dan anak kenalkan dengan Encik...

Tersenyum lebih besar dia...dia ucap Alhamdulilah.

Begitulah ujian aku lalui, ramai lagi diluar sana pelik kenapa aku berubah drastik. Bukan kerana nak tunjuk alim atau kerana nak beragama tau...tapi jawapan kenapa tu aku biarkan pencipta sahaja tahu jawapannya...



P/S Ada berita mengejutkan hari ini aku dapat...berikutan semalam ke Masjid Besi, hari ini sudah dapat jawapan yang jauh dari tarikh yang aku perlu tunggu. Jawapan itu cukup mendebarkan....nanti aku cerita di entry seterusnya esok. 

6 Comments

  1. Suspen baca entry juju ni. Ni masjid favourite huda masa keje area sini. Selalu solat sini n berbuka puasa. Memang tenang

    ReplyDelete
  2. Allahu... Cantiknya.
    Kak nina belum pernah sampai sini Take care Juju

    ReplyDelete
  3. Syukur Juju dah beransur pulih dan tercapai hasrat nak ke masjid besi.

    ReplyDelete
  4. =') subhanallah alhamdulillah allahuakbar! baru masjid kat dunia..macam manalah kat syurga nnt kan kak huhu.... tapi bagus masjid besi ni sebab perempuan pon boleh buat solat jumaat kan hehe...

    ReplyDelete
  5. cantik masjid dia..tenang je tengok

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)