Hari ini di media sosial juju buka sesi soal jawab dengan pembaca blog. Pilihan soalan dari pembaca yang bertuah hari ini ialah seperti dibawah juju sudah kupas secara dekat dari hati. Nanti ada masa akan datang juju buka lagi sesi soal jawab ye. 

Nak kenali mereka, sila klik nama bertanda biru. Mereka sangat istimewa, soalan pun menyentuh hati. Tahniah !

#1. Juju boleh ceritakan erti persahabatan sebenar dan apa yang juju buat untuk kekalkan persahabatan sampai bila-bila walaupun masing-masing dah ada kehidupan sendiri dan memang mustahil untuk berkumpul semula. - Suria Amanda 

Soalan ini buat juju hampir menitiskan air mata. Ya, jawapannya sudah tentu sedang banyak berlegar di fikiran tinggal nak keluarkan dan kongsikan di sini sahaja. Sudah lama juju nak kongsikan disini, tapi diri tak kuat. Lagi pelik bila blogger Suria Amanda sendiri bertanya soalan ini. Tahniah di ucapkan pada beliau, soalan yang berjaya menjentik hati kecil untuk tonjolkan hari ini.

Erti persahabatan sebenar?
  • Respect - Hormat + Di Hormati = Jangan campak rasa hormat dengan sahabat, bila keterlaluan dalam bergurau senda selit-selit kata maaf. Terkadang dari segi gurau senda kasar, secara halus sekali pun takut ia bertukar kepada rasa terguris dalam diam. Siapa tahu betul tak?
  • Mendoakan dia = Manusia mana mungkin setiap harinya gembira, akan ada rasa hari dukanya, katakan padanya saya mendoakan dia semoga Allah bantu dia cari jalan. Kalau kita nak bagi idea dan pilihan untuknya biarlah yang tidak merosakkan orang lain hanya untuk kepentingan sahabat sahaja.
  • Salah = Ini salah satu sebab kena hubungan jadi renggang. Bila ada sahabat buat salah yang dia sendiri tak sedari, kita cerminan dia kan, borak dengan dia seolah-olah dia dapat rasa tidak terguris pun. Dengan cara santai dan tak terlalu sangat serius, bisik berdua dengan dia sahaja tanpa orang lain tahu sekali pun...elakkan wassup, teguran melalui wassup kita tak nampak emosi, sama ada dia serius atau santai...bahaya banyak teguran dalam wassup, buat dia baca berulang kali dan itu petanda dia akan sendiri renggang dengan kita. Face to face lebih elok. Kita manusia kan, mana ada manusia perfect, pasti akan ada kita terlepas pandang. 
  • Pendengar setia = Boleh cerita pasal diri sendiri tapi JANGAN KETERLALUAN. Nanti orang muak nak dengar, tak pun dia hanya tadahkan telingan sahaja tanpa tafsir apa yang kita kata. Bila berkawan kena ada toleransi komunikasi. Bila perlu cerita hal privacy yang tak keterlaluan. Simpan sikit cerita tentang diri melainkan benar2 perlu pandangan sahaja. Lepas itu jadilah pendengar setia cerita kawan-kawan, perlu ketawa bersama, selami hati kawan bila dia sedang bersedih, nasihat yang perlu sahaja, beri dia ruang untuk ikut atau tidak. 
  • Pujilah = Lahiriah seorang manusia memang sukakan pujian, macam juju jenis jarang puji orang, tapi seminggu sekali juju akan pastikan akan puji kawan-kawan dengan ikhlas. Kita lihat apa kawan kita pakai hari ini, makeup dia ke, apa sahaja yang boleh naikkan mood dia. Bila orang ucap terima kasih selepas di beri pujian apa kita rasa? Rasa di hargai dalam masa yang sama tau. Jangan berat mulut untuk raikan dia.

Cara julia kekalkan persahabatan walaupun tak mungkin dalam berkumpul macam dulu?
  • Hadiah - Juju jenis suka beri hadiah, apa yang juju suka pakai serta lihat kegemaran warna dia dan rasa sweet di hati pasti itulah juju akan beli dan bagi. Harga bukan satu keutamaan, tak kisah janji kita ikhlas. Salah satu cara inilah kita boleh terjemahkan rasa sayangnya pada sahabat kita tu. Contoh: Juju suka buku motivasi, juju akan pastikan beli buku motivasi dan hadiahkan pada si sahabat. Walaupun kita tiada di sisi, ketahuilah, setiap kali dia nampak tajuk buku motivasi tu dia sudah ingat kita, apatah lagi dia baca setiap satu huruf pahala mengalir dalam akaun tau. 
  • Berhubung - bila baru berpisah mungkin seminggu sekali bertanya khabar, dah lama berbulan mungkin sebulan sekali akan text tanya khabar. Bila dia jauh, kita nak dia selesa dengan caranya, sekali sekala buat lah dia gembira. Mana tahu masa tu dia sedang bersedih, sedang bergembira dan perlu luahkan isi hati. 
  • Katakan SAYANG + RINDU = Jangan segan nak cakap sayang dan rindu dekat kawan yang jauh di mata, walaupun sebenarnya dekat di hati. Text la dia...dia pasti rasa apa kita rasa...sedihnya tulis part ni...sedang melaluinya...dalam tempoh untuk terima hakikat. 
  • Alamat = Jangan lupa, panjangkan erti nilai persahabatan dengan poskan sesuatu yang mengejutkan dia. Ambil alamat terkininya walaupun sudah berpindah. Lama-lama sesekali beri kejutan istimewa, tak semestinya waktu hari jadi sahaja. Hari biasa adalah hari yang paling seronok untuk mengembirakan sahabat. Juju selalu praktik cara ini, simpan alamat rakan dan pos senyap-senyap. Buat kita gembira terima text dengan ucapan manis dari sahabat...


#2. Macam mana nak sentiasa positif macam juju? - Huda Halid

Hai Huda, terima kasih beri soalan yang sangat menceriakan. Bagaimana juju boleh kekalkan rasa positif. Tipulah tak ada hari yang mendukacitakan. Memang ada tapi ia akan tidak ambil masa yang lama untuk juju terus move on dan redha. 
  • Jangan terlalu ambil hati dengan kata orang.
Oh ingat senang? Terasa juga mulanya, tapi lepas beberapa jam juju akan keluar dari situasi tu dengan buat perkara baru. Pergi memasak, shopping ke atau jalan kaki di mana-mana. Alihkan fikiran dengan buat perkara lain. Jangan meratapi sesuatu yang buat mood kita terus berterusan. Cepat cari cara nak pujuk diri sendiri. Betul kawan-kawan support tapi tanya dalam diri? Kita berhak gembira seperti orang lain juga. 

  • Hari ini hari kita, jom corakkan hari kita !
Juju selalu katakan pada diri, alhamdulilah masih diberi rezeki nyawa hari ini. Aku nak semangat buat apa aku suka, aku nak rancang itu dan ini, dan aku nak support team family dan sekerja dengan baik. Itu cara kita kekal positif. Katakan setiap hari, aku nak ceria, cantik dan bahagia setiap hari. Tak kira apa pun status korang single ke, berkahwin hatta sudah solo kembali...ini cara untuk kita latih diri dan beri aura positif pada rakan dan keluarga yang lain tau. Pujuk dia untuk katakan aku kuat ! Aku boleh buat !

  • Elakkan berpuak-puak 
Terus terang cakap, bila kita amal konsep berpuakan memang akhirnya kita akan dipulaukan. Akan ada hari kita rasa eh kenapa aku rasa macam aku macam ni je, tak ada sesuatu yang baru aku pelajari...cepat-cepat tersedar dari ini ya, tak baik sebenarnya. Berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa rasa kita tak layak. Ada kala rakan tu malu, kalau berani sekali sekala join serta dengan mereka. 

  • Ada kala perlu bersendirian
Tidak bermakna kita meminggirkan diri, tapi ia salah satu proses untuk kita merehatkan diri dan membaca. Kalau tak rajin membaca, sebaiknya jentik hati untuk mulai baca mutiara kata. Dari situ akan buat diri kita jinak untuk mendalami nikmatnya baca buku motivasi. Juju sejenis manusia yang mengidamkan satu mini library yang sarat dengan baca motivasi. Bila nampak deretan buku motivasi, diri seakan macam baru dilahirkan, putih mulus dan tak sabar nak buat pembaharuan. Cubalah!

Di pejabat, setiap hari salah satu buku juju akan random baca, dan pilih muka surat secara random sahaja, selalu fikir apa Allah nak beri nasihat pada juju hari ini. 

"Build a life YOU want : Create a vision of what you want in the future and then work backwards to see what the steps are to get there. Allow your mind to float out into the future 5/10/20/40 years and imagine what your life is like." dari sumber buku terbaru How to make the right choices in life.

6 Comments

  1. Sedih kan..sebenarnya SA x kuat nak buat entry tentang sahabat..SA ada beberapa kawan baik dan SA mmg panggil sahabat, setelah lama terpisah kami berhubung semula melalui FB, sygnya masing2 mwnjauhkan diri bila SA asyik decline jemputan utk reunion, sampai skrg walau masih friend di FB tapi masing2 anggap mcm SA x wujud..sedihkan..tp SA tetap mcm biasa, liked setiap post mereka, wish birthday, raya dan sebagainya..agar mereka tau SA mmg syg mereka..cuma keadaan dh x sama macam masa masa belajar dulu..thanks juju..at least juju dh sampaikan apa yg SA cuba sampaikan

    ReplyDelete
  2. bg akak persahabatan sebenar ni bila sahabat2 masa sekolah yg selalu dekat dgn kita hingga sekarang boleh berkongsi susah dan senang, ikhlas menolong masa kesempitan. kekadang kita tak pun mengharapkan bantuan mereka tapi kalau terpaksa dan sangat dalam kesempitan terpaksa minta tolong belum tentu sahabat mampu menolong seperti memberi pinjam wang dan sebagainya. Jika membantu dalam mendengar luahan kesempitan hidup kita mungkin them can be a gd listener tapi belum tentu dpt menghulurkan kita wang ringgit wlapun sabahat org senang.

    ReplyDelete
  3. Thank you juju. Walau kita tak pernah jmpa, tapi huda rasa kita satu kepala la..hehe. apa juju tulis huda setuju sgt. Huda pun suka baca buku yg boleh memberi inspirasi utk kekalkan momentum positif

    ReplyDelete
  4. bagus kan bila adanya sifat positif macam juju.. tq for sharing ada gak boleh dibuat contoh nanti

    ReplyDelete
  5. setuju dengan semua point juju. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 784

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan dari blogger baru .. Hubungan jiran yang hari hari kita jumpa dan dunia alam maya mesti jauh bezakan.. Sorry komen tak ikut tajuk hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)