Tiket parking tak mahal mana pun, harga biasa.

Dari Kuala Lumpur lagi, anak julia si abg Qi korang tu lah asyik dok ulang-ulang nak pi tengok ikan, nak tengok ikan kat sini. Sebab dah pernah janji dekat dia, kalau lulus peperiksaan tadika ada peningkatan baik, janji nak bawa ke sini. Alhamdulilah keputusan ujian pertengahan dia ada peningkatan dan cikgu besar dia pun puji. Syukur! 

Kebetulan memang dah tempah tiket flight ke Langkawi sejak tahun lepas, tempah awal dapat free flight hanya bayar cukai je pun. Tiba lah masa hari Jumaat 29 Jun 2018 lepas jam 9.30 pagi bertolak  dari KL ke Langkawi. Dalam 40 minit dah sampai.

Landmark.
Penginapan kami di sekitar Pantai Cenang, senang nak akses ke Underwater World. Lima minit memandu dengan kereta sewa dah sampai, betul-betul di sebelah Coco Valley yang pengunjung suka beli belah syurga coklat.

Nampak tak betapa terujanya si kecil kami tu bergambar. Dah tak sabar dah tu nak masuk jumpa ikan dan spesis ikan laut dalam. Julia dan suami pun sama tak sabar nak masuk, sejak 3 tahun lepas datang ke Langkawi kami dah lama aim akan datang balik Langkawi nak masuk sini bila anak dah besar. 
Harga tiket masuk berapa?
Ramai kawan julia tanya di media sosial, berapa harga tiket sekarang masuk ke Underwater World? Ini dia, tunjuk sahaja MyKad dapat harga istimewa sebagai rakyat Malaysia. Tak ada lah mahal mana pun, berbaloi sangat dengan hasil yang akan kita lihat nanti bersama keluarga dan rakan tercinta. 

Luas betul kawasan didalamnya, mata tak habis-habis dijamu dengan tontonan info setiap spesis. Wow! Jangan lupa ambil pamplet dulu di tepi kaunter, boleh baca dulu dan ambil gambaran. 


Teruja sangat si anak !
Pegang pamplet besar-besar sambil tangan tunjuk ikan didalam akuarium. Ye, bukan setakat anak kecil macam abang Qi je teruja, kami berdua sebagai ibu bapa pun sangat terkejut lihat didalam Underwater World tau, menarik sungguh. 

 Pandai baca ke tu fokus sangat ! 😂
Abg Qi #6tahun



Bermacam jenis ikan dalam laut serta ada bermacam jenis suasana antaranya didalam hutan. Lama lepak sini memerhati ikan dalam tube kaca tu. Macam-macam si kecil tanya itu dan ini, kenapa ikan tu macam itu, kenapa ikan ni macam ini. 😀


Singa Laut & Penguin !
Besar betul kawasan khas singa laut dan penguin. Bermacam jenis aksi comel kami dapat lihat secara dekat. Aksi geletek badan la, aksi berenang, aksi muka comel...geram sangat rasa nak picit-picit.

Mujur mereka semua duduk dalam kawasan dinding berkaca. Sabar je hati lihat perangai mencuit hati. Sambil tu kami baca setiap info yang di letakkan berhadapan kandang kaca. 


Hidupan Laut Dalam
Masuk lagi, mata di jamu lagi dengan berpuluh-puluh jenis spesis hidupan laut dalam yang tak pernah kita lihat secara dekat. Datang sini rasa bertuah sangat sebab tak perlu berenang ke laut dalam untuk lihat beberapa spesis sahaja, kat sini boleh dikatakan bermacam spesis tau ada.

Selalu tonton di TV terutama kisah National Geografic, sekarang gambaran sebenar dengan info boleh kita dapat sekali bila berada di Underwater World. Pelaburan yang sangat berbaloi.
 Eel (Belut) rare betul, semua gambar julia snap menggunakan Sony Alpha A6300


Typhoon Pavilion & Lost World Tunnel
Jangan lupa naik tingkat 1 di Underwater world terjah port baru 'Typhoon Pavilion & Lost World Tunnel'. Port baru ini kena bayar asing ye, harga nanti julia tunjuk melalui gambar nanti. Pernah rasa gempa bumi? Ribut taufan? Puting beliung dengan angin kuat?

Kalau belum pernah alami, jom kita alami bersama-sama. Julia sendiri nak rasa macam mana la perasaan mangsa-mangsa yang melanda bencana di negara mereka. 
   

Tahu tak!
Gempa bumi yang terkenal berlaku di Acheh dan gempa bumi 311 di Jepun lebih daripada magnitud 9. Wenchuan dan Nepal mempunyai gempa bumi lebih daripada magnitud 8 hasil bacaan julia di internet. Kita bernasib baik kerana kita semua bukan didalam zon bahaya dan tidak dapat membayangkan akibat ngerinya gempa bumi melanda secara tiba-tiba. 

Sekarang, kita boleh lalui pengalaman simulasi gempa bumi dari Pavilion Gempa Bumi di Underwater World tau. Mereka menghasilkan simulasi ini dari sebuah institut penyelidikan sains dan pendidikan Jepun. Ada langkah-langkah keselamatan yang kita perlu ikut sepanjang berada di dalam bilik simulasi. 
Baju hujan di beri percuma sekali tisu.

10 minit selepas simulasi berjalan, lencun kena ribut, bergoyang badan bila keluar dari bilik simulasi sebab kena gempa bumi. Syukur sangat kita berada di Malaysia, sekarang baru tahu betapa fobianya mangsa di landa bencana macam ini. Allahuakbar.

Harga tiket.
Berbaloi beli tiket sebab apa yang kita dapat lebih dari apa yang kita fikirkan. 

Lost World Tunnel 
Sebelahnya ada Lost World, dalam ini lagi syok, Ada cermin kaca, nak tahu macam mana julia beraksi dalam cermin kaca tu nanti boleh tonton video ada di bawah. 1 harga boleh masuk 2 tempat diatas. Memang untung sangat hehe.

Lost world tunnel ni percubaan kali pertama masuk gagal. Sebab jumpa jalan masuk utama mula-mula masuk. Menitik peluh cari jalan tak jumpa. Masuk kali kedua, meligau cari dengan menggunakan belon Ben10 yang diberi untuk tepuk cermin. 
Mujur jumpa jalan keluar...tapi sebelum keluar jumpa tetttttt! Nanti korang masuklah eh, baru tau...tak mau pecah rahsia kat sini haha surprise!

Marine Section
Terus turun ke tingkat bawah semula, masuk kawasan marine section. Di kawasan ini ada banyak spesis yang jarang kita jumpa tau. Memang ralit la keluarga julia lihat semua spesis hidupan laut dalam kat sini. Jom !

Ada banyak, tapi nanti korang datang sendiri boleh tengok spesis lain sendiri ya. Paling suka spesis ini, lama julia perati jenis ini. Unik betul. Panjang dan kepala berjuntai-juntai. Ada banyak tau. 
  
Bermacam jenis belut dan ikan laut dalam. Cantik sungguh batu karang dalam akuarium ni, memang nampak betul-betul mereka semua di jaga dengan rapi sebab nampak sihat dan ceria semua. Kebajikan mereka di pelihara dengan baik. Pameran terbaik!



Keluar dari sini dengan wajah kepuasan, berganda kepuasan tau. Puas hati. Anak julia suka sangat, kata dia nanti nak datang nak tengok penguin dia lagi hehe. Ada rezeki nak datang lagi, seronoknya. Bagi anda semua yang memang bercadang nak ke Langkawi, datang ke sini rasai pengalaman bersama hidupan comel-comel. 

Nak rasa perasaan seronok tu, sila klik video dibawah.
Selamat Underwater World Langkawi !

Info lanjut layari: 

10 Comments

  1. Memang best pi situ, dok dalam tu berjam jam leka tak sedaq masa. Yg tunnel tu akak panik gila masa masuk hahaha

    ReplyDelete
  2. bestnya lahai..bila la nak sampai langkawi gak ni..:)

    ReplyDelete
  3. sha dah 2 kali masuk sini...memang best...hihihi

    ReplyDelete
  4. bnyak jugak attraction dalam satu bangunan.
    simulasi gempa bumi tu nampk mcm kena try tu.

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak pergi ke Langkawi. Dah ada byk tempat melawat baru rupanya😄

    ReplyDelete
  6. seramnya yang simulasi tu. Allahu. Syukur Msia mmg tmpt strategik..

    ReplyDelete
  7. menarik..menarik.. teringin nak g langkawi

    ReplyDelete
  8. Indahnya tempat tu, kalau saya nak kesana teringin nak naik kereta kabel..tengok suasana tempat tinggi, tapi langkawai banyak tempat menarik.. Sediakan bajet lebih je.

    ReplyDelete
  9. Akak masuk tunnel pun memang tetiba panik semacam padahal takde apa pun, anak pun cakap mama ni overlah! Hahahaa.

    ReplyDelete
  10. dulu ayu masuk tunjuk pas kerja dapat diskaun gov staff..tp skrg tak tau lah

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)