Jamah Laksa Ikan Sekoq Tepi Pantai Cenang
Terliur tengok Abg Qi makan bersungguh! #enamtahun
Umi, umi...nak laksa ikan sekoq juga! Kata Abg Qi. Amboi, ingat dia tak layan laksa sangat, rupanya dia pun suka laksa kat sini. Masa dia kecil dalam umur 3 tahun lebih, dia belum pandai makan laksa ikan sekoq. Hanya minum susu botol setiap masa. Sekarang dia boleh geng dengan kami berdua. Syukur sangat tengok dia makan berselera macam ni.
Ada banyak pilihan tepi airport Langkawi, mana-mana pun sedap kot. Kami main terjah je, dulu punya port peniaga tu tak datang meniaga masa ni. Kami terjah je mana-mana.
Sedap laksanya. Kami order rojak, laksa ikan sekoq, air kelapa muda dan air sirap. Kenyang makan tepi pantai cenang. Sambil layan angin pantai menderu masuk. Panas sungguh! Duduk bawah pokok, redup sikit. Ada kerusi dan meja di sediakan, selesa la.
Cantik permandangan sekitarnya. Nak makan betul-betul depan pantai ni tak mampu, panas yang amat. Mungkin jam 7 malam baru redup. Kami datang makan sini pun dah jam 5 lebih. Masih panas terik.
Ramai orang datang mengunjungi. Kawasan ini memang jadi tumpuan orang ramai setiap kali nak makan laksa. Sewaktu kami datang tak ada lah sampai kena beratur.
Selesa la cari tempat duduk sebab bukan musim cuti sekolah kan. Masih mood beraya lagi agaknya orang ramai.
Alhamdulilah, suami dan anak sihat sewaktu melancong ke Langkawi. Paling diambil tentang soal kesihatan.
Deretan buah kelapa muda baru sampai, RM5 je sebiji. Murah berbanding harga di KL tu. Puas minum air kelapa hari-hari, lawas jadinya. Sambil makan sembang dengan suami dan anak tercinta. Selepas ini nak ke mana dan beli apa untuk makan malam nanti.
Sempat kami ke pasar malam Kuah, banyak betul jualan murah. Makanan pun sedap-sedap macam dulu-dulu kami pi. Yang dah pergi Langkawi pasti merindui laksa ikan sekoq di sini kan. Itu yang kami datang lagi lepas 3 tahun. Tiket murah penerbangan murah why not cuti-cuti Malaysia.
9 Comments
sedap tu laksa ikan sekoq...meriah deretan kelapa muda tu
ReplyDeletekalau gi langkawi wajb singgah sini kan
ReplyDeletesdapnya..tgk abam qi makan..trliur..hihi
ReplyDeletesalam kenal, makan laksa dengan permandangan cantik menarik memang terbaiklah.. tak pernah lagi kesana.
ReplyDeleteFuhhh sedapnyaa kak Juju!
ReplyDeleteLaksa situ mmg sedap..
ReplyDeleteHari tu pergi tak boleh makan sebab baru lepas habis pantang, nanti kena repeat lagi ke Langkawi ni.
ReplyDeleteTempat yang saya nak aim kali ni, laksa ikan sekoq. Terima kasih!
ReplyDeletesedappnyaa laksa
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)