Penulis bergambar berlatar belakang fish farm Kilim.

Kelmarin update kisah jejak pertama di Kilim meronda sekitar Andaman Sea. Ramai komen nak ke sana juga macam juju. Ish ini yang perangat enjin suka menulis di blog, ada penyokong hoorey terima kasih pembaca setia. Janji hari ini juju nak kongsikan kisah aktiviti kedua iaitu Fish Farm Kilim Geoforest Park. 

Seronok sebenarnya bawa anak yang dah pandai cakap dan behave ke kawasan Kilim, dari soalan anak-anak lah membawa keseronokkan berganda. Dengan jeritan dan gelak ketawa. Yelah, mananya Abg Qi tak jerit, semua benda ikan dalam kolam tu mak dia nak pegang...dia takut jari mak dia hilang hahaha. 

Ish tipu lah cakap tak takut, berdebar campur risau pun ada. Almaklumlah jari pun gemok, ikan tengok pun berselera besar hahaha okey gurau sikit bagi korang relaks nak baca entry panjang. 

#FISH FARM 
Tudiaa! Sampai sudah di Pak Su Fish farm. 
Sebenarnya ada beberapa fish farm kat sini, kalau nak tau Pak Su Fish farm ini persinggahan pertama sekali. Yang farm lain di belakang tu ada. Menariknya kat sini saat bot laju melabuhkan sauh kami sekali lagi tak sangka hanya kami bertiga sahaja di sini tau. Tiada pelancong lain. Terasa betapa nikmatnya diberi layanan istimewa, rasanya Pak Su ada beri salam dekat kami hari tu. 

Sambutan dan layanan Pak Su sangat baik, dia sembang dengan Abg Qi tau. Macam atok jumpa cucu rindu gitu, lupa plak nak bergambar dengan paksu, sebab leka tengok kecantikan panorama indah sekeliling fish farm. Gila tak cantik! Kalau pandai berenang rasa nak terjun je tau...angin laut masyaAllah, damainya. 


Rasa macam duduk dekat bumi lain. SubhanaAllah!


Nak bagi gambaran nah, juju crop guna google earth, lagi jelas senang korang nampak kami berada di mana. Ada restoren terapung belakang paksu farm tu tau, almaklumlah kami ni bajet-bajet trip je. So tak ada lah nak makan bagai pagi cam tu. Baik naik bot pusing-pusing dulu haha. 

Ada kawan Kilim ju kata kalau nak tengok ikan sumpit tu hanya di paksu fish farm sahaja tau. Tu selepas ju ke sana baru tahu kawan jelaskan. Memang rezeki la sangat. 

Memang banyak betul kolam dekat sini. Masa turun dari bot gayat weh, bergoyang sana sini, lepas naik atas ni nak jalan antara kolam pun bergoyang-goyang. Macam tak sesuai nak bawa baby ke sini lah. Kecuali guna baby carrier itu pun jujur cakap papan antara kolam tu tidak berapa okey sangat. 

Aku yang besar ni jalan pun melendut kayu tu hahaha, sabor je lah. Faham-faham lah ye juju kasi nasihat awal ni. Nak ke sini kena fikir situasi anda tu macam mana dulu okey.

Inilah pelancong yang paling di kehendaki, tanpa mereka tak ada gambar aku haha. Okey banyak kali pesan Abg Qi pegang tangan walid jangan lepas, pesan sampai pening Abg Qi tau. Yelah dalam gembira tak nak timbul risiko. Biar nak kena pun biar aku yang kena dulu. Sampai gitu haa aku fikir. 

Okey jom tengok ikan pari jinak. Kemain ikan pari tu berenang dan menari-nari dalam kolam. 

Snap jangan tak snap bro haha. Kemain dia snap aku risau hp tu masuk dalam kolam je, banyak kali pesan jangan guna dekat kolam, biar kamera gedang aku je snap sana sini. Iphone tu bro iphone. 😂

Aku cantumkan semua gambar jadi satu senang anda nak tengok dan ambil gambaran, beginilah ikan pari di beri layanan istimewa. Jinak sungguh lahai. Adik yang jaga kat sini cakap mai la sini akak, bagi makan ikan pari suap kat dia...okey aku angkat kaki belah hahahha gila ko, aku tak sampai lagi berani sangat nak buat macam tu tau. Cukup la aku tengok dan snap gambar je la. 

Masih takut tengok ekor pari tu silap hari bulan kan lain cerita. Baik berjaga-jaga, berani tu simpan sikit. 

Ikan Nyok-Nyok 
Ada banyak spesis ikan dan haiwan dekat sini. Terutama ada satu ikan besar ni dia seorang je duduk dalam kolam. Dia tak suka berkawan, betina tau. Memang berenang tu leh rasa lah dia nak tunjuk power kat kami yang tengah tengok dia ni. Ishh nyampah, ingat manusia je ada ego, rupanya ikan pun sama tau. Haha!

Pertama pegang ikan buntal !
Tapak tangan juju pegang ikan buntal. Ikan buntal paling terkecil sekali dekat sini. Rupanya ikan jenis ini boleh pegang. Keras badan dia dan berduri sikit je. Mula-mula memang tak nak pegang takut kesan gatal ke apa ke kan, tapi adik tu cakap okey tak ada apa-apa okey terus berpegang dengan kata-kata adik tu haha.

Yelah takkan adik tu nak menipu kita kan, dah alang-alang sampai sini apa salahnya pegang. Dalam hati geli tu Allah yang tau, mari beranikan diri. Nah ini dia ikan buntal comel pertama kali tengok dan pegang. Diam je dia duduk tau. 

Ikan Sumpit 
Setibanya di kolam lain, adik ni cakap kolam ini ikan dia istimewa. Ikan sumpit namanya. Mula lah terkebil-kebil mata tengok ikan kecil-kecil dalam kolam tu. Mula la fikir lain, ish takkan la ikan sekecil ini boleh sumpit air laju macam mainan budak-budak main tu kan. 

Jangan ingat ikan sekecil itu tak boleh buat. Bukti depan mata dah tau. Nampak tak juju tunduk dekat kolam tu? Di jari lekatkan roti sikit, terus ikan kecil tu sumpit air terus kena dekat jari. Hanya sekali sumpit je tau mengena. Wow! Hebatnya ikan ni.  
Demo: Ikan sumpit (archer fish)

Ini dia rupa ikan sumpit sebenar macam mana dia sumpit air. Bila baca melalui internet ikan ini memang memburu makanan dari darat dengan sumpit air je tau. Bila makanan jatuh baru dia kerumun makan. Wah bijaknya dia. 

Satu pembelajaran baru bagi julia dan anak, seronok betul ke fish farm. Banyak betul kita boleh belajar tentang habitat lautan rupanya. 
(Rujukan gambar dari Google)

Push & Practise.
Ya galakkan diri anda sendiri dan keluarga dekatkan diri dengan alam. 
Hargai alam semesta.
Puji kecantikan alam depan keluarga kita, ucaplah kata-kata indah di depan mereka, jelas dan ikhlas. 

Bila mereka dengar, mereka tidak leka dengan pengembaraan sedang berlangsung. I'm very glad, both my family memang menghayati keindahan sekeliling yang sukar di beli dengan wang ringgit sekali pun...teamworks absolutely important. Begitu juga travel, kita perlu teamworks yang bekerja antara satu sama lain. 

Selesai pusing sekeliling kolam paksu, mari kita naik bot dan teruskan perjalanan ke depan, nak tengok apa yang menarik lagi. Okey fish farm yang lain julia tak snap, sila pergi sendiri untuk tahu rahsia alam di Kilim okey. Baru lah mencabar trip korang nanti. Cool !

#EAGLE WATCHING
Sampai ke aktiviti seterusnya, melihat helang! Woah tengok helang? Ya, ada banyak spesis helang yang jarang kita temui tau. Helang di sini sangat bijak rupanya...okey teruskan membaca. 

Nothing! Except maingrove. Ya nampak tenang dan tiada helang disekitarnya langsung betul tak. Okey mana helang ni, rupanya pemandu bot buat umpan ikan kecil dulu tau. Dia letak dalam air dan kocakkan air dengan enjin bot sampai berbuih jadinya. 

Here there are! Eagle! Wahh mereka memerhatikan kita sebenarnya, ingatkan kita sedang memerhatikan mereka, mereka lagi bijak. Helang tidak semudah itu untuk menonjolkan diri. Dia nampak betul ke tipu ke ikan tu ada kat situ, baru dia keluar. Banyak tau ada dekat 13 ekor burung helang julia kira tau. 



Nampak betapa hebatnya mereka terbangkan. Leka dan senyap semua my family, terlalu asyik melihat helang. Aku tanpa membuang masa, snap dan zoom dekat yang boleh. Wowww cara mereka tangkap ikan sangat menakjubkan. Penuh dengan gaya dan istimewa. 

Cuba kira ada berapa helang didalam gambar dibawah? 
Tajamkan mata anda. 

Saksikan helang beterbangan, raja haiwan di langit. 



Sambil tengok helang, kami selfie bersama alam sekeliling. So fantastic! Amazing dan incredible. So inspire!

Yey helang atas kepala, good job mr husband tangkas snap!


Selesai dua aktiviti di Kilim, aktiviti terakhir ialah Bat Caves (Gua Kelawar). Paling syok nak cerita sebab bulu roma naik saat melangkah... okey sambung esok. Bagi surprise sikit haha. Bye!

6 Comments

  1. Terbaek juju!

    Tak sabaq nak revisit langkawi. Nak explore kilim geopark pulak. One day insha Allah.

    ReplyDelete
  2. bestnya. dah lama saya tak ke langkawi. huhu

    ReplyDelete
  3. Seronoknyaaa dapat pergi sini kak Juju. Cantikk sangat tempatnya. Best lah abag Qi dapat pengalaman baru. Heheh

    ReplyDelete
  4. terkenang island hopping di langkawi.
    helang.
    indah betul suasana nyer...
    kilim ni aida lom gi lagi.
    pasti best ekk...

    ReplyDelete
  5. best yer juju. plan nak g gak.boleh kongsi details price dan booking dulu ke boleh walk in

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)