Amboi masuk resipi kedua dan ketiga dah sekarang kemain si julia tu kan, tahun ni rasa raya meriah sikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebabnya semua adik julia dah berkahwin, so i ada 3 adik ipar duai hooreyyy. Makin meriah la raya nanti, kedua i nak balik beraya di Pahang 2 hari sebelum, so nak bagi anak buah rasa sikit air tangan anak julia si abg Qi buat biskut raya sendiri. 

Okey ini dia resipi biskut paling mudah, guna tiga bahan sahaja tau, i tak rujuk Google kali ini, i main cuba-cuba je, ehh sekali jadi haha tapi bukan almond london tau, ni chocolate almond bakar sebenarnya haha. 

Resipi Biskut Butter Chocolate Almond

Bahan
Tepung gandum
1/2 butter (suhu bilik)
3 sudu besar gula
(Uli guna tangan je)

Hiasan
Chocolate cadbury - double boil
Kacang almond - hiasan
Suhu 130c - 20 minit

Caranya:
Masukkan butter, lenyekkan sikit dalam mangkuk. Masukkan gula dan tepung sikit demi sedikit. Kalau boleh kurangkan gula dari 3 sudu ke 2 sudu pun lagi elok sebab butter tu pun bantu menyedapkan biskut sebenarnya. 

Uli sehingga tak melekat, maksudnya bila di gumpal boleh agak-agak untuk tekap acuan cukup dah. Tu maksudnya stop tambah tepung gandum tau. Rehatkan adunan dalam 15-30 minit. 

Sementara tunggu doh direhatkan, kita cairkan coklat cadbury. Caranya guna double boil, i suka guna coklat cadbury kalau buat biskut raya sendiri sebab kita tau apa yang sedap nak lalu kat anak tekak kan haha. 

Kalau pakai coklat masakan tu bukan tak ada emmmpph, cuma ikut selera dan citarasa masing-masing la kan. 

Gambar di bawah teknik double boil, dibawahnya ada air panas, cairkan dengan api perlahan.

Buat doh membulat agak-agak sebesar 50 sen, leperkan sikit didalam bekas kertas. Coklat dah sejuk letak sikit diatas acuan terus taburkan hirisan almond.

Bakar! Siap...

Bila sampai waktu berbuka puasa, julia dan abg Qi makan sorang satu...okeyyyy nikmat rupanya rasa coklat cadbury yang dibakar sikit. Biskut butter pun gebus je...cair cepat dalam mulut. Aihhh tahan nafsu nak makan lebih, raya punya pasal kan...okey selamat mencuba.

Pssst! Resipi Biskut Hashtag nanti julia up next entry ye. Bye!
Baca: Resipi Biskut Susu Warna Warni Aidilfitri 

9 Comments

  1. Eiza baru siap 2 jenis je. Bolehlah nanti cuba resepi ni pula. Simple dan senang nak buat. Bahan-bahan pun ada.

    ReplyDelete
  2. best ni.. balik kampung nanti nak cuba.. harap x lupa..

    ReplyDelete
  3. mudah betul biskut ni juju.Sedap tu,lagi lagi ada badam hiris..ada pula coklat..haihh,kejap jer dah habis ni

    ReplyDelete
  4. tengok gambar terus MB fikir mesti susah nak buat biskut ne. sekali baca senang sangat rupanya. hehehee... thanks for sharing resipi ne :)

    ReplyDelete
  5. wah nampak lazat lah.. bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  6. senang dan mudah.. mesti sedap

    ReplyDelete
  7. ini macam lain sket dr yg penah tgok.. menarik utk cuba..

    ReplyDelete
  8. wah..rajinnya buat biskut raya..tahun ni rasa malas pulak nak buat..mampu tunjuk² je..tu pun tak banyak yang di tunjuk..hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)