Pernah terfikir dulu, kenapalah tak ada produk lelaki di reka mandian dengan pencuci wajah sekaligus. Bukan apa kadang-kadang orang lelaki main tibai je basuh muka dengan sabun mandi. Bila ditanya kenapa tak beli pencuci muka, katanya dah habis belum sempat beli lagi. Berdengus la aku dalam diam sebab tak elok kan sabun mandi biasa tu buat basuh muka pula, kulit lelaki pun kena jaga tau, jangan main langgah je tak elok.

Sesekali ikut suami ke pasaraya, kalau lalu kawasan tempat penjagaan badan terutama nak top up shampoo badan dan rambut pasti kawasan pencuci wajah lelaki dia paling lama semak. Katanya nak tukar lah pencuci muka yang itu, yang ini, hmm kadang-kadang tak tau lah yang mana kena dengan selera dia sebenarnya.

Mungkin faktor 'baru teringat' baru beli. Kadang-kadang pencuci muka julia jugak dia pakai dalam diam hahaha. Patutlah cepat habis je kita punya. 😅

Oleh kerana bulan Jun setiap tahun adalah bulan kelahiran suami julia, julia terfikir nak hadiahkan dia set mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk suami tersayang dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!

Julia dapat tahu ni setelah layari FB dan IG, ramai di kalangan rakan julia sendiri ada review dan uar-uarkan kebaikan Dashing 2 in 1 ni tau. Apa lagi tanpa buang masa julia terjah ke pasaraya berdekatan, haa ada! Harga pun berbaloi murah je satu set, aku beli 2 set terus lah lama sikit nak bawa balik kampung sekali raya ni. 

  Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.





[5] Kebaikan DASHING 2 in 1 Muka & Badan

  1. Memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. 
  2. Membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.
  3. Pembersih wajah dan badan ini hadir dalam pek pam bersaiz 700-gram.  
  4. Kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. 
  5. Menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Menariknya, ia diformulasikan  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

Pilihan julia ialah set 'Cool & Ultimate Kick' 
Dibawah julia sertakan kelebihan setiap satu variasi untuk anda pilih yang mana diminati.

COOL- Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   

Info tambahan: 


Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. 


Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. 

Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.


Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. 

Mesti suami suka dengan hadiah pemberian sempena hari jadinya set Dashing 2 in 1 ini tau, dah lama julia berangan akhirnya jenama Dashing jua yang realisasikan impian julia untuk lihat suami sentiasa segar dan selesa serta tampak tampan dengan kulit sihat bermaya.

13 Comments

  1. suka beli untuk Mr Hubby...berbaloi dan jimat

    ReplyDelete
  2. Wow... berdashing kak Juju... Segar si suami... Fuuhh.

    ReplyDelete
  3. Sesuai sangat untuk lelaki yang nak cepat.. Lgoun jimat.. Beli satu utk muka dan badan skali..

    ReplyDelete
  4. Best dari kaki ke rambut bau dashing

    ReplyDelete
  5. Wangiii...shuben kita dah try dah

    ReplyDelete
  6. baguslaa..sebab dua dalam satu..jimaattt sangat..laki kit apun suka basuh muka dia dengan sabun badan

    ReplyDelete
  7. besttt..ina pon curi guna yg suami ni.Ehehehe.. btw,cik somi juju wangi la pagi raya ni yer. Rezeki bezday dia lah ni

    ReplyDelete
  8. Org laki suka sgt laa yg sabun konsep 2 in 1 ni

    ReplyDelete
  9. Senang kan ada 2in1 camni, nak guna pun mudah!

    ReplyDelete
  10. wahh 2 in 1.. mudah bagi lelaki.. sebab lelaki tak suka yang complicated

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)