Projek Lauk Raya Homemade in the making dari menantu hantu kahkah #juliamasak 😂😆

✔Gulai Daging tanpa santan (2 kilo)
✔Rendang Ayam (2 ekor)

Semua bahan fresh dari pasar basah, ketua rumah beli. Buat terus sambil dengar lagu raya baru semangat mari hihi, dengar kat TV dan radio jem teruk kat highway sejak tengahari semalam sampai tak bergerak kereta, terus tunda balik kg hari ni. 

Ramuan rendang ayam semuanya dari bahan asas tumbuk dengan batu lesung ye. No blender please. Tujuan utama nak bagi rasa lagi kick' sedap berbanding blender yang guna banyak air. Bahan tumbuk lebih tahan lama tau. Makin lama makin sedap. Eh terpuji plak haha 😂

Syukur, moga surprise lauk raya dari menantu dia ni nanti buat mereka gembira dan ringankan tugas mereka di dapur. Dari buang masa atas jalan yang sudah sememangnya jem baik buat lauk raya awal-awal. Balik kg mertua tak yah susah-susah dah. Balik kg rehat je pakai lawa-lawa, wangi-wangi ehhh hantu sungguh punya menantu! 😆 
Lega dah siap, 2 jam lebih berdiri dah ni, mertua tak sayang lagi tak tau arrr kan haha 😂 Okey jom siap-siap masukkan dalam tupperware, rasa nak terus balik kampung dah jem pun jemlah haha. 

Alhamdulilah, selamat sampai rumah mertua di Pahang. Bertolak jam 5.30 petang dari rumah, jam 10 lebih malam baru sampai, berhenti kat R&R Lanchang berbuka puasa dalam kereta, solat lepastu drive semula. 

Jalan dari tol Gombak tak jem, sampai ke Genting Sempah baru jumpa jemaah raya haha. Itu pun sekejap je berarak, lepas terowong berdesup semua kereta laju 110km bawa amboiii line clear. 
Syukur alhamdulilah. Istigfar gak tadi sepanjang jalan terkejut sebab plan balik kg mertua 2 jam sebelum berbuka puasa nampaknya jalan tak sesak macam tahun-tahun lepas. Okey rendang ayam sama gulai daging dah masuk rumah periuk mertua.Amboi senyum lebor mertua kesayangan, siap testing lauk raya i u ols haha. Harap bertahan sampai raya la ye, dok molek2 situ haha 😂😁 😍

Assalamualikum warga Pahang, tumpang lalu nak beraya kita hehe 💃

4 Comments

  1. hehehe...alhamdulillah dah sampai jugak eh...Selamat Hari Raya kakak! :D

    ReplyDelete
  2. Wow pandai ambik hati mak mentua :D mesti mak mentua bertambah sayang hihi

    Selamat hari raya juju!

    ReplyDelete
  3. lawakla baca entry ni hehehe.. mertua sayang ni siapkan bekal raya semua =D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)