(Rezeki Crazy April-May) Jejaki Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, Perak !
Sampai sudah kami ke Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Ipoh Perak. Suami yang beria-ria nak belanja isteri dia dengan anak dia ke sini tau tak haha, sebenarnya aku yang sebaliknya, tak beria pun sebab nak tunggu Dream World buka baru terjah...
Katanya nanti sebelum Ramadhan tak ada cuti-cuti dah, amboiiii semangat betul ketua keluarga. So packing la baju last minit, dengan hotel tak tempahnya...sudah menjadi kebiasaan semua tempah dalam kereta dari KL ke Ipoh Perak haha. Settle !
Perjalanan dari KL ke Ipoh Perak ambil masa lebih kurang 2 jam je tau, tak jauh mana pun kalau berbanding ke Kuantan pun ambil masa dekat 2 jam lebih nak dekat 3 jam sebab kampung suami kan.
Sepanjang perjalanan, kami setuju nak tempah Hotel Valya bersebelahan dengan Mydin, sebab hotel bajet ni murah dan penuh kelengkapan termasuk seterika dalam bilik.
Cuma keluasan biliknya yang kecil tu je yang kurang sikit selesanya, tapi tak mengapa, masa banyak digunakan dekat luar sampai ke malam tau, tak ada makna nak tempah hotel mahal.
Nak diskaun tempahan hotel klik SINI
Cuma keluasan biliknya yang kecil tu je yang kurang sikit selesanya, tapi tak mengapa, masa banyak digunakan dekat luar sampai ke malam tau, tak ada makna nak tempah hotel mahal.
Tiket pun tak beli lagi tau tak, hmm survey last minit dalam website MAPS, oh ada Crazy April-May 2018. Tak sangka dapat harga murah dari harga sebenar, langkah kanan betul!
Senyum sambil beli tiket online sehari sebelum, bukan tak nak beli dari medium macam 11Street dan lain-lain, renyah dari segi kena tempah awal lah, kena itu ini lah banyak sangat syarat. Senang terus website rasmi, murah pun murah kalau kena rezeki. Cun!
Bangun awal, sarapan kat hotel, terus ke sini. Alahhh dalam 5 minit drive dah sampai dari hotel dekat betul. Waktu masuk jam 10 pagi, seawal jam 9.30 pagi kami dah sampai. Terus ke lane dalam sebab dah beli tiket online kan senang.
Sementara menunggu jam 10 pagi, ada pertunjukkan ringkas di depan pintu masuk tau. Nak tengok sila klik video dibawah ya. 👇
Senyum sambil beli tiket online sehari sebelum, bukan tak nak beli dari medium macam 11Street dan lain-lain, renyah dari segi kena tempah awal lah, kena itu ini lah banyak sangat syarat. Senang terus website rasmi, murah pun murah kalau kena rezeki. Cun!
Bangun awal, sarapan kat hotel, terus ke sini. Alahhh dalam 5 minit drive dah sampai dari hotel dekat betul. Waktu masuk jam 10 pagi, seawal jam 9.30 pagi kami dah sampai. Terus ke lane dalam sebab dah beli tiket online kan senang.
Sementara menunggu jam 10 pagi, ada pertunjukkan ringkas di depan pintu masuk tau. Nak tengok sila klik video dibawah ya. 👇
Kami tetamu pertama sekali sampai, orang tak ramai. Pekerja MAPS berikan tepukan gemuruh dekat kami sebab jadi tetamu pertama melangkah pada hari berkenaan. Amboi terus rasa macam bangga sangat hahaha, apa lagi semakin laju lah melangkah masuk...wow demi wow di mulut je lah. Cantik!
Jangan tiru gaya kami.
Main terjah ikut suka. Rupanya ada jadual kena ikuti satu demi satu pertunjukkan....laaa yekeeeeee...kami ni main terjah pi sana sini, patut tengok ada rombongan demi rombongan keluar dari sesuatu tempat. Mujur ada sesi kedua. Selamat haha. Nah jadual, take note ya.
The Smurf Partyland.
Ada banyak tau tempat, tapi aku cerita sedikit sedutan disini cukuplah ye. Antara anak-anak sebaya abg Qi umur 6 tahun boleh main kereta elektrik hehe, comel je tengok rumah smurf lawa betul.
Kat sini sejuk betul, memang tak ada sesak sebab pergi awal pagi kan. Boleh main ulang kali la abg Qi dalam ni, happy sangat la dia masa tu boleh jadi ahli Smurf hihi.
The Starship Restaurant Indoor & Outdoor
Rupanya starship yang besar sungguh tu adalah restoren kedai makan banyak. Ada lif lagi tau, kami ni gigihlah panjat tangga, tak nampak di sebalik belakang tangga tu ada lif haha. Bergegar kepala lutut panjat, cantik betul ruang makan dan luas sungguh la, memang boleh muat beratus orang kot dalam satu masa.
Perangai cap ibu dan anak, sorang berangan jadi kapten starship, sorang laig berangan drive starship bersungguh...aku la tu haha. Macam-macam boleh belajar kat sini, berhawa dingin, kat luar panas kan bila masuk sini alahai sejuk.
Dream Zone
Antara yang ditunggu oleh ramai orang nak masuk Dream Zone lah...aku intai macam nak dekat siap dah. Belum di buka lagi untuk orang ramai. Sebenarnya aku nak tunggu sampai di bukalah baru jejak sini, dah suami beria nak sangat bawa....i on je hahaha !
Kena jejak kali kedua la nampaknya tahun depan yeyy!
4D Adventure Theatre
Oh ini paling awesome! Tonton movie Boboiboy tau! Tak sangka ye kartun animasi di angkat popular sungguh di sini. Anak-anak orang lain gembira sungguh, kerusi bergerak dan air memancut sembur sana sini bila duduk dalam cinema ni tau...heaven gila...korang patut rasai suasana tau !
Masa ni tengah tunggu semua orang duduk, dalam 10 minit gak la...belum start lagi...bila dah start pakai cermin mata 4D tu...kerusi tetiba bergerak hahaha...menjerit aje juju terkejut kehkehkeh, abg Qi dan suami senyap sambil mengekek ketawa haha.
Boiboy Hero Academy
Dekat sinilah kami diperkenalkan dengan Papa Zoola, dia seorang mat salleh yang banyak karakter dia boleh buat, kelakar kami tengok papa zoola beraksi sakan, pandai treat budak-budak kecil hehe. Dalam ni tak boleh ambil gambar, korang datang sendiri rasai pengalaman dengan anak-anak ye.
Gambar sekitar MAPS, gambar sambil berbaris dan memasuki setiap taman tema.
Gambar sekitar MAPS, gambar sambil berbaris dan memasuki setiap taman tema.
Bumper Car
Kami bertiga naik bumper car, nanti cari ye bila datang. Best tapi kelajuan sangat slow haha, maka nya memandulah secara berhemah, haha.
Tandas !
Bersih dan selesa. Ada warna warni plak tu, ada singki khas untuk si cilik dan ruang yang sungguh besar. Tak berbau dan lantai sentiasa kering, selesa la...yeyy!
Muka cuak abg Qi !
Abg Qi paling tak suka dalam keadaan gelap. Dia ada sedikit fobia dengan kegelapan, tapi pujuk abg Qi untuk melepasi satu demi satu bilik cahaya gelap ala-ala starwars ni tau, sejuk kemain, ada bunyian macam angkasa lepas. Lagi la rasa gerun sikit, puas pujuk abg Qi...you can do it Qaiser ilman, you can haha.
Ada 3D art picture tau boleh bergambar, semua ilusi dalam laut dan angkasa lepas. Ada gambar dinasour dan bermacam lagi. Nampak ada perbezaan gambar 3D di sini berbanding di tempat lain.
Fantasy Forest
Port ni pun best, tapi waktu tengahari fuhh panas sungguh lah, tahan sabar jelah sebab permainan outdoor ni orang dewasa dan kanak-kanak boleh turut serta naik sekali tau. Mungkin jam 4 petang ke atas la sesuai naik, kesian dekat anak-anak kecil tu.
Dalam kawasan ini juga ada kedai makan tapi rata-ratanya biasalah mahal. Kena tetapkan fikiran bahawa makanan dalam ni semua mahal dan sila bawa duit lebih ye.
Dalam kawasan ini juga ada kedai makan tapi rata-ratanya biasalah mahal. Kena tetapkan fikiran bahawa makanan dalam ni semua mahal dan sila bawa duit lebih ye.
Cantikkan sudut pandang kat sini, seakan rasa macam diri dekat Kota Rom tau. Ada air pancut. Panas sungguh, ni pun cepat-cepat snap dan terus masuk kawasan lain.
Permainan tu ibu dan ayah serta anak-anak boleh naik bersama, aku naik patung haiwan rupa Jaguar, abg Qi naik burung apa entah lupa dah haha, agak kelakar tengok semua patung haiwan ada bermacam karakter.
Kawasan ini lah ada kedai makan, fast food macam kentang goreng, hirisan ayam goreng dan minuman serta kek pun ada. Dalam ni berhawa dingin, sejuk dan ada mini playland. Ada beberapa pembantu wanita akan pandu anak kecil-kecil macam umur 2 ke 3 tahun untuk turun slide tau. Menarik!
(Motivasi) Nampak muka terserlah keriangannya hehe aku kalau berhibur aku berhibur sungguh-sungguh, kalau aku bekerja aku kerja sungguh-sungguh. Semua benda aku minat aku nak buat sungguh-sungguh baru nikmat hidup.
Cave of Wonders
Saat memasuki gua ciptaan mata terpanah melihat dinding yang diukur seakan berada di bumi Mesir. Wauu, ada beberapa copy artifak dan pameran ringkas yang boleh kita lihat secara nyata. Agak menarik di sini, kelainan dan unik.
Haha ! Bagi peluang la photoshoot ala-ala travel antarabangsa, nasib lah pokok kelapa sebelah tu tak tumbang, kalau tak kecoh masuk paper blogger buat onar haha 😂
Crystal Quest
Kat sini aku pi naik seorang diri, abg Qi melekat dengan walid almaklumlah orang tak tahan panas. Aku tak kisah panas aku terjah juga untuk ambil peluang merasai pengalaman. Berderau darah naik, berpusing-pusing badan dan kepala, kereta aku naik tu memang akan berputar ikut dia mengelongsor macam mana, menjerit je lah aku dalam tu, aku pelik orang lain relaks je...
Hahaha tak mampu aku nak cover...aku hamburkan jeritan sepanjang menaiki benda ni...sampai staf situ tegur...'Ákak nak naik lagi tak, boleh naik banyak kali ni'
ehhhh tak kuasa! lariiii hahaha
Stunt Legends Arena
Tepat jam 2.30 petang, selepas solat terus terjah sini. Panas berbahang sampai basah sebadan. Sabar jelah. Pastikan masa nak datang sini jangan lah bagi anak pakai baju tebal-tebal, korang pun pakai baju longgar dan sempurna. Kesian tengok orang pakai baju tebal tu menangis tahan panas.
Kami orang pertama beratur, ada bunyi siren untuk semua orang berkumpul sebelum di lepaskan masuk ke dalam. Apa lagi kita tonton kereta racing beraksi la...syokkkk!
Inilah klimaks kalau datang ke MAPS, memang ramai orang masa ni, ada 2 sesi, satu jam 2.30 petang, satu lagi jam 4.30 petang. Kalau melepas jam 2,30 petang, sesi kedua boleh nak tonton lagi...semua live !
Nak tengok banyak kali pun boleh no hal...cuma setiap hari ada 2 sesi la itu waktu weekend, waktu hari bekerja tak pasti berapa kali.
AWAS: Untuk ibu mengandung dan yang ada anak kecil, masa nak pilih tempat jangan duduk di bawah sekali. Asap kenderaan tu tebal tau, bahaya untuk kesihatan. Pastikan pilih tempat paling diatas, tetap nampak juga sama je.
TIPS ke Themepark:
TIPS ke Themepark:
- Bawa kipas kecil untuk anak dan sendiri. Bahang panas !
- Wanita bertudung, pakai tudung berasas kapas, kain satin macam aku pakai bertambah panas, redho haha.
- Pakai topi kalau ada.
- Baju serap peluh.
- Tuala kecil lap peluh.
- Pakai kasut sesuai, jangan bertumit tinggi pula. Seksa nanti hehe.
Betul-betul feel tu sampai bila waktu kemuncak lihat kereta merah tu keluar, meletup-letup dengar enjin kenderaan diorang beraksi, perghhhh dasat la, tak sangka ekstrem betul pertunjukkan. Puas hati sangat !
Nak rasai sedikit aura klimaks best tu, klik video di bawah.
Mamat ni la memandu kereta merah tu tau, kerlas sungguh abg Qi dapat bergambar dengan mamat hebat ni, dasat ooo ! Suka la tu abg Qi.
Lepas tonton Stunt Legends, pi Centre Stage, maskot Boiboy bagi peluang anak-anak kecil bergambar di atas stage, beratur pun tak panjang. Pelik juga waktu weekend ingat ramai orang, rupanya tak ada lah ramai sangat pun.
Kawasan luas dan selesa untuk berjalan. Yeyy bergambar sudah !
MAPS ni sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecil sebenarnya, orang dewasa sahaja datang tanpa anak kecil terasa macam satu kekuranganlah. Sebab rata-rata di sini banyak taman tema khas tumpuan untuk anak kecil sebenarnya. Untuk orang dewasa tu tak ada lah banyak sangat pun. Baik Legoland lagi triple best sebenarnya.
Rating Kepuasan: Dari 5 bintang, julia bagi 3 bintang setengah untuk taman tema ini. Harap di masa akan datang diadakan lebih banyak lagi permainan indoor untuk anak-anak selain pertunjukkan.
Sebab outdoor games sangat panas, tu salah satu masalah kena tunggu masa redup sikit baru boleh naik main. Kesian dekat anak kecil menahan rasa nak naik permainan tu semua. Semua paparan diatas adalah sedikit sedutan ye, selebihnya nanti korang datang sendiri lah tengok real punya.
Nanti Dream Zone dah buka boleh la kot nak datang lagi, tapi kena tunggu tiket murah betul baru datang haha
Movie Animation Park Studios (MAPS)
3, Persiaran Meru Raya,
31200 Ipoh, Perak
10 Comments
akak pn tktau bila nk update hehe...tp dgrnya akan ditutup ..adik akak br pi sebelum ramadhan aritu
ReplyDelete"Penutupan syarikat kontraktor utama, kalau mereka gulung tikar pun MAPS tidak akan tutup kerana mereka tidak ada kena mengena dengan MAPS." Bernama.com
DeleteJuju baca dalam artikel bulan mac lepas, itu artikel tu jawab kak...mungkin tak tutup sebab baru lagi kan Maps. Yang tukar kontraktor je. Juju pun pi bulan April 2018 sebelum ramadhan juga baru lagi ni sis. Haha
Lps raya nak pergi jugak laa.. Mmg dah plan nak g tp tak tau bila..
ReplyDeleteSila lan dan family...mesti seronok anak2 lan tu nanti
DeleteDah beberapa kali lalu sini sebab singgah overnight dekat area meru ni Tapi belum singgah ke MAPS ni lagi. Kononnya nak tunggu siap sepenuhnya hihi...
ReplyDeletep/s: kita nampak juju masa sukan Pasti hari tu :p
Laaa dah nampak kenapa tak tegur hehe
Deletewah bestnya. singgah baca blog kat sini terus follow. memang plan nak ke sini, tapi tunggu baby besar sket la.
ReplyDeleteTQ rodiah.
Deletewah, best yer juju. Teringin nak bawa anak-anak juga datang sini. semoga ada rezeki terjah sini tahun ni
ReplyDeletemacam-macamada ye dalam ni..berbaloi la dengan harga dia tu
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)