Lama sungguh tak turun ke Johor jalan-jalan, kalau turun Johor mesti nak cari laksa Johor dan nasi briani kambing Johor. Itu memang carta nombor satu kalau julia sekeluarga jalan-jalan cari makan kalau melancong ke tanahair Johor. Tapi kekangan tugas suami dan julia sendiri sibuk dengan jadual harian, anak pun sibuk dengan exam pertengahan tahun maka lupakanlah hasrat nak turun ke Johor.

Tapi terasa sangat nak makan menu Johor, Google seharian jumpa dekat dengan rumah julia rupanya. Don's Warong! Lihat waze dalam 25 minit sahaja nak ke Plaza Damas yang terletak di Sri Hartamas Kuala Lumpur. Tengok FB page Don's Warong ramai bagi komen jujur mengatakan menu-menu citarasa Johor di sini sedap dan enak belaka. Tak mudah julia percaya macam tu saje tau, terus belek gambar-gambar pelanggan yang tag ke fb Don's Warong.

Wah! Mereka yang selalu dan kerap makan di sini bukan waktu bulan Ramadhan pun kongsikan kat sini memang lauknya original air tangan masakan citarasa Johor, kawan julia sendiri pun rekemen. Ehhh! Tak fikir panjang dah, cerita dekat suami dan dia pun setuju nak tempah sebab harga buffet ramadhan kat sini pun murah!


Harga Buffet Ramadhan Don's Warong
21 Mei hingga 13 Jun 2018
RM39 (Dewasa)
RM18 (6 tahun ke atas)
FREE (6 tahun ke bawah)
Anak julia kan bawah 6 tahun, FREE tak payah bayar. Tak ke jimat banyak dah tu, dua orang tempah tak sampai RM100. Jimat sungguh!

Kami sepakat pilih hari Sabtu, sebab hari Sabtu Ahad je kami free hihi. Bertolak awal, hujan renyai-renyai tak mematahkan semangat nak ke Plaza Damas KL.

Sesudah sampai, kami parking kereta depan Don's Warong. Dalam 6.30 petang kami sampai dan lihat persekitaran. Menarik susun atur, konsep meja panjang, mesti ada pelanggan yang tempah ahli keluarga ramai atau rakan taulan berbuka ramai di sini. 


Kami duduk di kerusi hitam, nama tempahan julia disini. Tengah lihat staf set up menu. Tak sabar nak tengok jap lagi. Nampak tak kat papan tulis tu, Kopi 434! Sah memang kedai ni sediakan makanan popular di Johor. 


Menarikkan signage Don's Warong? Mata julia tak henti bertumpu dekat papan tanda tu, pandai owner kedai buat logo yang menarik perhatian dan senang dari jauh sampai pun boleh nampak dari luar kedai.


Tanya pekerja kat sini, kata mereka setiap hari menu buffet ramadhan disini berubah-ubah ye. 

Hari lain ada menu utama:
  • Ikan Masak Kicap / Ikan Masak Terutup
  • Kari Daging / Ayam
  • Sambal Tumis Telur / Sotong
  • Fish Fillet with Sweet & Sour Sauce
  • Opor Daging
  • Sotong Hitam
  • Ayam Goreng Berempah
  • Ayam Kurma
  • Paru Goreng Berempah dan bermacam jenis menu sampingan
Menu pilihan hari Sabtu ialah seperti gambar di bawah yang julia snap sendiri nak tunjuk pada anda semua, apa lagi KAMBING BRIYANI in the house! Yes akhirnya, kempunan tu di realisasikan pada hari Sabtu lepas.

Kalau anda nak tempah kat sini, nanti call bagi tahu hari apa nak datang, berapa pax dan jangan lupa tanya menu apa yang di sediakan pada hari berkenaan ya. Kalau nak macam julia, sila tempah hari Sabtu, kita pekena buffet briani original Johor! 

# Briani Kambing dan Briani Ayam
Bau pun dah cukup memikat, lihat kuahnya pekat dan rasanya emppphhhhhh! Makan sambil terdiam semua family julia tau. Lembut isi kambing dan ayam, tak liat dan bila di makan dengan nasi briani lagi lah buat rasa tak cukup 1, kena tambah lagi hahaha.





# Dalca 
Memang kuah dia pekat, penuh sayuran. Tak jemu makan bersama dengan nasi putih ataupun nasi briani. Banyak tau, jangan risau makan sampai kenyang. 


# Bubur Lambuk
Don's Warong pun ada bubur lambuk tau, di tabur dengan bawang goreng dan daun sup. Wangi dan menjadi kegemaran anak julia makan bubur lambuk di sini. 


# Asam Pedas Ikan Pari
Hah! Isi ikan pari lembut sangat, tak liat dan bila di makan bersama dengan nasi putih, ulaman dan sambal garamlagi bergetar tulang rusuk julia tau. Ingat masakan Melaka je sedap asam pedas, rupanya citarasa Johor di Don's Warong punya asam pedas pun meletop, perghhh! 

Set nasi putih bersama asam pedas ikan pari ini menjadi pilihan anak julia sendiri, habis sepinggan dia makan bersama telur dadar. Itu tanda sedap lah tu, kalau tak susah nak tengok anak julia habiskan nasi tau. 


# Sayuran dan Ulaman
Banyak betul seleksi hidangan sayuran dan ulaman di sini. Portion pun besar, puas buat pilihan nak ambil mana satu. Antaranya, timun, salad, tomato, kerabu dan sambal belacan pun ada 2 jenis. 


Telur masin dan ikan masin pun ada, nampak sambal hijau di tengah ulaman tu? Oh! Kecur air liur ingat balik, julia ambil secolek rupanya tak cukup, tambah lagi sambal hijau tu sebab rasa enak di makan dengan briani haha. Best ooo layan.

Acar Rampai yang ranggup, sayuran dan rencah sebati makin makan makin menyelerakan.


Kerabu sayur, okey julia rekemen sangat menu kerabu ni. Rasa dia julia susah nak cerita, tak tahu adunan macam mana Don's Warong boleh sediakan kerabu sesedap ini. Julia ambil satu senduk kongsi makan dengan suami, sebab suami bukan suka kerabu. Dia rasa, terbeliak mata dia haha, sedap dan segar sayurannya. 

Sayur goreng campur.


# Sambal Garam
Pernah dengar sambal garam? Masa ambil makanan ternampak sambal garam, ini pertama kali julia tahu ini adalah sambal garam. Selalu kan kita dengar sambal belacan, sambal hijau je kan, rupanya citarasa Johor di beri nama sambal garam. Power!!! Tak pedas sangat, sedap nak tambah lagi adalah tau.


# Nasi Briani Don's Warong 💗
Julia bagi markah 4/5. Beras panjang dan nasi brianinya memang power! Terus hilang rasa mengidam nak makan citarasa Johor. Memang inilah julia sekeluarga nak makan sangat, apa lagi jangan tengok je, jom tambah lagi !


# Laksa Johor 😃
Sampai kat sini terus mata terpaku, cantiknya susun atur laksa ni dalam bekas. Nak ambil pun sayang sebab cantik dan menarik sangat kan, lihat sudut lain ada taburan hidangan dalam laksa Johor.

Kuah laksa Johor pekat dan sedap tau. Tak muak nak makan selepas makan nasi tadi. Ini baru betul-betul power original Johor. Tak sia-sia baca rekemen pelanggan menjamu selera berbuka puasa kat sini di FB page Don's Warong.




Pukul 7 lebih, ramai betul pelanggan yang buat tempahan datang. Sekejap je dah penuh kedai Don's Warong. Betul tekaan julia tadi, rupanya mereka datang berbuka puasa dengan keluarga besar dan rakan taulan yang ramai. Nampak mereka selesa duduk di tempat masing-masing.





# Kuih muih dan pencuci mulut
Pilihan yang ada ialah sudah semestinya buah kurma, pengat pisang, popiah, cucur udang, nasi impit dan kuah kacang, sagu gula Melaka, kuih seri muka. Setiap satu kuih tidak terlalu manis dan enak. 

Lihat kuih karipap tu, nampak berbeza di jual di luar tau, karipap kat sini rupanya pun macam di jual dari orang yang arif dalam membuat kuih. Rasa macam berada di kampung je rasa.

Sagu gula Melaka ni julia bagi markah 5/5. Sedap betul, ish-ish susah betul nak cakap sedap macam mana, korang kena datang sendiri kot rasa. 

Cantik potongan puding roti. 

Nak makan dan ambil pun senang kan.

Pengat pisang, emphhhhh! Markah 5/5 juga, ada pisang, labu dan bau pun sungguh harum, lepas solat Maghrib kawasan ini jadi tumpuan kami sekeluarga ulang-ulang makan. 


Air yang disediakan antaranya Sirap ais + cincau, teh o panas, kopi panas muar 434! Patutlah nampak ramai orang datang, rupanya kopi 434 yang terkenal di Johor pun ada disediakan, tak payah bancuh, terus minum ulang kali. 

Perghhhh! Ini yang nak datang lagi ni nampaknya, dah la kopi tu suami julia peminat nombor satu. Puas lah dia minum hehe



Tak nak makan dengan sudu garfu, boleh basuh tangan kat sini, ada tanda di sediakan juga ya. Jangan risau, cukup kemudahan disini. Kalau nak solat, senang sahaja. 

Kedai Don's Warong berhadapan dengan kedai lain, ia terletak berhadapan kedai ini nak tunaikan solat Maghrib. Kira semua kemudahan lengkap disini, tiada masalah untuk tunaikan ibadah wajib, selepas itu boleh sambung makan macam biasa. 


Selepas bergilir solat, datang balik, wah ramai masih stay makan lagi. Meriahnya kat sini, rasa macam makan dekat kampung Johor pula kan. Tak terasa macam makan dekat kedai pun. Happy je lihat telatah pelanggan masing-masing sedang seronok bersembang dengan rakan dan family yang lain. 






Full house! Meriahkan...


# Kuih Raya Don's Warong
Masa nak refill air minuman, ternampak ada kuih raya Don's Warong. Wah boleh beli kat sinilah pilihan kuih raya ori Johor, tak payah tunggu nak dekat raya makan, sekarang beli terus pun boleh makan. Nak beli tengok ada senarai harga dan tanya staf disini tau. Rambang mata !


Cantiknya, ada lampu di buka di luar kedai. Dah rasa macam nak hari raya rasanya, waktu ini pukul 8.30 malam, hujan renyai-renyai lagi. Jom sambung makan lagi. Nak tambah laksa Johorlah, tak puas makan haha.

Tak puas tengok gambar, nah video live update semasa julia 
berbuka bersama family di sana. Klik!
Rating kepuasan: Julia sekeluarga sangat berpuas hati menjamu selera berbuka puasa tahun ini citarasa Johor di Don's Warong. Inilah seleksi hidangan Johor yang julia sekeluarga idamkan, dah tak payah turun Johor, kat KL di Plaza Damas Sri Hartamas pun ada tau.

Dekat je tak sampai setengah jam dah sampai naik kereta. Ajak keluarga dan rakan taulan datang berbuka sini tau, 4/5 bintang julia bagi. Best!

Don’s Warong

Alamat:
B-0-4, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1,
Taman Sri Hartamas, Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur.

Tempahan: 03- 62061242
Dibuka setiap hari: 12 PM – 12 AM 

15 Comments

  1. lepasni nak makan makanan johor tak perlu lagi nak ke sana . hahaha. tp kecik suka betul la laksa johor. maybe one day kalau ada masa terluang boleh ke sana rasa masakan johor

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa , nasib baik ada kat Kl kalau Johor jauh banget nak g hiks

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan masakan ori johor... Nak ajak hubby pergi sinilah nanti. Tq Juju, kongsi tempat yg dicari2 selama ni..

    ReplyDelete
  4. Wah.... Menarik semua!
    Masakan Johor memang sedap belaka. Kena ngan citarasa Nina . Tetiba rindu laksa Johor

    ReplyDelete
  5. uiii..menarik tmpat dia, mkanan pun sdap2..:)

    ReplyDelete
  6. alahai sdp2nya..kite orang kelatey, tapi suka sgt dgn beriani Johor..khikhihki...mcm kena p nih!

    ReplyDelete
  7. murah dan banyak juga menu yang disediakan..bolehlah bawa keluarga ke sini.

    ReplyDelete
  8. Banyaknyaaa pilihan menu berbuka dekat sini. Nanti boleh lah pergi jugak. Heheh.

    ReplyDelete
  9. nice..makananpun nampak sedp..tempat nampak besar..wah..jauh buka puasa ye kak

    ReplyDelete
  10. Murah gak harga buffet tu. Kalau dekat dah terjah dah ni

    ReplyDelete
  11. Alaaa kenapa baca hari siang ni, dah lah tak sahur. Tapi serius murah sangat bufet dia, berbaloi dengan pilihan menu yang banyak.

    ReplyDelete
  12. Murah juga ye.. Nampak sedap pula tu menunya..

    ReplyDelete
  13. Tempat cantik, menu banyak dan siap ada biskut raya lagi.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)