Tasik Villa International Resort Port Dickson Destinasi Percutian Istimewa Bersama Keluarga !
Sudah lama tak bercuti ke Port Dickson tau, seingat julia kali terakhir bercuti ke Port Dickson semasa anak masih kecil lagi. Kebetulan bulan Mac lepas bulan kelahiran julia, makanya suami buat pertanyaan comel. 'Nak ke mana kita bercuti kali ini? Jom ke PD nak, ada satu resort baru buka tau.'
Terus mata yang kuyu tadi terbeliak!
Apa resort baru nama apa papa? 😅
SURPRISE lah !!!
Alaaaa, lambatnya nak tau haha, yelah julia kalau dah tahu ada ajakan comel macam tu mestilah tak sabar nak tahu, at least nanti nak packing baju jalan semangat waja sikit, hari demi hari julia tanya kat si dia, kat mana, hint la dimana lokasi tu...hmmmmm dia senyum, dia lari hahaha bertuah punya suami !😂
Tibalah hari yang nak bertolak tu, julia masih tanya tau. Tak puas hati ! Kahkahkah, dia cakap sabarlah, surprise mana boleh bagi tahu. Tunggu dalam sejam lagi sampai.
Okey, lah tunggu dengan sabar, sekali suami masuk ke kawasan Lukut Negeri Sembilan. Haa dah dapat hint sikit. Terus Google punya lah tak sabar kan...sekali tak sempat Google cari pun suami cakap tuuuuuuuuu tengok kanan!
WAHHHHHH! WAHHHHH!
Korang tahu aku punya WAHHHH tu sampai abang Qi yang hampir nak menjangkau umur 6 tahun terkejut tau tak. Ye mana tak terkejutnya, besar betul resort ini. Tak pernah dengar lagi nama resort ini.
Perjalanan...
Terus jatuh hati tau, belum masuk lagi. Tengok dari luar pun dah rasa nak pengsan. Kalau korang nak tahu jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tasik Villa International Resort, Port Dickson mengambil masa lebih kurang 1 jam je, dekat kan. Itu kalau jalan tak sesaklah.
Besar betul resort ini, difahamkan resort ini baru sahaja beroperasi pada bulan 12, tahun 2017. Baru 3 bulan lebih beroperasi kalau tak silap, tapi nampak ciri-ciri owner resort ini mesti sangat minat dengan bidang perhotelan.
Nampak macam sudah mempunyai pengalaman lama dari segi pemilihan seni reka dalaman dan pemilihan perabot yang cukup menarik. Itu tampak sangat eksklusif.
Jom kita check in dulu dan jenguk apa yang best kat dalam. Lets go babeh!
Nampak macam sudah mempunyai pengalaman lama dari segi pemilihan seni reka dalaman dan pemilihan perabot yang cukup menarik. Itu tampak sangat eksklusif.
Jom kita check in dulu dan jenguk apa yang best kat dalam. Lets go babeh!
Check in time !
Semasa check in, staf yang bertugas sangat peramah. Kita yang mendengar pun rasa sangat dihargai. Cerminan ini sangat bagus untuk kita sendiri praktikkan tau. Suami dah dapat kunci bilik, aras 4.
Nak tahu tak jenis bilik kami?
Superior Premium Room with Jacuzzi ! Ye ada jacuzzi tau, ini yang rasa nak lompat bintang depan lobi tu tau hahaha, excited sungguh julia masa tu Tuhan sahaja yang tahu. Okey, simpan rasa tu jom kita tinjau bilik kami menginap.
Oh my God! Besarnya!
Mulut kami bertiga tak habis-habis cakap, wah, wah, wah di sana sini tau tak. Setiap kaki melangkah adalah SURPRISE ! Ya, lihatlah bilik tu, apa yang terlintas di fikiran anda sekarang?
Pasti anda pun mahu rasai apa kami rasakan? Betul tak? Nanti julia kongsikan lagi apa yang menariknya disini, teruskan membaca dan menjiwai perasaan julia, si gadis penuh debaran surprise dari sang suami hehe.
Harga semalaman?
Perabot yang digunakan cukup mewah sekali. Mesti anda nak tahu harga semalam disini bukan. Lebih kurang RM500++ normal price tau, julia tak ingat harga sebenar tapi lebih kurang harga itu lah suami cakap, mana tahu tiba-tiba masa anda survey dapat harga diskaun tak ke untung. Boleh survey tempahan klik link 👉 SINI.
Nak tahu berbaloi atau tidak pelaburan yang anda akan rasai tu lihatlah sekeliling, ruang yang luas dan penuh kemudahan. Mari baca pengalaman julia sendiri.
15 Kelebihan Tasik Villa International Resort disediakan dalam bilik.
- WiFi - difahamkan setiap bilik di sini menyediakan WiFi, terbaik.
- Ruang - keluasan ruang sangat luas dan melebihi apa yang digambarkan.
- Seterika - tak perlu bawa seterika dari rumah, disini ada sediakan dalam almari.
- 2 x Bathrobe - baju bathrobe ada dan selesa.
- Peralatan mandian - lengkap dan kuantiti yang sangat besar.
- 2 x Bilik mandi - ya dua bilik air, satu bilik mandian, satu lagi bilik air utama.
- Meja makan - muatan 4 orang.
- Jacuzzi - muatan 2 dewasa, kalau kanak-kanak kecil 4 orang pun boleh.
- 1 x Sofa - jenis chesterfield, julia peminat perabot jenis ini duduk empuk.
- TV - di gantung tinggi, tujuan keselamatan untuk anak kecil.
- Dapur kering - cantik, nanti tengok gambar dibawah.
- Microwave - kalau ada beli makanan boleh panaskan.
- Peti Ais - ada disediakan di bawah almari dapur.
- Bantal extra - didalam almari.
- Meja makeup - luas dan bercermin.
Tambahan di masa akan datang:
- Penunjuk kiblat - ya semasa nak tunaikan solat perasan tanda arah kiblat tiada, mungkin faktor ini nampak remeh, tapi ia penyumbang besar kepada pengunjung Islam yang datang bercuti ke sini.
- Penyangkut tuala - lepas mandi baru perasan, melilau mata mencari penyangkut tuala, kami tak mau la sangkut tuala mandian di beranda sebab kami nak jaga kecantikan bilik ini dari pandangan tak elok dari luar.
Resort masih baru lagi, tapi sedikit kekurangan itu boleh ditambah pada masa akan datang. Nampak kelebihan yang julia senaraikan? Lebih dominan dan bila ingat kembali rasa macam nak patah balik menginap kat sana lagi, ye tak puas, sebab apa tak puas?
Terus layan gambar dibawah, pasti korang tahu sebab kenapa.
Kapasiti bilik ini boleh muat untuk 3 ke 4 orang, maksudnya 2 dewasa dan 2 lagi anak-anak kecil lah. Privacy sangat ditekankan untuk setiap bilik disini. Nampak setiap bilik ke bilik punya jarak tertentu. Eksklusif betul !
Pandangan waktu petang di beranda. Eh eh! Boleh bergolek duduk kat sini tau tak. Bilik kami ini paling hujung sekali. Nampak lah betapa luasnya kan.
Nampak ada dua bilik air tau, satu sebelah jacuzzi, satu lagi bersebelahan dengan dapur kering tau. Setiap bilik air yang kami masuk sangat luas dan selesa betul. Cermin pun banyak. Kalau nak tahu, paling banyak masa julia habiskan duduk dalam bilik air, sebab cantik macam bilik tidur, sekejap-sekejap masuk haha.
Dapur kering / Almari
Satu gambar ini menceritakan sudut pandangn dapur kering. Ya ada dapur ekslusif gitu, warna putih hitam. Terasa anggun bila bancuh kopi kat dapur lawa macam ini tau hahaha. Aku kalau berangan macam queen. Kalau nampak makanan tu kami bawa sendiri tau, saje susun bagi nampak cantik sikit korang nak tengok.
Disini ada arahan kena patuhi, nampak Notice merah tu. Tak dibenarkan memasak tau. Paling-paling on microwave tu, senang panaskan lauk ke, makanan sejuk ke kan. Tengok dalam almari tu, ada2 bathrobe. Senang lepas mandi sarung je bathrobe ke badan. Ada dua helai. Jimat baju tidur haha, yelah boleh buat baju tidur sekali tau tak.
Kolam dewasa dan kolam kanak-kanak
Kolam mandi yahuuuu! Makluman, size olimpik dengan kedalaman paras bawah bahu julia je tau untuk kolam dewasa. Kolam kanak-kanak separas betis abg Qi je tau.
Bagus tuan resort ini fikir, keselamatan diutamakan untuk elak perkara yang tidak diingini berlaku. Life guard tiada ye, korang kena awasi diri dan anak masing-masing, jangan leka dengan handphone je.
Tak sabar nak turun tau tak, sabar-sabar haha.
Lihat keindahan resort ini, ada water chalet tau. Siapa berminat sila booking terus direct resort ini pun boleh. Parking pun banyak disediakan.
TAKE A BREAK !
Fuh, penat tour satu bilik tau tak. Sekarang kami nak berehat, solat lepas tu nak turun ke bawah nak lunch ala carte di restoren bawah resort ini je tau.
Ala Carte
Lunch or Dinner at Tasik Restaurant & Cafe !
Terletak di lobi hotel. Sejuk mata memandang restoren ini, bukan setakat cantik, tapi pemilihan perabot dan citarasa mewah setiap hiasan tak lekang di mata. Ada sahaja yang kami perhatikan sampai terfikir, tuan resort ini mesti suka seni hiasan dalaman.
Menu kami ala western, ada menu macma mi goreng mamak, tomyam serta nasi goreng tau boleh order. Setiap 1 makanan yang kami order sangat besar portionnya, maksudnya order 1 menu boleh kongsi makan untuk 2 orang.
Sedap dan cukup rasa bahannya, tak kedekutlah kata orang. Puas hati dengan makanannya serta harganya, walaupun mahal sedikit tapi berbaloi.
Jacuzzi !
Heaven, sampai tak keluar dari resort langsung haha. Lepas lunch, terus naik bilik tau nak kejar jacuzzi. Menariknya, ada lampu bertukar-tukar warna, ada air biasa dan air panas boleh selaras ikut suka nak mana.
Ambil masa dalam 10 minit jugalah nak penuhkan air dalam kolam jacuzzi ini, dah penuh on meter tu. Haaaaa alih-alih kita jadi tukang gambar diorang bersakan dalam tu. #mengalahbukanbeertikalah 😜
Ambil masa dalam 10 minit jugalah nak penuhkan air dalam kolam jacuzzi ini, dah penuh on meter tu. Haaaaa alih-alih kita jadi tukang gambar diorang bersakan dalam tu. #mengalahbukanbeertikalah 😜
Okeylah malam nanti i konker tau, jangan sapa-sapa kacau! Hahaha *gelakjahat* 👪
Kemudahan lain yang disediakan, banyak!
Antaranya gym, sauna, paddle boat. Lihat betapa besarnya gym yang terletak berasingan dari bangunan resort. Ia berada berdekatan dengan water chalet tau. Nak ke gym boleh naik buggy ada disediakan.
Family Villa💓
Lagi best, kalau anda punya ramai ahli keluarga julia cadangkan tempah family villa. Setiap rumah ada car porch, ada 2 bilik tidur dan ada mini pool. Nak buat barbeque boleh request dengan pihak resort, mereka akan sediakan set BBQ dan bahan-bahan BBQ, tak perlu bawa langsung bahan perapan dari rumah tau. Cuma order dan boleh BBQ bersama keluarga. Best ! Suatu hari nanti ada rezeki nak tempah sini, ajak family semua turun padang hehe.
Sila tonton semua gambar yang julia tour tau, pasti korang tak sabar nak terjun haha
Water Chalet 💓
Nampak dari awal kan resort ini ada tasik, kelilingnya ada chalet. Okey nak lagi privasi dan penuh romantik anda tempah water chalet. Kalau nak main paddle boat, boleh call dan staf resort sendiri akan hantar paddle boat itu ke water chalet korang tau.
Water chalet ini tak ada pool, tak ada jacuzzi. Hanya permandangan terus ke tasik. Tapi bilik dia sangat ekslusif tau, setiap bilik ada tema tradisi Melayu di hiaskan di dinding katil. Bagus juga boleh perkenalkan tradisi kemelayuan pada pelancong asing.
Waktu malam.
Suasana waktu malam, i tell you ohsem! Nampak ada lampu tu, berderet-deret cantikkan. Kalau anda dari family villa dan water chalet, buggy inilah yang akan angkut korang ke sini, tapi kalau ada bawa kereta sendiri boleh drive keluar terus senang.
Ye kan dah cakap tadi, malam je 'me time'. Puas berkubang dalam jacuzzi ini puas-puas. Just me and jacuzzi only. All family sudah tidur kepenatan, tapi julia? Recharge energy selama 1 jam setengah. Sekejap je masa berlalu, rasa tenang dan puas.
Kalau korang nak tahu, jacuzzi ini bijak, dia ada suhu yang boleh automatik baca persekitaran. Bila malam je, suhu air ini tak sejuk sangat, just nice warm.
Awesome me time ! Rindu gila nak berjacuzzi again. Oh Tasik Villa ! 💘
Breakfast at Tasik Restaurant & Cafe !
Ramai kan orang, ye hari Sabtu Ahad full house dekat sini. Macam jenis orang julia tengok. Semua seronok bawa family masing-masing. Pasal makanan? Okey tip top, sebabnya:
- Bila makanan habis cepat staf F&B top up
- Menu pelbagai, ada buah, mesin teh tarik, coffee.
- Roti canai pun ada !
Burp kenyang! So jom swimming time.
Berenang dengan puas! Jauh nak sampai sana ke sini tau haha, jangan lupa ambil tuala, ada kad di beri masa awal check in, sambil menonton water fountain tu, cantik tau air tasik tu menari-nari.
My son kalau dah jumpa kolam dia cakap BYE-BYE mommy! hahahaha okey dia pun nak me time juga. Tak nak kacau sebab suami pantau. I nak bergolek dalam pool dewasa haha.
Paddle Boat !
Kena sewa tau, 1 boat RM40 dalam sejam kot, lupa dah berapa jam dia kasi, boleh muat dalam 4 orang, aku cadangkan 4 orang tu 2 dewasa 2 kanak-kanaklah. Kalau 4 dewasa aku takut korang gayat hahaha. Disediakan life jacket, so apa lagi jom kita ber paddle boat keliling tasik villa.
Staf yang ditugaskan khas untuk jaga kami sepanjang buat aktiviti paddle boat ini sangat bagus sekali. Ada bot khas yang akan keliling menjaga keselamatan kami tau.
Lihatlah abg Qi tu dok tengah-tengah, mujur dia tak takut nak mencuba aktiviti rekreasi macam ini. Syabas!
Lihatlah abg Qi tu dok tengah-tengah, mujur dia tak takut nak mencuba aktiviti rekreasi macam ini. Syabas!
Sambil berkayuh mata dok tengok orang lain berenang. Oh infiniti pool rupanya haha habislah korang yang mana berenang tu julia nampak tau sampai ke dasar haha.
Indahnya perasaan, Tuhan je yang tahu. I'm done !
Nak rasa lebih teruja, tonton dua video yang julia shoot sendiri khas untuk anda semua.
Rating kepuasan: Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang setengah!
Dari mula pandang pertama sehingga selesai check out, julia dan family rasa seronok sangat sepanjang menginap di sini tau. Puas hati lah dengan layanan staf Tasik Villa International Resort, sangat peramah, ada satu masa elektrik tetiba terpadam, kita call lah bantuan, mereka datang sepantas kilat betulkan. Terus ada elektrik yey.
Nak pergi lagi boleh husband ! I want, i want, i want Tasik Villa International Resort again ahaha. Anda semua pergi tau, dengar kata ada harga promosi khas tempahan sekarang sehingga 31 Mei 2018. Selamat bercuti semua !
Tasik Villa International Resort
Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa,
Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
For reservations: 06-644 8888
Online Booking: Booking.Com
Online Booking: Booking.Com
Nak tahu aktiviti apa lagi kami buat sepanjang di Port Dickson?
Klik entry lepas:
11 Comments
amboi juju..cuti2 ajer..jeles i :)
ReplyDeleteCantik betul resort ni. Bolehlah masuk dalam list percutian kelak.
ReplyDeletetengok gambar bilik pun dah tau berbaloi dengan harga
ReplyDeleteBesar nya bilik.. cantik lak tu. Jakuzi tu paling best.
ReplyDeleteNi geram masukblog juju ni,terus nakgi bercuti,juju pencen jd tourist guide je la hahhahaha apapun best la tempat ni,ok masuk list.
ReplyDeleteya Allah bestnyaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteAllah bestnya julia... Besar dan selesakan. Sbnrnya dlm list nora ade gak nak pegi water chalet tu seronok je tgk. Privacy gittew kan.
ReplyDeleteakk teruja giler baca entry juju..series..1fine day nak menginap jugak kat sini..inshaAllah...tq for your honest review tau juju
ReplyDeleteMak aihhhh kolam renang dia heaven giler! Puas berendam.
ReplyDeleteBest yer..mmg wajib pergi gak ni..
ReplyDeleteBestnyaaa villa ni. Bilik pun nampak selesa :)
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)