Paling gembira untuk di kongsikan, tak terucap dengan kata-kata, alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah. Entry hari ini adalah perkongsian satisfaction sepanjang aku menjadi seorang blogger. Tengok gambar pun boleh agak, apakah keseronokkan yang nak disampaikan tu sangat. 


α6300
Beberapa bulan lepas, ye, lama betul peram cerita. Aku berjaya capai wishlist bertahun untuk memiliki sebuah kamera tau, ya lama dah, kamera yang aku nak mesti memiliki ciri-ciri mirrorless dan auto focus yang pantas. Almaklumlah selama ini aku suka ambil gambar, suka compose video travel, ambil gambar si anak, ambil gambar untuk review travel atau produk memang 100% sebelum ini guna telefon bimbit. 

Sampai satu fasa, hp hang, hang full data, hp capture gambar blur, hp capture pencahayaan tak macam tahap DSLR, kena buat kerja editing teruk sampai aku rasa gambar tu jadi fake, tak jadi natural lagi-lagi kalau capture waktu malam arghhhhhhhh!

Sampai satu masa aku muhasabah diri, aku minat, tapi aku kedekut dengan diri sendiri hmmm...sampai bila?

Kenapa baru sekarang nak beli? Bukannya dari dulu lagi? Kumpul duit ke julia? 
Ya, aku menabung, sambil-sambil tu aku masih berasa cukup lah apa yang ada. Rupanya bila aku dah terlalu lama sangat duduk dalam satu fasa yang sama, kepuasan untuk berblogging itu macam sama je rasanya, tiada perubahan, sangat statik. 

Eh aku sejenis orang yang tak mudah terikut dengan perkembangan teknologi, apatah lagi bila melihat orang lain ada, kau pun rasa mesti kena ada. Tanya diri dalam-dalam sejak bertahun lamanya tau. Aku tanya, aku kalau beli untuk apa? Soalan tu mudah, tapi berjuta kali soalan tu aku jawab dalam diri.

Bila aku dapat jawapannya 'aku beli kerana aku perlu berubah kepada lebih baik, untuk belajar perkara baru, aku perlu beli supaya aku dapat keluarkan lagi mutu penulisan lebih baik setanding dengan pelaburan yang aku fikir sejuta kali tu'. 

Ya, aku minat menulis, bila menulis kita perlukan bahan dari sudut gambar dan video yang dahulunya biasa-biasa kepada zon lebih baik sedikit. Bukankah ia memberi satu pengalak motivasi untuk aku lebih melangkah ke hadapan...ternyata pelaburan ini tidak sia-sia. 

Baru aku faham ertinya...perasaan seseorang yang memiliki sesuatu yang diinginkan untuk perkara yang dia minati...syukur!

Pada mulanya aku aim a6000 sahaja, setelah aku pergi ke Sony Centre yang terletak di KLCC aku terpanah dengan a6300. Bezanya aku nampak ketara pada 4k movie resolution dan auto focus yang lebih cepat dan detail. 

Beza harganya tak berapa banyak sangat, aku fikir jangka masa panjang juga supaya aku tak terlalu ketinggalan dari segi masa, lama juga aku fikir depan deretan kamera Sony ni tau. Akhirnya setelah aku Google baca review a6300 user perbandingan macam mana, bajet berbaloi atau tidak, dan aku sendiri suka tanya promoter Sony tu habis-habisan. 

Paling aku suka promoter Sony bukan calang-calang orang, mereka adalah penasihat gadget yang penuh ilmu untuk kongsi dengan public, paling best promoter tu tak paksa aku buat pilihan, dia bagi aku info setiap model di depan mata aku secara lebih mendalam sesuai dengan ciri aku sebagai seorang blogger, bukan photografer. Beza ya.

Maka aku dan suami sebulat suara memilih a6300. Aku tak berpaling lagi dah, aku jatuh cinta dengannya...lamanya tak jatuh cinta hahaha. 

Aku beli dengan titik peluh sendiri tau, tiada suntikan modal mana-mana pihak kecuali sumber-sumber blogging sebelum ini aku guna. Inilah masanya, sudah tiba ! 

Tuai hasil. {HAPPY} 😍😍😍😍😍

Siapa yang membuka mata aku!
Orang yang beri aku motivasi dan galakan selama ini ialah tulang belakang aku...suami. Dia lah paling banyak bagi nasihat, makan tahun kot aku nak cairkan hati untuk kegunaan sendiri. 

Kalau ikutkan memang suami tak ada keperluan untuk guna gadget ini pun, dia bukan blogger tau, dia adalah OS user, dia faham kepuasan guna gadget bila kita selalu dan kerap guna sesuatu, kita perlu berubah kepada satu tahap yang boleh buat kita bertambah semangat untuk lebih seronok dengan apa kita lakukan...

Macam aku, seorang blogger dan juga influencer memerlukan aku menghasilkan sudut cerita yang boleh mengalakkan pembaca membaca blog aku sambil melihat hasil gambar yang menarik...untuk ke arah itu, aku kena lebih banyak belajar tutorial didalam blog.

 Sunting dengan bismillah, hasil tabungan sendiri. 
Saat pertama kali memandangnya, melihat upgrade padanya, aku tertawan.

Aku masih baru. 
Walaupun masih berjinak-jinak untuk ketahui setiap menu dan functionnya, tidak bermakna aku simpan dulu. 

Aku dah mula snap untuk review minggu lepas tau...nanti aku sharing gambar a6300. First user biasalah, ada pro and cons yang aku kena belajar perlahan-lahan.

Semoga perubahan ini memberikan aku satu penanda aras untuk sahut cabaran belajar teknologi baru. 

Aku doakan impian anda juga tercapai, tak kisah wishlist apa sekali pun janji buat kajian mendalam, jangan jemu semak harga dan sesuai atau tidak gadget itu pada kita sendiri. 

Nak tahu kelebihan model a6300, boleh baca di sini http://www.sony.com.my/

11 Comments

  1. Alhamdulillah.. Tahniah juju.. Akhirnya dapat yang diinginkan..

    ReplyDelete
  2. Puashati kan dapat beli hasil duit blogging!

    ReplyDelete
  3. awah tahniah Juju. semoga terus rezeki murah

    ReplyDelete
  4. Kita pun nak menabung, nak beli kamera mirrorless ni..

    ReplyDelete
  5. Terfikir gak nak beli, tpi job x kencang. 🤣

    ReplyDelete
  6. Congrats!! X sabar menunggu gambar2 hasil camera baru.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak juju. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. wowww camera baruuuu. nanti tunjuk hasil nya ya juju

    ReplyDelete
  9. saya guna mirroless camera Canon EOS M10, so far puas hati la guna canon tu

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)