Anak
Mulut, jari, mimik muka, warna kulit dan gaya pun nampak semakin nampak kesamaan tu. Siapa sangka dulu masa kecil dia banyak ikut walid dia, tapi bila nak menjangkau 6 tahun tak lama lagi bulan 8 nanti, dia macam persis diri aku sendiri. Anak mak ke ni haha !

Makin besar, makin sangat mudah jaga dia. Dia dah banyak tahu benda yang boleh dan tak boleh. Terkadang ada masa aku suka berdua dengan dia bawa pi pasaraya, bila berdating berdua dengan dia semalam, nampak betapa diri dia too behave. 


Tadika: Bahagia melihat gambar anak belum di catat dosanya...

Tak berlari sana sini, cuma lebih suka bertanya itu dan ini, suka explore benda-benda baru yang ada dalam pasaraya. Cuma dengan aku je dia tak berani nak minta permainan. Aku banyak asah diri dia suka kan buku. Pasaraya yang kami pergi semalam memang ada port buku-buku kanak-kanak, pasti aku suruh Abg Qi berlari pilih 1 buku untuk di beli bawa balik.

Ada juga dia lalu di kawasan tempat permainan, tapi dia berlalu pergi sahaja tanpa menoleh ke belakang. Terus terdetik dalam hati, dia boleh tahu dengan siapa dia boleh demand permainan dan dengan siapa dia tak boleh demand. Nampak di situ betapa perubahan besar aku rasa. 

Merintih
Tapi ada satu moment Tuhan nak tunjuk depan aku...hancur juga hati aku mendengar secara live.

Sambil lalu di tepi kawasan makanan segera, nak cari stok Maggi, bertembung dengan seorang ibu dan 2 anaknya yang masih kecil, lelaki dan perempuan. Comel !

Yang buat aku luluh hati sebab ibu ini mengeluh...keluhan dia kalau dalam hati aku tak dengar tak apa lah...tapi kata-katanya pasti anak sebesar abg Qi memahaminya.

"Huhhh... mak penatttt nak kesah kan korang ni tau" 

Ayat tu nampak biasa bagi mereka yang sudah biasa mendengarnya...tapi tidak aku. Aku tersentak, seorang ibu...aku juga seorang ibu...bezanya aku punya anak yang besar sikit darinya...kelihatan anaknya mungkin baru 3 ke 2 tahun...perlu ke rasa penat mengasuh anak sendiri???

Aku ni yang dahaga kenangan abg Qi masih kecil, masa umur setahun, dua tahun, 3 tahun...aku nak putar balik kenangan tu...kenangan aku menjadi ibu...indahnya !

Tapi bila seorang ibu yang dianugerahkan anak ramai berkata begitu, aku rasa terhiris dalam diam, aku bersimpati dengan anaknya yang tidak tahu apa-apa, tak nampak anaknya buas pun...comel lagi adalah...

~ ~ Mudahnya berkata...
Kata-kata ibu tu doa...jgn mudah keluarkan ayat keluhan tu di depan anak...jgn ambil mudah mengatakan anak tak faham apa-apa...zaman mereka zaman mencabar, bila mencabar, mereka matang awal. Tak seperti kita dulu kala umur 6 tahun pun tak reti lagi nak basuh berak sendiri...sekarang umur 4 tahun dah pandai...aku tabik zaman anak-anak sekarang, berdikari ikut zaman.

Ibu...kita penat sekali pun...diamlah, senyumlah, marah bertempat dan selit ketegasan yang tidak meninggalkan perkataan tidak elok pada si anak dan pada orang lain yang mendengarnya...

Ujian
Semalam juga Allah nak uji aku...nak cari selipar untuk guna di dapur...Allah uji aku dalam timbunan selipar baru tu ada not wang berjumlah RM7 dalam bentuk 1 ringgit, 1 ringgit....Allah dengan siapa aku nak serahkan ni...tiada orang keliling...nak bagi sekuriti guard pun aku tak percaya...masa nak bayar duit belian barang aku tak nampak kotak derma di kaunter...

Balik ni nak singgah Masjid atau Surau, aku nak niat utk tuan punya duit tertinggal tu pahalanya, cuma aku tolong kirim bagi pihaknya...

Pernah berlaku di pejabat, not wang berjumlah RM27 tercicir di  kawasan pejalan kaki, aku lihat orang sekeliling tiada juga...tapi aku serah dekat pejabat sekuriti...harap mereka jujur untuk jaga amanah orang yang tercicir tu kalau tak jumpa pun, masuklah ke dalam tabung.

Allah melihat apa kita kata, 
Allah melihat tindakan kita,
Allah uji hati kita...

Aku rasa aku diperhatikanNya...Ya Allah kuatkan hati aku supaya contoh ini anak aku ikut, masyarakat ikut, bukan tamak seorang untuk jadi insan mulia di sisi Allah...tapi nak generasi keluarga kita ikut apa kita buat dengan cara sebaiknya...

Aib
Apa ujian selepas ini Tuhan nak bagi ye...risau...doa biarlah aib sendiri di jaga...zaman sekarang mudah betul sesama manusia kongsi aib orang...aku malu sebab mereka berlumba ke arah itu sekarang di media sosial.

Jagalah jari. Bukan guna untuk tambah dosa lagi.

8 Comments

  1. biasnaya kalau cust bagi not wang terlebih 50 ke 10 ke 20 ke .. lisa akan pulang semula. tp kalau terbagi duit lebih kt cust... 1 dari 10 orang je yang bgtau jujur. hmm padahal dah tua.. tp tula .. manusia kan. naseb baik boleh refferal semula....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian lisa tu berat juga tau...zaman sekarang kena tanamkan sifat jujur tu...duit tu kalau di beli makanan atau barang sekali pun...tetapi jadi dosa...jadi darah daging anak kalau di beri pada anak...kita tak nak benda tak baik berlaku pada orang tersayang kerana sifat tamak...

      Delete
  2. Memang penat nak uruskan anak² yang masih kecil tapi tengoklah bila mereka dah besar nanti, kita rindu moment penat tu. Sebab masa tu anak dah pandai urus diri sendiri. Huwaaa akak dah lalui saat tu, sedih tau!

    ReplyDelete
  3. mungkin sbb berderet tu... of course ada juga rasa penat.. tambah if husband tak support pulak ... lagi laaa kesian.

    ReplyDelete
  4. urus ank mmg penat..nk2 plak kita bekerja tp jgn la smp ckp camtu kn....walaupun ank kecik tp di sudut hati sape yg tahu..sedih plak dgr

    ReplyDelete
  5. Hati ibu ni memang rapuh kan. Bersangka baik dgn ibu tadi yang mungkin tertekan dengan bebanan yang kita tak tahu. Sama-sama kita doa Allah jadikan kita semua ibu yang terbaik, dalam mendidik anak2 kita. Semua benda Allah bagi adalah ujian. Ada anak pun ujian, takde anak pun ujian. Terpulang pada individu nk bersyukur atau mengeluh.

    ReplyDelete
  6. Semua ibu mengharapkan anaknya dapat menjadi insan yang berguna dan anak akan mencontohi yang baik baik saja kan.. Memang penat membesarkan seorang anak

    ReplyDelete
  7. Ye kak,memang penat jaga anak ni..lagi nad ,fariza dua thaun..adik 2 bulan..kakka asyik meragam nak susu. Tapi nad masih bertahan. Penat mana pun masih layan dia..tak boleh tak layan..kesian tengok dia.nak bermanja..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)