Kari kepala ikan yang mengiurkan, pekat kuahnya !

Dekat dengan stesen monorel, berhampiran dengan Chowkit serta HKL, itulah kawasan sekitarnya yang sangat berdekatan dengan Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur. Menariknya Buffet Ramadhan 2018 di hotel ini ialah seleksi juadah iftar bertemakan hidangan masakan Melayu asli termasuk menu antarabangsa iaitu dari Jepun, Thai, Barat dan Oriental. Wow! Bunyinya nampak menyelerakan. 

Pasti ramai diantara kita yang sedang tercari-cari kawasan berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur terutama kawasan tumpuan Chow Kit selepas membeli belah persiapan raya, nak berbuka berdekatan situ juga kan. Maka hotel ini menjanjikan kesedapan berbuka puasa yang boleh buat kalian teringat-ingat!

Antara menu yang disediakan adalah:
  • Asam Laksa, 
  • Nasi Briyani Gam, 
  • Nasi Ambang, 
  • Sup Gear Box, 
  • Lamb Daging dan banyak lagi.

Buffet ini akan berlangsung di Grand Ballroom - Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur. Ciri bertemakan alunan tanglung tradisional dan gemersik muzik Ghazal secara 'live' pasti membuatkan setiap pengunjung rasa damai dan tenang sekali sambil menjamu selera bersama mereka yang tersayang.

SAJIAN BUROKAH RAMADHAN– 2018

Kari kepala ikan tu paling menarik! Serius bau rempah dia pun dah menusuk dalam hidung. Penuh sayuran dalam satu kuali ni, terung dan taburan cili merah dan hijau buat kari kepala ikan ni bertambah seksi hehe.
  • Ikan Siakap Masak Tempoyak Temerloh - Ikan masak lemak tu lembut, bahan yang digunakan cukup mesra dan tak terlalu pedas. Sesuai untuk semua lapisan umur termasuk anak-anak boleh makan. 

Menu 1Malaysia yang diperkenalkan di Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur paling dinantikan oleh semua kan, ini dia salah satu menu yang bakal di hidangkan sepanjang iftar disini. 
  • Ayam Masak Tomato Kacang Peas 
  • Rusa Masak Gulai Pedas Sri Pinang
  • Ikan Siakap Masak Tempoyak Temerloh 
  • Paru-Paru Goreng Lada Tempeh 
  • Daging Batang Pinang Goreng Halia 
  • Petola Soo Hoon Masak Lemak Telur Itik Ikan Masin 
  • Nasi Putih 
  • Nasi Briyani 

Rendang daging masak hitam ini rasanya sangat lembut dagingnya, potongan besar buat diri ini makan dengan penuh khusyuk sekali, bertambah nikmat bila rasa makan bersama nasi atau ketupat. Terus rasa macam dah raya dah haha. 

Sup gear box / sup tulang. Isi daging yang lembut, di hirup panas-panas. Rasa segar badan. Bagi mereka yang suka sup ini di sini turut di sajikan. 


Jangan lupa singgah Gerai Kambing Bakar Barat untuk merasai menu Roasted Whole Lamb with Condiments. Nampak segar isinya, menu popular.

Banyak menu yang aku rasa, semua sedap-sedap, boleh scroll gambar untuk lihat kepelbagaian menu ramadhan 2018 yang akan disediakan disini nanti. 


Dessert time! Dekat sini memang banyak syurga pencuci mulut, cantik dna tersusun betul setiap pencuci mulut yang disediakan, antaranya ialah...
  • Ice-Cream, Wajid, 2 type Homemade cookies, Assorted Cakes & Pastries, Assorted Fruits.
  • Kuih Bahulu, Aneka Kuih-Muih, Buah Kurma, Assorted Cookies.
  • 3 jenis Pudding, Agar - Agar, Cendol, Fruits Cocktail.
  • 3 Special Ramadan Feature Cake, Chocolate Fountain.
  • 3 jenis Bubur (Bubur Kacang Hijau dengan Durian, Pulut Hitam, Pengat Ubi, Pengat Jagung).
  • Bubur Cha-Cha, Bubur Sago Baloi, Bubur Labu, Pengat Pisang, Bubur Barli).
  • Assorted Local Fruits Display Daily.






Lemang - Bagi pengemar lemang, lemang dan ketupat palas turut disediakan. Tak payah tunggu hari raya dah sekarang, kat sini boleh lepaskan kerinduan awal kalian menikmati kesedapan dan kelazatan lemang original dan lemang pulut hitam .

Kerabu juga ada disediakan. Banyak jenis kerabu antaranya Kerabu Terung, Kerabu Taugeh, Acar Telur Puyuh, Kerabu Nangka dan Urap Sayuran Tomato.

Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur, 
No.72 Jalan Pahang, 
53000 Kuala Lumpur, Malaysia.


Rating kepuasan: Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang. Dengan kemudahan, keselesaan, kesedapan serta keluasan julia ambil kira dalam semua perkara layak di beri 4 bintang setanding dengan harga tempahan awal yang ditawarkan. 

Harga buffet ramadhan 2018 Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur.
Buffet Ramadhan 2018 boleh di tempah mulai dari 17 Mei hingga 14 Jun 2018 pada harga RM 98.00++ seorang dan RM 50.00 ++ setiap kanak-kanak. 

Nak lagi harga berbaloi? 
Beli awal mulai tarikh 16 April hingga 13 Mei dengan harga istimewa RM75.00 nett bagi setiap orang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Seasons Coffee House di 03-2697 8888 ext. 8819/8818 atau e-mel fb@grandseasons.com.

Selamat iftar 2018. 

16 Comments

  1. Tergelak tengok kambing bakar tu.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, aisya kambing muda tu rasa...so sexy hahahahaa

      Delete
  2. Aduyai. ... Tergoda ngan dessert dia. Cantik comel nengoknya.
    Kari ikan tu, ada roti sebuku pun nina boleh habis. Oopsss....
    Hehe

    ReplyDelete
  3. menu semua best dan harga pun boleh tahan ye juju ..berbaloi la

    ReplyDelete
  4. Semua nampak sedap belaka. Kepala ikan tu betol2 mengancam

    ReplyDelete
  5. Perghhh Kari Kepala Ikan dia menggiurkan.

    ReplyDelete
  6. kari kepala ikan ke tu..pergh tengok gmbar dia

    ReplyDelete
  7. Kari kepala ikan tu sungguh menambat selera.

    Kambing pula lagi.

    ReplyDelete
  8. Lizz nak buat tempahan bila raya ni terima kasih for sharing :)

    ReplyDelete
  9. sis nak tanya, parking kereta disediakan ke ?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)