Tuhan Tak Beri Tolonglah Kenapa dan Mengapa !
Sesiapa yang telah berkahwin dan baru berkahwin, sudah pastinya cahaya mata adalah paling di tunggu-tunggu untuk menghiasi alam rumah tangga. Julia sangat bersyukur di kurniakan seorang cahaya mata, bagi yang sudah lama mahukan anak, pasti pelbagai cara di cari dan banyak kaedah sudah di cuba. Jangan putus asa ye, teruskan usaha.
Sambil kerja, waktu menyambil makan sarapan pasti buka http://www.surah.my . Dengar, sebut dan membaca makna kalam Allah iaitu Al-Quran. Sekarang sangat mudah, semua boleh dicapai dalam online. Tiada sebab kita jauh dari Al-Quran, tiada sebab kita terlupa Al-Quran, ada jawapan setiap surah dalam Al-Quran...
Bila baca, semakin mendalami maknanya...semakin getar didalam jiwa, semakin tunduk rasa dan tidak mampu mendongak ke langit, nyata hamba seperti kita banyak lalai, jahil...tapi pendosanya kita, Allah ampunkan selagi belum sampai masanya pintu pengampunan di tutup...mintalah, mintalah...doa pun ada cara adabnya.
Kalau anda google, pasti dapat jawapan cara adab berdoa dan mudah diperkenankan oleh Allah.
Kelmarin, sambil Julia memandu kereta ke tempat kerja, DJ radio memutarkan satu rangkap motivasi yang julia rasa terpanggil untuk kongsi di sini.
"Tuhan tak beri apa yang kita pinta sebab dia beri apa yang kita perlu."
Ringkas, padat dan terus sampai ke dalam hati serta akal. Ingat, jangan sesekali memaksa seseorang untuk beri jawapan yang hanya Allah tahu. Bila kita ada segalanya apa yang kita pinta, ketahuilah, ujian dan rezeki hadir bersama. Maka bagi yang sedang tidak putus-putus berdoa, ketahuilah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.
Surah Al-Imran ayat 38.
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".
Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya".
Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".
"Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya." Lihat diri, lihat tangan kita, lihat wajah kita serta tubuh badan kita, semua dari mana?
Allah yang punya...tiada satu pun hak kita. Cuma kita pemegang amanah, jaga amanah yang diberi baik diri dan bakal anak-anak. Kelak kita di soal nanti...pasti !
2 Comments
setuju
ReplyDeleteada yang dia belum beri apa yang kita minta sebab belum tiba masanya lagi
good sharing. tq
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)