Seminggu sebelum tibanya hari jadi julia pada 26 Mac, dah tak sabar dah nak bawa anak dan suami ke sini tau. Pernah dengar Alive 3D Art Gallery yang terletak di Port Dickson? Kalau belum pernah dengar dan belum pernah sampai, pastikan catat wishlist holiday anda seterusnya datang ke sini bersama rakan mahupun keluarga. Ia terletak di kawasan Taman Segar, Lukut, Port Dickson. Dari Kuala Lumpur ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. 

Terdapat lebih 50 jenis gambar 3D Art yang seakan sebenar yang korang kena lihat dan alami sendiri tau. Segar City juga ada Wild West Cowboy juga tau, itu nanti julia kongsikan di lain entry lebh detail ya. 


Cara pergi ke Alive 3D Art Gallery
Gunakan aplikasi Waze atau Google Maps, sekarang mudah, taip je destinasi Alive 3D Art Gallery terus keluar dah kan. Tak payah susah nak simpan alamat. 

Kami bertolak seawal jam 10 pagi, sarapan di R&R, jalan pun tak sesak, tenang je nak ke sini tau. Dari Bandar Ainsdale lihat Google Maps julia skrin shoot, lagi setengah jam sahaja nak sampai ke destinasi. Sebelum sampai, pastikan nampak Tasik International Resort dan nampak Shell di sebelah kiri anda, itu kalau dari KL ke sini lah. Bila dah nampak landmark tu terus je, dalam 2 minit akan nampak signboard Taman Segar.

Tepat jam 12 tengahari kami dah sampai.

Senang kan, kalau bosan dan tak tahu nak bawa keluarga bercuti dekat-dekat, ini lah port paling di gemari ramai tau.

Parking pun senang sebab banyak je depan Alive 3D Art Gallery ini tau. Pasti ramai nak tahu berapa bayaran untuk dewasa dan kanak-kanak. Okey pastikan korang tunjuk Mykad tau, nanti dapat harga diskaun, ye diskaun! Best kan! Ada kelebihan jadi rakyat Malaysia hehe.

Berapa harga masuk?
Abang Qi tu tak sabar dah nak masuk kat dalam, kalau nak tahu dia lah raja bergambar, tak susah nak suruh dia pose sana sini, sebab dia yang ajar julia dan suami pula cara nak bergambar haha, haa jangan main-main budak kecik 5 tahun 8 bulan ini semakin cerdik akalnya.




Harga yang terpampang itu korang boleh lihat dan catit bajet berapa ramai nak datang senang. Harga dewasa MyKad RM20, manakala harga kanak-kanak RM15 sahaja, murah kan? Ya murah sebab korang akan bergambar dengan kualiti gambar yang sangat rare dan lain dari yang lain. 

Tips / Kelebihan Alive 3D Art Gallery Port Dickson?
  • Harga masuk - murah dan ada diskaun khas untuk MyKad dan boleh bergambar sebanyak mana kita mahu dan tiada sekatan masa.
  • Free entrance -  untuk tinggi anak bawah 90 cm dapat masuk Percuma.
  • Berhawa dingin - dingin dan ruang udara yang selesa serta tidak berpanas.
  • Bertingkat  - ada 3 tingkat, tiada lif disediakan. Kena naik tangga. Kalau anda ada baby, sila awal-awal gunakan baby carrier untuk memudahkan pergerakkan dan keselesaan baby anda.
  • Parking - banyak dan luas.
  • Makanan ringan - ada makanan ringan disediakan di pintu masuk utama seperti aiskrim. Kalau nak makan berat sikit boleh ke restoren berdekatan sebab dekat je.
  • Bilik air - disediakan.
  • Kasut - tidak dibenarkan berkasut sepanjang berada didalam Alive 3D Art Gallery, kasut kena simpan dalam loker. Untuk keselesaan dan kebersihan, pakailah stoking.
  • Hadir awal - hadir awal untuk elak kesesakan beratur panjang. 
Jom bergambar !
Gambar dibawah semua julia ambil secara random ye, lihat gambar ini, sangat unik ! Anak julia suka benar bergambar di Alive 3D Art Gallery sebab dalamnya ada pelbagai jenis gambar dan terdapat paparan cara-cara bergambar di tunjukkan di setiap dinding. 

Jangan risau tak pandai bergambar, masuk sahaja di sini pasti automatik anda tiba-tiba pandai bergambar contohnya macam my son abg Qi tu hehe. 




Bukan main lagi si julia angkat bangunan sampai terbalik haha, aksi abg Qi pun nampak real. Korang, gambar kat sini memang jelas dan cantik sungguh, rambang mata nak bergambar tau. 

Pastikan perkara pertama sekali korang kena ikut arahan signal di lantai, ia untuk mengelakkan korang terlupa bergambar sebenarnya. Jadi bila ikut arahan line itu memudahkan korang bergambar untuk aksi seterusnya. 


Haha, mendongak cium ikan nampak. Amboi 😍

Mulai dari sini, korang cuma perlu scroll sahaja dan lihat beberapa gambar pilihan julia upload di sini ye. Ada banyak lagi gambar lain, tapi semua julia post di media sosial lain. Bayangkan keriangan kami anak beranak di sini. 



Gambar paling win, fuh macam mana abg Qi boleh bergayut sama dengan panda tu hehe.


Suami tercinta, dia banyak ambil gambar kami je, nah gambar dia pegang belon. 


Aksi ibu dengan anak ini memang macam-macam ragam, korang tengoklah mesin ATM tu keluar duit tak berhenti, jeles i kat belakang tengok abg Qi kutip duit haha. 




Awwww! Melting sungguh tengok gambar dibawah, aksi kami bertiga. Memang gambar 3D kat sini seakan real tau, hebat lah !

Kalau korang ada ramai keluarga dan ramai anak, di sini pasti meriah mendengar hilai tawa mereka, bawa je mak ayah sekali bergambar tau, dari malu pasti mahu bergambar macam abg Qi tu hehe. 


Wah, ada harta karun, cepat abg Qi kita koyak kaut harta haha. 
Aksi di tembok besar China pun ada dengan larva perut bumi tu eiiii takut dan seram pun ye. 


Banyak tau gambar lain, cukuplah setakat itu julia paparkan, selebihnya korang kena datang sini dan alami pengalaman di Alive 3D Art Gallery Port Dickson. Bila sudah selesai bergambar puas sehingga ke tingkat 3, kita kena turun anak tangga dan akan melalui kawasan ini. Ada kedai cenderamata dan games sikit yang boleh anak-anak dan kita sertai, tapi ada dikenakan bayaran lain ye. 

Selepas ini ke mana destinasi julia sekeluarga seterusnya? Kami makan tengahari dulu, selepas makan/solat/berehat di resort (nanti julia story next chapter resort mana kami menginap yang berdekatan sini) kami terus nak ke Wild West Cowboy dan Karaoke. 


Rating kepuasan : Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang ! Dari segi keramahan staf yang bertugas, suasana tenang dan selesa serta gambar yang banyak adalah penilaian yang julia ambil kira, puas betul bergambar dalam itu bagi family julia gembira betul. Anda jangan lepaskan peluang untuk selitkan agenda percutian ke sini ya, berbaloi-baloi. 

Wild West Cowboy dan Karaoke pun sederet dengan Alive 3D Art Gallery tau, untung lah, datang sini dapat 3 tempat keriangan bersama keluarga. 

Nak tahu apa yang bestnya dekat Wild West Cowboy dan Stage Family Karaoke boleh klik entry seterusnya di👉 SINI.

Jemput tonton pengalaman kami 
di Alive 3D Art Gallery, ohsem!

Alive 3D Art Gallery
No. 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 
71010 Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
Telefon: +60 651 5400
Weekdays: 11am - 8pm
Weekends & Public Holidays: 10am - 11pm

Follow

18 Comments

  1. bestnyaaa. hahaha org yg suka amek gambar suka la dtg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, orang yang suka bergambar sesuai datang sini. Gambar 3D tu nampak real sungguh hehe nanti pi tau

      Delete
  2. amboi..seronoknya abam qi..pandai lak tu possing..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye enjoy sungguh abg Qi ciknor tu tau...posing pandai dah kalah juju hehe

      Delete
  3. mmg best sini. masa ni asben n hannah la gila posing hehehe.. pndai abam qi

    ReplyDelete
  4. kak juuu, bestnyaa.nk pegi lah.tiket pun murah jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye murah kan...anak kalau below 90 cm masuk free tau.

      Delete
  5. Tak pernah pergi lagi 3D Art Gallery kat PD ni, murah je tiketnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akak pi tau...dekat je kak...seronok puas hati sgt2.

      Delete
  6. Best nya tengok abam Qi. Pandai dia posing. Seronok nya dia!
    Nanti nak bawak anak² kak nina laaa nanti

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat pergi sana. Posing sakan lah

    ReplyDelete
  8. cantiknya gambar2 semuanya nampak 3d dan real

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi sampai kesini .. hehe tak pernah lagi kat musium 3d sebenarnya . murah juga nak masuk ye

    ReplyDelete
  10. sronok tgk qi sefamily kemain berposing dlm 3d art gallery...tq for sharing info ni

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum Kak Juju... Haaaa... baru sampai ni ke blog kak juju. Hahaha. Seronoknya kak ju dan family bergambar. Banyak betul lukisan 3D kat situ ekk.. pergh, confirm saya jadi rambang mata kalau datang sana ni.. hahaha.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)