Sumber semua gambar: Google


Kali ini juju nak cerita pasal ikan. Semua orang suka makan ikan, ikan sumber protein yang sangat bagus untuk kesihatan. Tetapi tak semua ikan sesuai dengan semua orang. Terpanggil untuk mengkaji ikan jenis mackerel. Sebab orang yang kulit sensitif macam ekzema dan seangkatan dengannya pasti doktor menasihatkan, elakkan pengambilan ikan jenis mackerel.

Makanan yang tinggi merkuri biasanya terdapat dalam beberapa jenis ikan terutamanya yang berukuran besar seperti mackerel. Itu sebabnya kenapa kita perlu elak dan termakan. Macam juju dulu pernah kongsikan, alami kulit sensitif kan. Sekarang ia on off, sekejap pulih sekejap ia datang kembali hmmm bukan senang ye nak sisihkan makanan yang kita suka makan selama ini.

Dahulunya semua jenis ikan boleh makan, kini tidak lagi. 
Aku kena perlu fikir dulu sebelum suap ke mulut. Natijahnya nanti aku yang akan dapat. Bila baca dan semakin membaca tentang konsep kesihatan, ia begini. Setiap tahun badan kita dan badan anda sendiri akan mengalami perubahan, adakalanya kekal sehingga ke tua anda tak akan alami apa-apa masalah.

Tapi ada sesetengah manusia di uji dengan berlaku sebaliknya, jika dahulunya ia boleh untuk semua perkara, aktiviti dan makanan tapi bila mengingak usia ke semua yang dia biasa amal kena elakkan untuk jadi lebih serius. 

Maka, jangan salahkan diri anda ya. Itu semua Tuhan sudah tentukan corak kita di masa depan. Nak hentikan 100% mungkin tak, apa-apa pun usaha untuk bersabar dan ambil makanan yang buat kulit anda pulih.

Nampak ikan tenggiri?
Itu salah satu ikan yang baru-baru ini aku cuba masak dengan kerap, suami pun seronok tambah koleksi ikan diatas dalam peti ais. 

Rupanya ikan tu walaupun segar dari laut, aku tak boleh makan. Gatal merenyam naik kat jari tangan dan jari kaki. Mujur la kes aku ni bukan naik kat wajah, syukur disitu. 

Bila dikaji dalam internet, masyaAllah, ikan tenggeri ini pun tergolong dalam ikan jenis mackerel tau. Patutlah!

Mulai dari sini, terus aku paparkan jenis ikan mackerel yang selalu dijumpai di pasar untuk korang elakkan beli dan elakkan makan di kedai kalau jumpa ikan tersebut. 

Macam mana nak cam? 

Makarel biasanya mempunyai garis-garis menegak di belakang mereka dan ekor yang sangat bercabang.


Atlantic Mackerel

Atlantic Chub Mackerel

Blue Mackerel

Chub Mackerel

Indian Mackerel

Island Mackerel

Short Makarel

Lagi satu, orang Melayu kan suka makan ikan tongkol (ikan kayu, ikan aye) pun tak boleh makan, itu lagi kuat ransangan kepada kulit sensitif. Kalau keropok lekor ke keropok ikan sebaiknya elakkan lah. Itu lagi buat gatal sebab kita tak tahu ikan apa kan, lagi satu LAKSA & LAKSAM. Aduyai ini lagi nangis kalau peminat macam juju. Kena tahan sabar. 

Bila perhatikan semua ikan diatas, lebih kurang je rupanya, beza kecik dan besar kan. Tapi yang pastinya ada jalur tu.

Nak tahu ikan apa yang aku boleh makan? 

Ikan Bawal Hitam

Ikan Bawal Putih

Ikan Kerisi

Ikan Siakap

Setakat ini, ikan ini dulu aku makan jadi elok kulit jari dan kaki semua. Kalau tersalah makan ikan jadi balik huwaaaaaaaa sedih tau termasuk ikan sardin dalam tin tu lagi tak boleh. Kena amal makan ikan macam ini je nampaknya. Tak apalah aku kongsi kat sini untuk memudahkan aku dimasa hadapan, belajar dari kesilapan. Aku tahu ramai orang kat luar sana mesti lalui macam aku kan. 

Apa yang penting, kita masih boleh makan ikan yang bukan jenis mackeral. Ayam boleh makan tapi itulah mana lalu asyik ayam je kan, mesti nak ikan juga sekali sekala.

Sekian, perkongsian untuk kulit sensitif atau penyakit yang memerlukan elak makan ikan jenis mackerel. 

3 Comments

  1. Oh! sayangnya kak..banyak benda kena pantang ye skrg...Sally mmg fav makan Saba Mackerel...semoga diberi nikmat yg lain kak ye :D

    ReplyDelete
  2. owh
    patutlah kadang2 makan ikan ada rasa macam gatal2
    dah faham

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing this info...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)