Assalamualikum!
Sihat semua? Julia sefamily baru balik KL, mendarat ke tanah air sendiri satu perasaan syukur yang tak dapat dibayang dengan kata-kata. 

Ramai yang dah baca entry lepas kan, ye, kami ke Jakarta dan Bandung dalam masa 6 hari. Paling lama dalam sejarah julia cuti lama macam ni di luar Malaysia.

Kejutan budaya, dari segi bahasa sudah cukup buat julia belajar banyak benda di sana, dari segi sikap, tutur kata dan gaya hidup sesuatu masyarakat.

So far, banyak part kali ini julia nak kongsikan, sebab 2 negara wilayah Indonesia kami jejaki, serius trip kali ini trip santai, kami berpandukan tentatif yang julia pilih dan karang untuk melawati sesuatu tempat sehingga ke akar umbi...maksudnya bukan setakat bergambar, tapi belajar susur galur tempat tersebut. Itu baru namanya belajar sambil mengembara.

Abg Qi? Ramai nak tahu macam mana keadaan dia kat sana kan?
Dia sangat kuat! Dia kuat jalan kaki, bayangkan satu hari Allah nak uji kami ni, tersalah info turun bas ke satu tempat bersejarah, dia boleh ikut jalan kaki sejauh itu...ye jauh betul...dengan belum sarapannya...(ingat nak sarapan tapi lain pula ujian kali ini) sampai tengahari baru makan...hanya air masak mengisi perut...bukan tak sediakan roti sebagai bekalan...faham je lah anak kecil dia agak susah nak sarapan roti...nasi juga nak nya.

Sihat sepanjang hari dia di sana...kami berdua pun sihat, syukur Allah pelihara...dalam hati ada gak rasa gusar tentang perubahan iklim. Tapi semuanya kami serah kepada Allah..

Nanti julia kongsikan hotel di Jakarta Barat yang kami menginap...memang kami puas hati ! 

Tunggu part 1 kami jejak di bumi Jakarta dan Bandung, nak edit gambar jap...ribu ni kena cantum dan sort yang terbaik hahaha. Fengsan !

8 Comments

  1. welcome back..tk sbr tgu entry juju

    ReplyDelete
  2. welcome back mesia.. xsbar dgr story juju

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa berjalan kak Juju. Tak sabar nak tunggu next entry. Heheh :)

    ReplyDelete
  4. welcome back,mesi banyak cerita nak dikongsi ni kan...

    ReplyDelete
  5. Welcome back Julia. Tak sabar nak baca pengalaman Ju kat sana

    ReplyDelete
  6. mesti rasa lemau kan nak masuk kerja..lepas dah menerapikan diri dengan shopping & cuci mata..hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)