Ya! Inilah surprise husband kekasih bukan paksa rela hari Jumaat lepas 12 Jan 2018 belah petang. Kemain kan sejak layan drama 'Kekasih Paksa Rela' habis semua benda aku kaitkan hahaha. Dapat mesej sejam sebelum balik kerja petang hari berkenaan dia suruh balik rumah dulu tak payah jemput abg Qi dari tadika. Katanya dia dah jemput awal lepas solat Jumaat. Wah gitu, semangatnya jemput awal. Tanya kenapa?

Tak jawab, siap paksa suruh packing baju untuk 2 hari. 
Nanti jam 5.30 petang dia jemput dekat rumah dengan anak. Ewahhh, apa pasal bagi tau last minit suruh packing baju, dah la lemah gila bab packing baju...tapi nak ke mana? Macam urgent je...ish-ish husband ni nak kena cubit ni hahahhaa. 

Tepat jam 5.30 petang dia sampai, siap hon-hon lagi suh cepat masuk dalam kereta. Ye jarak pejabat dengan rumah tak jauh pun, 20 ninit dah sampai tu kalau tak jem la hahaha. Okey masuk dalam kereta. Tak puas hati lagi, dok tanya lagi. NAK KE MANA?

Abg Qi jawab, hotel la umi apa lagi hahahahahaha budak bertuah ni kan !😂😄😋

Sekali sampai wahhhhhhhh! Cantiknya, Regalia ke ni? Ayoyoyoyo ni datang visit orang ke memang stay sini, banyak sangat aku tanya kan. Dia diam je, hmmm bencik la buat tak tau. Cakap la nak buat apa sini?


Sekali husband heret bagasi kahkah bunyi bagasi macam baru lepas mendarat kapal terbang u ols. Heret masuk bilik suite ni la, sekali tengok Ya Allah, pasaipa besaq sangat bilik ni, bilik hotel ke ni, siap ada macam-macam. Macam kat rumah! 😆

Wahhh! Terpaku terbuntang mata aku melihatnya. Cantik bukan kepalang sekali suites kat Regalia ni tau, kemain anak bujang tu terus masuk dalam layan kat jendela. Husband cakap suka tak?

Orang gila pun cakap suka ini kan aku? Haaaaaaaa mengilai-gilai suara aku kat depan bilik ni awak...senyum sampai ke telinga gitu. 


Jom usya setiap ruang.




Ada microwave, ada pinggan, ada sudu garfu, ada pisau. Wauuuu dah macam kat rumah suites ni kemain. 

Aku masa packing baju, terlupa nak bawa seterika, punya la kecut perut sebab aku kalau tak ada seterika aku mood down sikit. Banyak kali tanya husband jom la patah balik rumah jap amik seterika. 

Sekali abang Qi jerit, umiii...datang sini...ada seterika...Ya Allahhhhh aku senyum sampai belakang kepala tau...punya la kan hahaha seterika je pun. Orang pompuan benda macam tu jangan ambil mudah. Nyawa tau!

Suami beli nasi bungkus, siap-siap nak dinner dah. Aku masih dengan hp snap sana sini, mujur lah suami sporting dah kenai perangai wife gila gambar. Husband siap perli...umi suka lettewwwwwww hahahhahaahaah gelak besaq aku weh hahahaha mesti la suka!!!! Len kali buat lagi tau...😘



Kemain, siap ada dapur, ada bilik seterika baju, ekslusif sangat! Paling suka port dapur ada cermin besar di depan amboiii setiap kali lalu dapur, mesti tengok muka, tengok badan, tengok jerawat ehhhhhh hahaha.

Siap ada island kitchen di tengah awak, kerlas gitu, mula lah aku mimpi siang malam nak gaya macam ini masuk rumah baru nanti. Haha.

Regalia Suites Kuala Lumpur ini kalau korang nak tahu, aku usya dekat online taraf 4-5 bintang gitu lah. Kat sini memang ramai betul mat saleh dan orang foreigner menginap. Tak silap aku ada 37 tingkat. Tingkat yang aku nak poin kat sini tingkat 37 dan tingkat 5 sebab Regalia ada dua kolam.

Naik tingkat 37 ialah infiniti pool. Hohhhhh aku punya mulut tak habis-habis cakap wowwwwww wowwwwwww...patutlah ramai orang, permandangan dia lawa. Jom masuk!

Tadaaaaaa...cantik kan. Pool kat sini memang memanjang, kena wajib pakai baju pakaian renang muslimah. Tak boleh pakai tshirt aku ingatkan ni. Ada sekuriti lah jaga ketat kemain. Kalau waktu malam tempat ni tak silap aku boleh mandi juga tau, lagi cantik permandangan waktu malam. 

Pernah baca kan aku pernah review satu hotel bajet di KL yang ada infiniti pool nampak KLCC juga, kalau lupa meh baca sini klik link: WP Hotel KL

Tapi musim aku pi ni waktu KL tengah di landa musim sejuk. Bayangkan kami naik waktu tengahari tapi cuaca macam waktu pagi 22 darjah celcius you all. Haaa sejuk tau, tapi ada kami kisah, kami terjun juga haha. Dalam kolam tu mana sejuk mana pun. 

Memang relaks minda la dok sini. Mau dekat sejam layan permandangan kat sini. Dok kat gazebo free je, tak yah bayar apa-apa pun. Tuala kena bawa sendiri. Tak nampak disediakan. 

Ini pondok kami. Selesa yang amat. Bayangkang di aras 37 kami leh dapat angin dingin je. Tenang, boleh rehatkan kaki dulu sebelum nak berenang. 

Lepas mandi aras 37, jangan lupa turun di aras 5 tau, kat sini permandangan pokok-pokok di taman sangat menghijau, Ya Allah macam taman syurga. Sejuk je rasa. 

Cantik kan laluan ni, abang Qi dah tak sabar nak mandi lagi. Kat kolam ini tak ada sekuriti jaga. So pakai baju t-shirt mandi pun tak kisah okey je tau, janji korang kena bersihkan dulu badan dekat pancuran air paip dulu, jangan main terjah masuk je eeeee kotor tau gitu. Habuk-habuk ke kan...ingat kita berkongsi kolam mandi. 




Birunya kolam, aku test air dia bau tak kuat klorin, jernih sungguh! Aku tinggi dalam 161 cm so kedalaman kolam ini di aras bahu aku la lebih kurang kalau berdiri. Agak dalam dan tak sesuai untuk anak-anak kecil. 



Jangan risau ada kolam budak. 


Tadaaaa...panjang kan kolam budak. Tak dalam pun. So aku boleh mandi dengan husband sambil mata melihat anak mandi kat sebelah. 


Habis hati lah abang Qi korang ni dapat berendam, tak sejuk dia kata hahaha, mak dengan anak sama je akal tau. 

Untuk makluman korang, kat sini pun ada playground. Yeyyy, boleh lepaskan buas anak-anak kat sini sambil kita tengok dari jauh. Sebab ada kerusi ala resort kat sini tau. 


Haaaaaa, apa lagi, segmen aku berenang kuak lentang, kuak rama-rama, kuak apa lagi segala jenis kuak aku kuakkan hahaha. Best weh, dah la angin sepoi manja lalu kat kolam ni, hilang tekanan. Seronok dapat mandi kolam hahaha. 

Gambar ini paling ohsem! Cantikkan anak beranak ni berenang, suami dah semakin pandai ambil gambar, yeyyy...so jom layan gambar kami berenang ke sana ke mari. 😍

Tudiaaaaaaaa....kuak kupu-kupu sambil kelek anak berenang u ols. Hebat tak hebat julia korang ni kan hahaha, water confident!

Ni pesen mendugong di siang hari ahahaha lantak la...janji anak seronok, mak seronok...eh mana gambar bapak? Dia malu so tak ada haha. 

Penat dah mandi manda huhh puas hati kolam Regalia...husband ajak makan plak, lapar weh. Pakai cantik-cantik selfie sedas haha.

Berdas-das aku selfie depan cermin gergasi ni kemain. Aku suka gila cermin ni, nampak suites ni lagi besar, nampak dapur menyerlah cantik. Okey dah dah la selfie tu hahah jom jalan-jalan.

Lapar ooo...sedap lauk ni, nama dia siakap stim kuah asam. Best layan perut tengah lapar. 


Ramai komen kat media sosial, berapa harga semalam? 
Sampai laa ni husband tak mau kongsi sebab dia kata surprise la. Okey kita hormat keputusan dia, kami menginap dekat sini 3 hari 2 malam, lama kan. Korang tengok kat atas ada tulis kat kunci tu page. Korang usya la kat Google tak pun call je number tu kan ada. 

Aku survey dekat klik link Booking.Com harga boleh tahan jugak RM300 lebih semalam, huhh tapi itu online, husband tak tempah dalam online. Cer korang call.

Rating kepuasan: So far aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. 
Puas hati semua kemudahan, kecuali lif kadang-kadang ada perangai tintong tu. Sekejap okey, sekejap tak okey. Well biasalah benda elektronik ni kan. Tapi bagi aku harap pihak Regalia dapat atasi masalah tu segera. 

Korang, kalau malas nak bercuti ke luar negara atau jauh dari Malaysia, mai stay kat Regalia, rasa macam dok kat resort jauh yang best serius! Sama je rasa tu hihi...selamat ber Regalia tau korang. Ohsem surprise vacay yeyyy thanks husband, besday i lambat lagi tau, saje je buat surprise alolololo mmmuahhh banyak! 😉

18 Comments

  1. syok die dpt surprise ke regalia...sama nk honeymoon mcm pakcik ngan hanan oiiiii...regalia ni akak tau since 2014 tp tk kesempatan nk pegi...mmg cantik view nmpk klcc kl tower mcm yg pernh menginap kt WP hotel

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya.. kalau mama pun dah mengilai2 dah ni

    ReplyDelete
  3. Wahhh syoknyaa kak Juju. Memang puas hati macam ni 😍

    ReplyDelete
  4. ni isteri paksa rela..banyak sangt tanya then srh suami jawab..haha. apa2 pun abam qi still cute..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha ni isteri kuat tanya macam lawyer...dpt plak hakim jenis pendiam tu tak puas hati tu...hahhaa abg Qi gak pecah rahsia hahaha

      Delete
  5. kawan office IQ pun pernah menginap dekat situ, memang best katanya, terutama infinity pool tu. terbaik! Plan nak tdo sana jugak la nanti. heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya the best view KL ever izyan...puas hati...jgn lupa bawa swimming suit muslimah ya...x boleh berenang pakai t shirt kecuali pool aras 5 bebas.

      Delete
  6. Wahhh best giler ni Juju, untung tau! Bila kekasih bukan paksa rela ai nak suprise camni? Hahahaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti baby akak besar sikit mesti kekasih bukan paksa rela akak buat surprise...tungguuuuu! haha

      Delete
  7. terbaik sgt tempat ni..dan plg best kolam dia besar...dah tentu2 ank2 krine suka ni

    ReplyDelete
  8. Syoknya!! Menarik nampaknya suites ni. Lagi best kalau percutian secara kejutan dan orang belanja. Hihi

    ReplyDelete
  9. tgk juju share kat FB aritupun dah nampak best.. nnt nak try laaa tidoq situ nnt..

    ReplyDelete
  10. kita duk kl pun belum pernh book hotel dekat kl

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)