Sudah lama aku simpan impian nak ke Korea ! Aku dah survey sampai ke Korea Plaza tau, siap dapatkan semua perkara terbaru tentang Korea. Sampaikan aku sertai kelas percuma bahasa Korea di sana, semata nak dalami info asas Korea. 

Kebetulan masa nak intai tiket penerbangan ke destinasi Korea, padahal hari-hari aku survey haha nak tiket murah kenalah usaha kan, aku tertengok Traveloka sedang anjurkan Pertandingan Traveloka Fly & Win CNY Contest semata musim perayaan Tahun Baru Cina 2018.

Apa yang menariknya? Ada diskaun ke? Promosi ke?
Korang tahu tak...Traveloka nak bagi tiket penerbangan dan penginapan percuma dekat korang tau! Menariknya ! Tapi kena buat apa? Takkan senang-senang nak dapat percuma betul tak....ya, korang kena masuk main game. Pertandingan dia senang je, main game kapal terbang tu naik turun naik turun sampai korang boleh kutip sebanyak mana angpau sampul merah sahaja. 

Tapi sebelum julia nak kongsikan game tu, mari julia cerita apa hadiah utama sampai ke traveloka voucher.

# Hadiah 1 : Percutian ke Seoul Korea selama 6D5N




Ya, mana tahu sambil main game kapal terbang tu, senang-senang je boleh pi Seoul Korea. Bestnya ! Kalau korang nak tahu sedikit sejarah, Seoul adalah salah satu bandaraya yang ke-16 terbesar di dunia menurut sumber Wikipedia. Hampir separuh penduduk Korea Selatan tinggal di kawasan ibu negara Seoul ini sekaligus menjadikannya pusat ekonomi, politik dan kebudayaan utama di negara ini. Mantap !

Paling penting sudut demografinya sangat mengejutkan aku tau sebabnya bandaraya Seoul terkenal dengan kepadatan penduduknya yang hampir dua kali kepadatan bandaraya New York dan lapan kali lebih padat daripada Rom.


Lihatlah betapa semangatnya julia, siap bergambar dekat kawasan Korea Plaza KL tau, semangat Korea dalam diri semakin menyerlah hehe. 

Sambil singgah, ambil travel guide Korea. Mana tahu malam ni main game Traveloka tu dapat pi Korea percuma. Jom sertai ramai-ramai. Mana tahu kalau tak julia, korang yang dapat percutian ni...terharu aku tau. 

# Hadiah Ke-2 : Percutian ke Phuket selama 5D4N



Inilah dia hadiah kedua tajaan Traveloka Fly & Win CNY Contest. Phuket you alls ! Fuhh, hadiah semua menarik sungguh, phuket adalah salah satu tempat pelancongan yang orang suka lakukan island hopping. Menjelajah sekitar pulau di Phuket menaiki bot laju tu, cantiknya laut dia...alangkah indahnya alahai. Tak sabar nak pergi kan bila tengok suasana dalam gambar di Phuket tu.

Tempat menarik di Phuket:
  1. Pha Nga Bay 
  2. Old Phuket Town
  3. Pantai Patong
  4. Big Buddha Chalong
  5. Pulau Phi-Phi
Menurut sumber dalam internet, Pulau Phuket (atau wilayah Phuket) ialah salah satu wilayah di selatan Thailand. Dahulu dikenali sebagai Pulau Talang. Talang ialah sejenis ikan, dalam bahasa Melayu. Memang ramai orang Melayu di Pulau Phuket. Ini termasuklah keturunan Mahsuri yang berhijrah ke sini. 

Lagi satu menariknya Phuket, banyak makanan halal di jalanan turut di jual. Boleh melancong sambil menikmati kelazatan makanan di sana. 

# Hadiah Ke-3 : Percutian ke Langkawi selama 4D3N 



Hadiah ketiga pun tak kurang hebatnya, pakej perlancongan ke Langkawi Kedah. Kat sini korang boleh lakukan bermacam aktiviti antaranya island hopping, dataran lang, butik coklat, Pantai Chenang mengamati suasana indah lautan dan batuan. 

Jangan lupa singgah Geo Kilim Park di Langkawi, boleh lihat aksi burung helang yang memukau pandangan sambil menelusuri gua di dasar lautan. Wahhh semakin bersemangat nak sertai pertandingan nampak gayanya haha. 

# Hadiah Ke-4 : 2 x Traveloka voucher bernilai RM1,000

Ya, paling tidak pun kan dapat menang voucher 1,000 pun dah seronok dah tau, apa lagi dah tak sabar kan nak menang?

Saya nak menang ! 
Macam mana nak sertainya?

Okey mari rapat-rapat. Julia nak ajar cara nak sertai pertandingan ini. Mudah tapi bukan mudah kalau korang tak sabar. Haa kena sabar dan kena selalu main game ini sampai tahu apa kesalahan yang selalu kita buat. Julia dah cuba berkali-kali, tapi takkan berputus asa nak bagi kapal terbang tu sekata terbang haha.

Caranya: 
  1. Pertama sekali klik link: Traveloka CNY 2018 Contest - Anda akan nampak paparan ini, sebaiknya download apps Traveloka melalui telefon senang nak main game pada tarikh yang di catatkan. 
  2. Klik Game - korang kena baca arahan macam mana nak main game. 
  3. Get Ready - Tap. 





Inilah dia hasil skor julia bermain Traveloka Fly & Win CNY Contest haha, mula-mula skor kosong sebab jari tak pandai lagi nak bagi kapal terbang tu berada di tengah. Kali kedua game dapat 1 je angpau, kali ketiga dapat 20 angpau. 

Korang kena pastikan kapal terbang Traveloka tu tak langgar bangunan, jangan langgar belon ke atau kapal terbang iklan, tu semua buat kapal terbang korang jatuh menjunam, sila bersabar dan usaha lagi sampai dapat capai target point angpau sebanyak mana yang boleh.

Usaha sampai berjaya, tarikh pertandingan ini bermula 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018. Ya banyak masa lagi, jangan mudah mengalah haha. Julia pun kena cekal usaha tanpa jemu, kalau menang i heboh dalam blog okey. Doakan kita semua menang.

Selamat berjaya !

17 Comments

  1. syok tu kalo dpt menang ke korea kn juju....lama booking hotel thru traveloka..nk pi jenguk2 la jp

    ReplyDelete
  2. good luck juju, semoga murah rezeki dapat pergi korea,. Btw, Korea Plaza KL tu kat area mana?

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnyaaa . Nak pegi melanconggg

    ReplyDelete
  4. Lama tak balik kampung ai kat korea, hahahaha... Bestnya!!

    ReplyDelete
  5. Fuiyooo!! Boleh menang melancong ke Korea atau Phuket? Syok giler!!!

    ReplyDelete
  6. Nak pegi korea jugekkk. Nak try luck lah

    ReplyDelete
  7. Huh menggoda betulla,tak pasal2 je install app traveloka dlm phone hahhha

    ReplyDelete
  8. Jom kita sama-sama cuba.. Mana tau ada rezeki gi Korea free..

    ReplyDelete
  9. nak menang jugakk ! hahahah. jadi mimin pun dah join

    ReplyDelete
  10. Fuhhh lumayan sungguh hadiahnya. Nak join jugak lah nanti :)

    ReplyDelete
  11. kena try ni..mana tau ada luck..hehe

    ReplyDelete
  12. Bestnya contest Traveloka ni, hadiah menarik sangat! Nak join lah.

    ReplyDelete
  13. kalau dapat ke langkawi pun ok..bestnyaa..kene main game lerr

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)