Gagal hanyalah satu perkataan, bukannya titik noktah !
Pagi tadi lepas sarapan, bersama rakan sejawatan ke perpustakaan pejabat. Apa lagi dalam 15 minit juga mata melilau mencari bahan bacaan yang boleh di pinjam. Tajuk mesti ada unsur motivasi. Ya, itulah makanan blogger pemikir positif.
Dua tajuk buku diatas memang sangat menarik. Kalau di jual yang baru harus nak beli buat koleksi. Hari ini ambil satu petikan bacaan di dalam buku Chicken Soup for the Soul kisah seorang yang di landa penyakit hemofilia, kemudian di sah mengidap penyakit AIDS pula selepas terkena transmission darah yang ada virus itu.
Dia langsung tidak menyalahkan takdirnya, dia berkata dia selesa menerima statusnya, malah mampu membantu orang lain memahami dan menerima penyakit ini serta meneruskan kehidupan dengan penyakit HIV.
Maksudnya, menerima hati dengan terbuka qada dan qadar hidup. Kita terkadang terfikir, setiap manusia ada cabaran-cabaran sukar dalam hidup, itu yang beri peluang terbaik bagi kita berkembang secara peribadi.
Paling terkesan julia rasai, kata ini. "Hidup tanpa perasaan syukur atas segala nikmat hidup pastinya suatu penghinaan kepada diri sendiri".
Itu baru satu chapter, ehh buku-buku ini kalau kita baca isi kandungannya, baca tajuk kandungannya memang terus suntik ke dalam hati nak terus baca.
Wahhh! Tak sabar nak selongkar setiap isinya. Tak rugi bersahabat dengan buku motivasi. Seolah-olah kita berkawan dengan sahabat yang selalu menyokong kita dalam apa jua jenis keadaan.
Nanti julia kongsikan lagi kata-kata yang menghunus hati untuk menjadi semangat berkobar dalam diri ya. Julia tahu ramai silent reader dan rakan pembaca sendiri sukakan ayat motivasi.
Tunggu!
8 Comments
apabila kita gagal, kita kena bangkit..berusaha utk yg lebih baik
ReplyDeleteChicken soup for the soul series memang best...! hee
ReplyDeleteBerkenan dengan buku Chiken Soup for the SOul. Petanda ni kang nak beli buku lagi.
ReplyDeleteSukaa jugak baca buku yang genre macam ni. Nampak best pulakk buku tu.
ReplyDeletegagal adalah permulaan utk sebuah kejayaan
ReplyDeletepaling mudah perkataan imposibble, kita positif kan terus jadi i'm possible ^_^
ReplyDeletebetul sangat pernyataan ni
ReplyDeletetakut dengan kegagalan tapi sebenarnya kegagalan tu yang buat kita bangkit
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)