Seronok betul bila anak pinta 'Umi nak susu SUSTAGEN!' Haaaa apa nak minum susu? Betul ke ni...ye abg Qi sekarang dah umur 6 tahun masuk tahun 2018. Dia terpengaruh dengan iklan kartun Didi & Friends pasal didi minum susu Sustagen muka jadi bulat dan gebus haha.

Rupanya pengaruh iklan TV ni kuat rupanya. 
Sampaikan abg Qi hari-hari dok pujuk suruh belikan Sustagen sampai tertunda banyak hari nak beli untuk dia. Kebetulan singgah ke AEON Big di Kepong KL, ada promosi plak RM29.90 dari harga asal 30 lebih gitu. Kalau kedai runcit cecah RM35 ke atas dah. 

Watak Didi & Friends promosi Sustagen, macam mana la abg Qi tak terpengaruh hahaha

Untuk makluman, abg Qi ni dekat setahun juga lah tak amal minum susu sepenuhnya...sebab apanya sebab dah tak minum susu botol kan, pastu demand dia terhadap susu Dutch Lady pun tak sekerap dulu, mungkin dah jemu kot. 

Ini pertama kali bertukar kepada Sustagen. 
You know what, dia ada sediakan sudu khas didalam kotak tu. Aku guna dalam 3 sudu khas bancuh dengan air hangat sikit je, sekali rasa sesudu wowwwwwww sedapnya, macam minum air milo...tapi lagi sedap dari milo serius.

Bila aku cakap air ni sedap macam milo, terus abg Qi tak sabar nak minum. Haha...dia pun kata sedap! Terus minum tak kasi kongsi hahahaha...ye habis segelas dia minum...seronok dia minum susu sustagen, mengidam lama dah kerana didi tu hahaha


Kandungan istimewa
Bila semak kandungan nutrisi dalam susu sustagen ini ia mempunyai nutrien penting dalam kumpulan piramid makanan. Bagus lah sebab abg Qi ni jenis susah nak makan sayur apatah lagi buah. Memang kena amal susu balik, bagi kalsium sepenuhnya. (Sumber nutrien rujuk sini: Sustagen 6+)

Kemain abg Qi teruja nak minum siap pejam-pejam mata hahaha 


Susu Sustagen kategori susu kawalan khas.
Ya, banyak kedai aku survey, susu sustagen di simpan dalam pintu kaca berkunci. Kena request dekat cashier baru leh order beli. Wowww gitu, kemain susu sustagen ni pun kira susu yang eksklusif dan dijaga rapi. Bagus sebenarnya tau, terjaga mutu dan kualiti.

Aku paling suka kotak dia, padat dengan info dan menarik untuk di lihat. Minggu ini nak tambah stok lagi la...bagi dia kerap minum susu tak kira masa. 

Lepas ini setiap malam aku akan bancuh secawan sustagen untuk abang Qi. Semangat pula tengok dia suka, semangat nak beli lagi sekotak buat stok. Semoga abg Qi sihat selalu tahun ini dan hari-hari mendatang amin. 

Anak korang sebaya macam abang Qi minum susu apa sekarang, kongsilah. 

2 Comments

  1. mmg kuat pengaruh tv ni kalo ank2 tgk tp bgs la die bole minum susu tu...tisya dlu tgk iklan susu anmum mertana..die ckp kt mama...nanti mama minum susu tu bole ada baby dlm perut

    ReplyDelete
  2. comelnya.. budak2 memang senang terpengaruh kan. syafi yg dah 10 tahun tu pun selalu minta beli itu ini rupanya bila tgk iklan

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)