Terkadang aku teringat, masa sakit aku diuji semahunya, merintih minta simpatiNya, menagih kekesalan dalam diri dosa dengan Nya, yang aku tahu dia maha penyembuh, dia maha segalaNya, bila hati ini kuat mengatakan sesungguhnya engkau maha mengasihani, kasihanilah hamba mu ini dgn kesempurnaan kesihatan seperti manusia normal lain

Menangis, tersedu-sedu, ampunilah aku...ampunilah aku...yakin dia sahaja menyembuh, ubatan hanya asbab, tanpa kuasaNya tiada kata sepakat utk ubat2 ciptaan manusia. 

Sekarang...baru nikmatnya rasa sihat, nikmatnya rasa fasa kesembuhan, nikmatnya rasa lega, nikmatnya rasa kesayangan Allah itu sampai ke hati...Allah...aku sujud...aku mahu insaf...insaf kerana dosa harian yang aku buat...ya Allah, engkau uji kerana aku leka, leka dengan duniawi...permudahkanlah ibadah hamba mu dan rakan2 ku dalam pekerjaan. 

Sampaikan nikmat kesihatan dan rezeki pada kami sebaik2 rezeki yang sesuai. Kerana engkau tahu apa yang terbaik buat setiap hamba mu. Aku redha, aku sayang...aku sayang Allah. Ingat dia...nescaya Allah jaga kita...kalau kita di jemput pergi semasa tengah ingat dia...alangkah baiknya. 😍

----------------------------------------------------------

Aku di uji, 6 bulan lebih lamanya, kulit jari tangan dan kulit jari di ibu kaki sehingga ke buku lali jadi berkuping. Kulit bercerai dari tempat asalnya, isi merah kelihatan berkuping-kuping. Luka secara tiba-tiba kerana kekeringan kulit yang melampau tanpa aku ketahui puncanya.

Sedih?

Aku biarkan ia berlarutan, sampaikan aku melangkah ibu jari aku tetiba berdarah, merekah, mengalir darah merah.

Saban hari aku memandu kereta, aku memandu dengan ibu jari kaki berdarah, rasa sengal, aku lap tisu yang ada dalam kereta...aku teruskan berjalan...tanpa memikirkan apa terjadi pada diri aku.

Tarik hand break...pecah isi jari tangan, pedih...Allah...masa itu air mata mengalir sederasnya. Ujian apakah Allah beri...darah mengalir di mana-mana.

Kulit aku mula merekah, kering, gatal tanpa sebab diketahui...lama aku rujuk pada doktor. Aku cakap dah 3 minggu terjadi...doktor ingat ia kulit fungus (kulit naik kulat) di beri ubat kulat...tak baik malah makin bertambah parah.

6 bulan lamanya aku ulang alik klinik kerajaan dan klinik swasta...aku cerita benda yang sama ulang-ulang. Semua doktor hanya mampu berfikir di depan komputer...memikirkan ubat apa yang sesuai untuk aku...

Sedih! 
sangat sedih...seolah-olah aku serah kulit aku pada mereka...tolonglah...peganglah jari aku...peganglah kulit aku...walhal aku tahu yang beri kesembuhan hakikatnya Allah.

Setiap kali nak masak, nak mandi, nak solat...bila ibu jari kaki dan jari jemari terkena air...seakan isi merah terkena air yang sangat perit...bayangkan kulit yang membaluti isi ku semakin merekah...tak nampak fasa kesembuhan padahal setiap hari aku bergelumang dengan pelembab dan ubat steroid. 

Kenapa aku cerita? Kenapa aku tak sorokkan terus je kisah ini...aku cerita sebab aku tahu di luar sana ada yang mengalami senasib dengan aku...antara serius dengan tak serius...sambil aku menaip ni, aku buka audio bacaan yassin, mendayu-dayu rasa bila teringat pengalaman ujian dari Allah.

Ya, aku tau kesan ubat steroid sangat tak elok untuk jangka masa panjang...tapi aku tak ada pilihan. Saban malam sahaja setiap hari aku mengaru kulit di tangan dan di jari kaki...di tempat lain semua normal...hanya di situ kulit aku jadi bercelaru...kenapa...kenapa...apa sebabnya?

Awalan doktor aku terkena dermatitis sejenis ekzema. Tak sangka...umur awalan 3 series aku di uji. Orang yang pernah melalui tahu betapa rasa sakitnya ia terjadi...aku sabar, aku kuat semangat, aku nak lawan...aku nak positif...aku tak boleh stress...kalau aku stress susah nak baik...

Aku tekad!
Aku berdoa tak putus-putus pada Allah...sebab aku tahu aku dah usaha bermacam-macam jenis ubat...hari-hari selama 6 bulan lebih aku bawa ubat pelembab dan ubat steroid, ubat makan ke mana sahaja...suplimen ephyra aku amal hari-hari...vitamin pasal kulit apa aku tak makan...semua aku ambil secara giliran.

Aku tak give up...aku baca kisah dermatitis, aku dengar video dermatitis di you tube...mereka cerita kisah mereka senasib macam aku...bagaimana mereka sembuh dengan mengubah lifestyle mereka...

Catit, 

Ulang dengar, 

Aku praktik.

Paling terkesan perkongsian mereka adalah ubah corak lifestyle dulu kepada eat clean.

Ya, aku mula guna cuka kurma dalam setiap minuman, aku letakkan dalam 1 sudu besar. Setiap hari doktor cakap kena minum 2 liter air suam, aku add on cuka kurma niat kerana Allah semoga ia cuci darah.

Pesan doktor terakhir yang merawat aku katanya:
  • Tukar semua kasut yang julia pakai - beli baru, beli yang jenis berjenama, kulit. Elakkan plastik PVC. Mungkin julia alah pada sesetengah bahan di kasut.
  • Tukar sabun badan - aku guna sabun jenis antibacterial, korang faham kan banyak sabun tu sekarang dipasaran cth dettol dan antabax serta seangkatan dengannya tak boleh guna. Aku dah guna bertahun ke semua sabun badan tu, so kulit aku reject. Doktor suggest suruh aku guna sabun badan Dove.
  • Tukar sabun cuci baju - aku dulu pengguna setiap pencuci sabun debu jenis Daia, doktor cakap sabun cuci baju ada kala tajam tanpa kita sedari kita alah pada serbuk cuci baju. Doktor sarankan guna jenama Dynamo. Aku tukar semuanya, nampak perubahan cukup drastik sekali. Kulit nampak dah mula tak gatal. 
  • Elakkan ikan tertentu - ikan selar, ikan kembung dan ikan sardin/tuna/makeral dan ada ikan yang aku tak ingat lagi yang tak boleh makan. Itu penyumbang kepada kegatalan melampau. Tapi sotong aku makan tak gatal plak, ikan masin, ikan bilis dan ikan cencaru doktor cakap okey tak ada masalah boleh makan macam biasa. Nanti dah nak sembuh, boleh makan macam biasa. So puasa sikit untuk kulit sihat. 
  • Banyakkan minum air - doktor suruh minum air 2 liter...yang ni sebelum suruh aku dah amal banyak kali kat opis hmmm.
Bila aku tukar semuanya...tak sampai seminggu, kulit jari-jari kaki tangan kembali sembuh. Allah, hari-hari berbunga rasa hati, 6 bulan lebih aku mengalami keperitan kulit yang reject dan alah pada sesuatu barang.

Kasut jenama scholl, sabun mandi Dove (pati delima), kurangkan makan makanan penyebab gatal kulit, rajin sapu ubat pelembab/steroid guna senipis di kulit dan paling penting doa...minta kesembuhan.

Ya aku di fasa kesembuhan, hari-hari kongsi dengan orang tersayang cakap kulit julia dah cantik, dah tak merekah, dah tak berkuping, tak tak buruk, dah tak nampak jari hitam.

Pernah pergi rumah orang, tak dapat nak basuh pinggan, aku malu...sebab aku tak boleh guna sabun pinggan sebarangan. Sekarang aku masih lagi guna jenama Sunlight. Nanti nak tukar kepada organik baru jumpa brand tu. 

Kadang-kadang orang sakat aku.
"Kulit orang kaya lah, kulit orang mahallah" aku tahu sakatan mereka lagi menghiris lebih teruk ke dalam isi merah aku tu...tapi aku ni sejenis hati yang dah kebal...aku biarkan ia berlalu pergi...aku kena rawat kulit aku...aku nak ia ada kulit, bukan isi...kesian kulit aku tak ada baju, asal lalu air je...meraung aku...kesakitan yang tak terperi...ada mereka tanya perasaan aku?

Aku rasai dalam kesenyapan yang maha dasyat, aku sampai ambil tangan anak dan kaki abg Qi aku cakap kat dia, umi nak kulit macam abg Qi, ada kulit dan isi duduk dalam kulit. Budak 5 tahun macam abg Qi hanya mampu bertanya dan bertanya...kenapa kulit umi tu...kenapa dan kenapa...selalu cakap kat dia...doakan umi, umi tak tahu dik, umi tahu Allah je dapat bagi kesembuhan...mengalir air mata masa bawa kereta...berkaca-kaca air tumpah...yang aku tahu Allah maha mendengar apa aku rasa. 

Aku suka guna pelembab brand dibawah:

Setiap masa ada dalam beg, asal aku basuh tangan aku mesti sapu dia lepas tu. Selesa dan kulit bau rasa coklat hahaha. Kalau ditanya aku barang apa sebenarnya yang buat aku tetiba nak sembuh?

Tiada jawapan spesifik.
Aku ubah aku guna sebelum ini, aku beli barang yang berjenama dan mahal. Bukan kerana nak menunjuk, tapi kulit aku memerlukan ia ke arah itu, aku tak ada pilihan. 

Nak tengok kulit aku tu tak payah kot, biar aib tu aku dan suami yang tahu. Sekarang aku mulai gembira dan bersemangat, melangkah dengan kaki tak sakit akibat kulit merekah teramat sangat, darah tak mengalir lagi. Jari semakin sembuh...moga ia berpanjangan.

Doakan ya korang...Allah uji sebab Allah tahu kemampuan aku untuk harungi. Semoga Allah kurniakan kesihatan baik untuk aku dan anda semua amin. 

Terima kasih sudi baca luahan julia...ia sangat-sangat menyedihkan...diakhirnya Allah suntik sedikit kesembuhan ibarat di beri bunga dari taman syurga. Subhanallah!

14 Comments

  1. Moga tabah ye juju.. Setiap dr kita , ada ujian dariNya.

    ReplyDelete
  2. Moga Juju terus diberikan kesihatan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Moga Juju terus diberikan kesihatan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  4. Smoga baik sepenuhnya.. Dulu akak kecik2 pernh sakit kulit kt jari tgn.. Mmg xleh guna sabun sebarangan, xleh cuci pinggan, kalo bercucuktanam kt tanah pn xok.. Kulit jd mcm berair dan gatal.. Guna ubat doctor bg pastu ada bc org ckp pki inai daun.. Tu psl dulu2 mmg berinai je.. Alhamdulillah skarang dh ok

    ReplyDelete
  5. kesiannya awak. alhamdulillah jumpa juga cara penyembuhannya ye. syafakillah

    ReplyDelete
  6. semoga diberi kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah, setiap kesakitan, ada penawarnya.
    Moga Ju terus sabar dan kuat.

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah moga makin sihat yea..jika saranan doktor boleh memberi kebaikan dan serasi dgn kita..boleh je teruskan kan..

    ReplyDelete
  9. Semoga sentiasa tabah ye Julia. Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. teringat adik lelaki kena penyakit kulit sampai sekolah menengah baru ok,dari baby,sian nangis tak berhenti,berhenti bila dia letih,sebamed segala ubat semua dah try siap mandi air laut la tanam la,last2 ubah cara makan,sabun semua juga,sampai sembuh sendiri.memang perit kesian sagt.untuk juju ,juju memang tabah,Allah uji sebab tau juju tabah dan boleh harungi.

    ReplyDelete
  11. Semoga Julia cepat sembuh dan tabah. Saya dulu ada masalah alahan kulit, memang rasa teruk dan kadang-kadang nak give up. Tapi Alhamdulillah sekarang dah sembuh asbab makan vitamin (ikhtiar masa tu sebagai milk booster)

    ReplyDelete
  12. kenapa akak baca rasa nak nangis ni... :(

    ReplyDelete
  13. semoga cepat sembuh juju.. take care tauu

    ReplyDelete
  14. syafakillah ju. sakit untuk Allah ampunkan dosa2 kita. semoga kita terus tabah. setiap org ada bahagian masing2. mcm2 ana dah hampir 5 bulan kena gastrik. nampak macam penyakit biasa tp hanya yang merasa mengetahui ketidakselesaan dan kesakitan gastrik tu. mood swing semua ada. tu tak masuk lagi dengan sakit kulit (faktor genetik) yang dah 6 tahun kena ni. at the end kena berserah dan kekal positif walau kekadang down juga. :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)