River of Life - Sungai Nadi Kehidupan
Si Penulis, wajahnya suci tanpa makeup, hilang penat melihat kecantikan di belakang kan?
Cantiknya konsep River of Life! Terpaku kami melihat keindahan teknologi manusia mengindahkan Sungai Klang yang terletak di tengah-tengah kepesatan Kuala Lumpur. Jika kalian berhajat ke sini, mudah sahaja, sila ke Dataran Merdeka. Sebelah Dataran Merdeka lah terletaknya River of LIfe (Sungai Nadi Kehidupan).
Sedikit tentang sejarah:
Sungai Nadi Kehidupan, sebuah projek yang dikenal pasti di bawah Program Transformasi Negara, menyasarkan usaha untuk mentransformasi 8 batang sungai yang mengalir di sekitar daerah Greater KL/Klang Valley. Dengan peruntukan sebanyak RM3.1 billion untuk usaha-usaha pembersihan sungai, projek ini bakal menyuntik nafas baharu kepada sungai-sungai kita agar tidak lagi mengalir lesu, bahkan berubah menjadi sungai-sungai yang bersih dan segar bertenaga, lantas mampu menjadi sandaran kepada pelbagai aktiviti rekreasi sekali gus melonjakkan nilai ekonomi di persekitaran tepian sungai. Misalnya, kota London dan Sungai Thames, Seoul dan Sungai Cheonggyecheon, serta Melbourne dan Sungai Yarra, sungai-sungai itu menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bandar-bandar di sekitarnya. Kini, Greater KL pula menyasarkan hasrat untuk berdiri setanding dengan bandar-bandar dunia yang telah berjaya memberikan sentuhan nafas kepada sungai mereka dan menyerlahkan sungai yang mengalir jernih, bersemangat dan terpancar indah. Ayuh semua, marilah kita jadikan impian ini suatu kenyataan. [Sumber: River of Life]
Semasa kami sampai disini setelah usai solat Maghrib, lebih kurang hampir jam 8 malam barulah kabus di sungai ini keluar. Sebelum jam 8 belum keluar lagi kabus tau, hanya lampu neon biru sahaja menemani disini.
Projek mengindahkan sungai ini pada pandangan mata julia merupakan satu kejayaan besar! Beruntung rasa dapat menikmati kecantikan panorama di waktu malam, ada tempat duduk dan kawasan pejalan kaki yang cukup cantik untuk dinikmati dan dikongsikan bersama.
Amati keindahannya...tenang dan mendamaikan. Tiada bauan tidak enak, hanya kabus yang sangat cantik untuk dipandang.
Nampak kelihatan dari jauh, pancuran air berwarna warni naik tinggi dan rendah, abg Qi lah paling teruja sekali ke sini.
Kenangan kami di sini, waktu ini belum lagi kabus di keluarkan. Inilah permandangan sebenar.
Abg Qi bergambar cara robot haha, macam-macam dia. Pejalan kaki kat sini memang cantik dan ada lampu menerangi sepanjang jalan. Sedap je kaki melangkah jauh ke depan. Kalau nak buat power walk kat sini malam-malam tak malu la sebab kat sini tak ada sapa perasan pun kalau korang nak bersenam jalan kaki beramai2 hehe. Port baik punya.
Bye-bye River of Life, nanti ada masa kami datang lagi kat sini, semakin bangga menjadi anak kelahiran Kuala Lumpur, banyak dah tempat yang dulunya tidak begitu cantik, di pandang sepi, sekarang diangkat semula menjadi sesuatu tarikan pelancongan yang di sukai oleh rakyat tempatan dan pelancong luar negara. Syabas Malaysia!
Untuk langkah proaktif, marilah kita hafal carta diatas. Jadikan amalan kita seharian, ingat River of Life ingat Sungai Nadi Kehidupan. Jagalah untuk generasi anak cucu cicit kita masa hadapan.
Mana tahu akan datang river of life ada feri, ada bot pelancong seperti yang di adakan di sungai Melaka dan sungai Chau Phraya di Bangkok. Sungai jadi tumpuan pelancong!
10 Comments
cantiknya! kalau ada kesempatan, nak singgah ke sini jugalah!
ReplyDeletecantiknyaaaaaaaaaa
ReplyDeletecantikkk..dh rmi juga tgk kwn2 dh pi kt sini
ReplyDeleteCantik =)
ReplyDeletecantiknya.subhanaAllah
ReplyDeleteCantiknya.. eloklah diberi wajah baru secantik ni
ReplyDeleteCantik! Tapi bilalah sungai kita nak jafi seperti di Korea dan Jepun kan? Longkang pun jernih je siap ada ikan
ReplyDeleteKena ada kesedaran awal...ikut carta hijau diatas...mesti boleh
Deletecantik sangat! lama tak lepak dataran. Last datang tengah construction apa entah
ReplyDeleteharitu nak pergi mungkin dia tak buka sampai lewat malam..ditutup jalan tu
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)