Sekali pandang, mana la banner kedai Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi Ganja) yang sering diperkatakan di Ipoh Perak ya? Sebenarnya dah 2-3 kali julia sudah ke sini, setiap kali singgah perjalanan ke Utara pasti akan masuk susur highway masuk bandar Ipoh sekejap nak tapau nasi ganja. 

Kedai ini terletak di sebalik nama Kedai Kopi Yong Suan, nama je kedai Cina, sebenarnya dalam kedai tu perniagaan nasi kandar popular kat Perak tau. Julia sampai masa ini dalam jam 11.30 pagi, macam dah mula nampak beberapa orang beratur. Parking memang sentiasa penuh la, maka nya suami jaga kereta, julia melangkah beratur secepat mungkin.

Tak sampai beberapa minit je beratur fuhh ramai dah orang masuk, tak sangka tadi beratur tak ramai, bila julia baris mula sorang-sorang beratur belakang juju tau.

Nak makan dalam kedai? Perhatikanlah ramainya...baik tapau makan kat R&R mana-mana kan lebih selesa. Tak ada lah berebut-rebut.


Full house!
Ramai yang tunggu giliran, julia tak berapa suka la buat macam ni, tak berapa minat nak menganggu privasi orang tengah makan pastu kita beratur sebelah meja dia. Kalau juju lah tengah makan dengan keluarga mesti la tak boleh duduk sembang lama kan, mesti kena makan laju pastu belah awal. Hmmm baik bungkus.

Sampai sudah giliran julia, meniitik gak peluh sebab cuaca panas kan. Ayam Merah ini memang laris, laju je orang order. Sampai nampak depan julia ramai tapau banyak. Lihat kari banjir tu...dah nampak macam semua sama je kari kan hahahaha. 

Cara bungkus surat khabar lama, style lama cam ni nikmat nak makan. Order 3 bungkus je, 1 ayam merah dan 1 ikan ....kari semua banjir. 

Taste good?
Pandangan julia, nak kata nasi kandar (Nasi ganja) ni sedap sangat tak ada lah sedap mana pun, sebab tekak julia ni cerewet sikit bab gulai, mama abah julia ajar buat kari beza rasa macam restoren ni jual. Nak rasa betul2 kari ikut piawaian julia belum sampai lagi nak bagi markah tahap kepuasan. 

Sedap lagi nasi vanggey kat KL yang julia review hari tu, terasa ada solok lada, ayam merah dia lagi fresh rasa rempah asli tu terasa, kari pekat panas-panas fuhhh. 

Jangan marah eh, ini julia review ikhlas. Kalau owner kedai baca, sila perbaiki mutu kualiti kuah kari tu. Rasa tawar dan macam ada bahan yang tak cukup je dalam rasa kuah kari tu. Teguran membina. Harap maklum. 

Bukan senang julia nak bagi komen membina, mungkin sebab nama kedai ini jadi bualan hangat antara pelancong di media sosial, maka mereka mesti jejak. Lepas ini harap ada perubahan dari segi rasa.

13 Comments

  1. Mohon tapau kan untuk Afiq sekali plissss :D

    ReplyDelete
  2. Alaa kari tak cukup power eh? Hmmm..harap diorang akan perbaiki kualiti lah kan

    ReplyDelete
  3. mcm nak try rasa sendiri je..masuk list jap..

    ReplyDelete
  4. ooo ni ke Nasi Ganja Ipoh yang famous tu? Cici belum pernah try. asyik dengar orang cakap wajib cuba je. and mana banner dia ? hahaha kalau Cici yang cari, kompem sesat

    ReplyDelete
  5. first time dengar nasi kandar ayam merah... hehe. nak try la nanti. mana tau selera kita lain. hehe

    ReplyDelete
  6. mmg fullhouse ..mmg selesa lg tapau kn...sbb nk mkn situ pn org dok tgu kt meja xbest juga

    ReplyDelete
  7. Ni sama ke dengan nasi vanggey ipoh?

    ReplyDelete
  8. nasi kandar memang meriah dengan orang..tapi haritu nad nak rasa nasi vanggey tapi terlupa

    ReplyDelete
  9. Ramai mcm Tu sekali? Mesti sedap ni

    ReplyDelete
  10. Tak berapa gemar pg kedai yg kena beratur panjang panjang.. Pastu ada jugak kes.. Bila baca kat blog kata kedai tu sedap.. Tapi rupanya bila pegi hampeh.. Nasiblah Juju dah bgtau awal2 pasal kari dia tu.. Jadi orang yang baca bolehlah expect the unexpected kan..

    ReplyDelete
  11. kadang sebab viral tu yang jadi laris.. dkna kurang bab banjir ni... roti canai banjir pun kembang tekak nak makan, duk bayang nasik ni berbanjiran lak..hahaha

    ReplyDelete
  12. Nasi kandar ni kari kena power, baru ada umph?

    ReplyDelete
  13. Alahaiiiiii Julia....SA tgok time ni ha..terus berbunyi perut...kenapa sedap sangat?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)