Free seats Air Asia kembali lagi, memula julia dapat notification dari gmail rasa feeling nak hunting tu tak ada lah semangat sangat, sebab fikir mesti susah nak dapat, lagi-lagi nak tarikh yang kita nak memang tak ada lah.

Sebab itu tak letak harapan tinggi pun, so Ahad pagi jam 7.30 pagi baru hunting kahkahkah, memula ingat nak hunting jam 12 tengah malam tu tapi apa kan daya mata lelap terlebih awal, plan punah...jangan plan la memang ke laut...so pukul berapa kau bangun, ko doa lah kot2 ada terselit promo tu...tu pun kalau pintu gate website tu okey...kalau tak okey kau jangan maki sebab kena tau cara nak masuk...

Meh sini nak bagi tau tips nak booking Free Seats. Amalkan...
  1. No weekend
  2. No school holiday
  3. No public holiday
Kalau amal masa nak hunting tiga prinsip kat atas, memang banyak Free Seats tu julia tengok. Jadi, dah tau tiga perkara tu lets start hunting!


Habit :
Julia ada satu perangai suka baca komen di ruangan FB Air Asia, sebab di situlah kita boleh baca komen positif dan negatif yang fresh tengah berlangsung. Memang ramai kongsi negatif tak dinafikan bab susah nak masuk website, selalu error, selalu masuk waiting room berjam lamanya...

Bila dah bosan hadap semua ini...mula lah nak komen negatif...ya, ya julia pun pernah hadap situasi diatas tapi...tapi tak semudah itu julia nak komen negatif...take it as challenge lah...come on! Jangan putus asa, tau tak juju setahun dah tak naik AA sebab bersabar nak Free Seats hahaha...lama tau juju sabar.

Tapi ramai sebenarnya kongsikan kejayaan booking Free Seats tu ke mana di ruangan komen berkenaan...ingat atau catat di dalam kertas perkongsian mereka, dari situ kita dah shortcut dapat info terbaru harga paling murah yang mereka dapat macam tiket return atau one way...

Cth: KUL - LGK memang ada bukti tiket pergi RM14 lebih dan balik RM11 je...ramai komen tak ada pun, memang la tak ada sebab tak ikut 3 prinsip utama kat atas hahaha.

Jimat dah masa...apa susah baca je pun hikhik 😅

Promo AA terbaru. Murah-murah tu ! 
Sempat lagi hunting sehingga 17 Sept 2017.

Tips:
Otak dah set 3 tips di atas, dah mula nak buru Free Seats, tapi bila buka website AA, hang! Waiting room again and again why?

Sebab kenapa, sebab ramai buka website dalam 1 masa yang sama. Sebab itu Julia cadangkan korang selalulah amal tips hunting guna apps AA di mobile. Wajib!

Impak pengalaman julia rasai sangat berbeza....
  • Tiada sebarang waiting room
  • Tiada sebarang error (kalau ada pun tak teruk just mild)
  • Mudah carian bulan dan hari demi hari seterusnya.
  • Pembayaran online lebih cepat.
Sebagai Ahli Air Asia Big, selalu dapat keutamaan 1 hari awal masuk tempah dari AA, itu sebab korang kena sign up jadi member, nanti notification masuk email.
Cara nak hunting?
Ikut bulan berapa sampai bulan berapa AA mula bagi promo, contoh:

  • Bulan Mac 2018 → Boldkan tarikh 1 Mac - 30 Mac 2018 → Semak setiap tarikh lihat harga → Tulis harga mahal sehingga harga termurah → Semak bulan seterusnya hingga promo tamat. 
  • Dah dapat tarikh berlepas paling murah, lock tarikh tu bersama harga di satu kertas, kemudian baru cari tarikh tiket balik, selalunya antara hari Rabu-Jumaat yang julia survey banyak murah. Masuk hari Sabtu dan Ahad pun nasib sebab ada yang mahal sangat tiket balik dan pergi. 
  • Bila dah dapat tarikh tiket return → Baru buat keputusan untuk tempah atau tidak.
Jangan terburu-buru nak Free Seats, ada banyak benda kena lihat, memang tax macam KLIA fee dan taxes perlu bayar, kena ingat setiap tempat duduk pun dibayar tau.

Macam gambar dibawah, warna merah itu seat paling mahal, warna kelabu seat murah. Terpulang kepada korang nak seat macam mana kan, ada bajet lebih tempat seat mahal tu, bukan selalu nak merasa.



Jangan lupa semak sebelum bayar, ada caj lain....
Bila selesai klik tempat duduk, jangan lupa, ada selit caj pembayaran banking online. Seriusly, jangan terkejut ada some tempahan dikenakan caj sangat tinggi masa transfer online. 

Pelik juga di situ, sebab hari tu nak booking tiket untuk 8 orang ahli tak jadi sebab masa nak bayar caj transfer online tak munasabah, sebab kenapa tak pasti. Maka batal.

Kami tempah bertiga je dulu, maka nya ikut nasiblah, untuk group besar kami ada plan road trip lain yang lebih menyeronokkan...

Tak semestinya nak tempah jemaah dengan Free Seats praktikal, ada unsur-unsur caj tambahan macam inilah kena lihat dalam-dalam. Terkadang boleh jadi mahal balik. Kalau korang jenis tak kisah, its okey. Tapi kami kisah hahaha.

Dapat Free Seats ingat 3 perkara lagi: Harga tax, tempah tempat duduk dalam flight dan caj transfer banking online kita perlu invest untuk dapatkan Free Seats! Semak kenaikan caj setiap masa dan buat keputusan berhemah.

Kecuali Air Asia Go julia semak (No Air Asia Booking Fees). Itu kelebihan Air Asia Go, sekarang julia tengah semak situ untuk promo bulan Jan - Julai 2018.

Tak kisah lah domestik ke international ke, yang penting kami nak naik kapal terbang! Hahaha itu misi yang sebenar, dah alang-alang dapat murah menabung dari sekarang, tetapkan misi dan bila tiba hari nak fly rasai lah kemanisannya nanti.

Untung booked masa tiket murah, kalau ada hal kecemasan sekali pun, tak terasa burn teruk sangat. Janji kita dah tempah paling murah, jadi ke tak jadi itu semua urusan Allah. 

Kita doa banyak-banyak semoga semua urusan dipermudahkan. Amin.

*** Tak tahu nak web check in Air Asia awal guna online? 
     Klik → SINI

11 Comments

  1. happy counting nk holiday thn dpn juju...ingt lg akak counting ms pi london dlu sbb bli tiket AA awal tk silap dlm 9bln sebelum pi tp ms yg p korea dlu bli tk smp 3 bln sbb lastminit nk join pi

    ReplyDelete
  2. tengah pilih2 ni haaa

    ReplyDelete
  3. Alaa time anak sekolah susah nak ikut tips tu huhu. Tapi kalau lepas exam pontengkan ok je kot hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak akak...ya lepas exam bukan selalu...sekali sekala...cukup setahun sekali ambil cuti bukan waktu sekolah okey je...janji buat surat cuti awal2 pada cikgu...pemberitahuan hehe boleh dpt kelepasan

      Delete
  4. fuhhhh, menarik, tapi tak ada geng nak ajak travel. haha! bawak anak berdua letih mak naaakk

    ReplyDelete
  5. Wahh nak pergi mana tu kak Juju? Nani kali ni tak book pun sebab next year macam busy sangat je. Heheh :D

    ReplyDelete
  6. NO MORE cuti ... nangis!!

    Alhamdulillah rezeki awak dik ;) seronok ehh tumpang seronok dan happy utk awak ;)

    ReplyDelete
  7. Kita tak tau la bab2 ni..tapi kene belajar juga

    ReplyDelete
  8. Memang guna mobile lancar ja...xpyah nak waiting list bagai...
    Hihihi...
    Selamat bercuti juju

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)