Tak percaya melihat perubahan tindakan sekelip mata !
Hari Ahad lepas, ke Shah Alam jalan-jalan makan angin waktu pagi, lepak kedai Teh Tarik. Pekena nasi goreng kampung dan nasi kerabu memasing, lega lahai perut. Sekali ada yang datang menyapa...meowwww, meowwwww....cantik bulunya, kucing tempatan, tapi ekornya kembang.
Tertib je cara kucing tu mengeow...pandangan mata dia seakan menunjukkan dia sangat lapar. Tulang ayam nasi kerabu tu kami lempar jauh dari kedai, terus dia berlari kejar makan, tapi bukan rezekinya, di rampas oleh kucing jalanan lain yang agak agresif...
Dia masih menagih simpati...
Meowww meowwww!
Pertama kalinya, suami berkata. Bagi lah lagi ayam tu kat dia, sian dia lapar tu. Julia pun menyampuk kata suami, betul ke apa papa cakap ni? Selalu kalau kucing datang hampiri dia elak, dia halau, dia buat muka takut...ya my husband memang fobia dengan kucing sebab dia ada pengalaman ngeri dulu kena gigit kucing sampai luka teruk...sebab itu aku tak salah kan dia kenapa dia tak suka kucing...
Tapi kan, Ahad lepas tu buat julia terkedu, buat julia rasa cairnya hati. Lepas makan pagi kat kedai tu, suami terus bawa kereta nak pi cari pasaraya. Untuk apa? Katanya nak beli makanan palet kucing....haaaaaaaaa?
Seriusly???
Eh selama 6 tahun kahwin dengan dia mana dia pernah berubah ke tahap ini...dia masuk pasaraya Hero diatas dia seorang keluar tanpa anak belikan palet friskies beserta pinggan plastik.
Terkejut !
Siapa tak terkejut, perubahan dia sangat mendadak, sampaikan julia terfikir benda bukan2...yalah selalu orang berubah ni ada la yang Allah nak bagi signal...tapi aku cepat2 istigfar...tak mau fikir benda negatif...perubahan positif yang berlaku padanya aku rasa rahmat dari Allah.
Ya, itulah dia belikan. Makanan kucing. Katanya, nak bagi kucing tadi yang tak dapat makan ayam tadi bagi sepinggan palet friskies. Cair sungguh hati julia, julia dengan abang Qi memang suka kan kucing, tapi disebabkan suami tak suka kucing itu yang kami tak bela...tapi hari Ahad itu saksi segalanya...julia yang sukakan kucing pun tak pernah bertindak sejauh macam ini.
Siap invest jenama palet mahal beserta pinggan...what? Betul ke dia ni...aku cubit peha...aah aku dalam keadaan sedar, bukan mimpi.
Siap invest jenama palet mahal beserta pinggan...what? Betul ke dia ni...aku cubit peha...aah aku dalam keadaan sedar, bukan mimpi.
Kembali kami semula kedai berkenaan, melilau mata mencari kucing tu, dekat seminit tunggu dia tiada...meow putih tompok hitam tu hilang, kami pelik...kenapa secara tiba dia menghilangkan diri...
Nyata mata suami tajam...dia cakap nampak tak ekor di sebalik 5 tiang ke hadapan kedai tu...itulah dia!
Terus julia keluar dari kereta dan jerit...meowwwwww! meowwwwww! sambil panggil lambai tangan ke arahnya. Kucing tu nampak julia terus terkam dari jauh berlari sambil bunyi meowwww bestnya lahai perasaan tu, macam jejak kasihan tau tak hehe.
Pantas julia koyakkan plastik tu dan letakkan palet dalam pinggan plastik, kucing tu sebut meow lembut je, mesti dia cakap terima kasih kan...terharu suami dengar. Sambil bagi kucing tu makan, sempat julia berbisik kat telinga si kucing, doakan kami ya kucing, doakan kami sihat dan murah rezeki. Amin.
Meow jawapan kucing tu. Agaknya dia amin kan doa kami. Aku tak tahu kenapa hati kami sangat meruntun sangat hari itu, disaksikan oleh anak julia abang Qi, abg Qi tak terkata. Dia senyum dan perati tindakan kami. Berbakti kepada haiwan.
Terus julia bagi tau suami, nikmatnya kalau dapat amal macam ini kan. Nampak je kucing jalanan kita feed diorang setakat termampu. Mana tahu dengan cara sedekah macam ini, lebih berkat hidup.
Membara perasaan kami semua...tapi julia rasa tercabar, lantas...
Pada hari yang sama juga, julia ajak suami ke Melawati Mall, nampak Pet Lovers Centre, terus cari kawasan palet kucing. Nampak yang ini terus ambil dan beli di kaunter. Abg Qi lah insan sangat teruja hari itu, dua kali umi dan walid dia masuk kedai semata beli palet kucing, dia pun teruja sama nak pilih bekas makanan kucing hahaha nampak tak dia pegang bekas kuning tu amboiiii bagus abg Qi.
Walaupun umi tak beli bekas tu dia tetap nak bergambar sama nak tunjuk perasaan yang dia juga suka sedekah kat kucing. Good job abg Qi.
Walaupun umi tak beli bekas tu dia tetap nak bergambar sama nak tunjuk perasaan yang dia juga suka sedekah kat kucing. Good job abg Qi.
Masa nak bayar terus cashier tu tanya, akak ada berapa ekor kucing?
Tersenyum julia mendengar soalan adik cashier lelaki tu, jawapan julia. Kami tak bela seekor kucing pun dik, kami belanja makan kucing jalanan.
Terus wajah adik tu berubah, dia tersenyum sambil cakap wah!!! bagusnya akak...julia cakap bukan akak...tapi suami akak mula dulu perubahan tu. Sis cuma ikut rentaknya. Alhamdulilah.
Adik cashier tu kongsi pengalaman dia mengatakan dia pernah beli ayam goreng baru bagi kucing jalanan makan sebab tak sampai hati lihat diorang lapar. Ya Allah, ramai juga Allah bagi hidayah pada manusia kan...
Balik rumah, terus julia isi 2 bungkus semua palet dalam tabung. Ada tiga tabung makanan kucing, kami simpan di belakang but kereta sorang satu tabung tu sekali dengan pinggan plastik, simpan di belakang kereta dengan bekas kedap udara untuk elak kepanasan dan kualiti palet.
Bila tiba mana-mana kawasan ternampak kucing jalanan yang kelaparan, kami nak bagi diorang makan. Walaupun kami tak bela...at least ada sedekah jariah kami berbuat baik pada haiwan jalanan.
Terima kasih Allah, rahmat dan hidayah ini insyaAllah kami akan terus amal. Terima kasih suami, kerana tetiba menjadi pet lovers, terkejut julia sampai sekarang masih tak percaya!
12 Comments
wahh bagusnya.. semoga peroleh keberkatan
ReplyDeleteAlhamdulillah, suka baca cerita mcm ni, banyak cara utk berkongsi rezeki kan
ReplyDeletelisa pun sama... kt rumah ada kucing. kt tmpt keje lagila banyak kucing jalanan tu . sellau time makan tu diorang meow2 kt belakang... bgi air je biasanya tkpun bg ayam ( porsi untuk makanan lisa sebenarnya sebab tak makan tu lisa bagi kt kuceng dalam diam2 hihi tknk bg boss nampak )
ReplyDeletelisa letak je bekas minuman and makanan kt belakang tu . letak makanan kucing kt situ ,...
good job juju..:)
ReplyDeleteorg kata kalo tgh mkn ada kucing dtg maknanya rezeki kita ada utk die....anak akak kalo nmpk kucing tk kira di mana saje die mmg suka sgt..tp kalo kt jln kdg2 risau juga die kejar kn ngan kete lg so dh pesan soh ati2...kt umh mmg byk kucing, ada yg dtg sdiri pastu di bela...bila dh beranak pinak makin byk, ada yg dh bg kt org , ada yg dh mati..nangis ank akak...die slalu ikut nenek die p bli makanan kucing..kt pet shop pn kdg2 ada kucing die suka la dok main2
ReplyDeletebagusnya kak juju dan sekeluarga. berbakti pada kucing jalanan walaupun nampak kecik, tapi besar pahalanya. tahniah kak juju dan keluarga.
ReplyDeletejangan pikir bukan2 tau kak juju, doakan yang terbaik untuk suami dan keluarga kak juju.
Alhamdulillah..semoga ju n suami makin murah rezeki..byk pahala bg kucing mkn..suami ju sama spesis ngan husband ila (ila pun sama) takut kucing..hahahahaha
ReplyDeletealhamdulillah.semoga julia sekeluarga dimurahkan rezeki selalu hendaknye
ReplyDeleteAlhamdulillah, moga murah rezeki Juju dan husband.
ReplyDeleteAllah akak. Touching kak. Nanie pon baru berjinak2 bg kucing makan walau pun takot dgn kucing. Hehe salam rinduuuu..
ReplyDeleteAllah akak. Touching kak. Nanie pon baru berjinak2 bg kucing makan walau pun takot dgn kucing. Hehe salam rinduuuu..
ReplyDeleteSuami selalu macam tu..sampai fariza terikut nak bagi makan kucing..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)