Hari ini dalam sejarah, mana la julia nak ambil berat sangat pasal kesihatan gigi, asal bersih sudah. Tapi kan rasa tak sedap hati, sebab bila gosok gigi macam rasa tak puas, semakin nampak karang gigi yang dulunya warna agak gold gitu dah jadi kehitaman atau kelabu hahaha sampai tahap tu aku belek...

Tak cantik lah kan! Serius kalau senyum jauh memang tak nampak, cuba senyum dekat-dekat nampak weh...hmmm semakin merebak plak karang gigi tu sampai ke dalam tak syok lah.

Aku ambil keberkatan hari Jumaat, aku tadah diri...menariknya aku pilih Klinik Pergigian Jalan Tanglin. Kalau kat sini belah pagi boleh walk in tak payah buat temujanji. Itu yang menarik sangat tu.

Tak pernah ada rekod kat sini, aku daftar lah isi borang pink apa yang patut. Pastu kena cek tekanan darah sebab umur dah 30 tahun ke atas kan....boleh plak mesin tu cek jadi error banyak kali...aku dah agak...aku debor lebih...aku rushing dari office terus ke sini, mana taknya mesin tu tak leh detect haha...3 kali kot cek...hahha so aku kena rehat jap...kasi kurang tekanan...(padahal nak scaling gigi je pun dia punya debaran cm nak beranak hahahaha)

Pentingkah Scaling Gigi?


Scaling adalah proses pembersihan karang gigi. Karang gigi sangat bahaya jika tidak dibersihkan kerana lama kelamaan ia boleh mengakibatkan punca penyakit gigi yang tidak sepatutnya pada masa akan datang.

Mujurlah Allah bukakan hati aku nak pi buat scaling gigi tau. Entahlah bertahun lamanya nak buat, tak buat-buat gak...ni semua faktor malas tu je. Korang jangan malas-malas tau...buat lah awal-awal.

Bestnya, kat ruang menunggu ada tempat port anak-anak bermain, wah dah macam mini taska plak ada mainan bagai, good job! Ni yang terus teringat dekat abang Qi, boleh la next time bawa dia dengan walid cek kat sini.



Layanan Klinik Gigi Kerajaan
Mujur aku kakitangan kerajaan, free of charge yeyy...kalau korang kerja swasta atau kerja sendiri masih lagi murah tau bayaran nak buat scaling gigi. Tak silap aku RM2 je kot...murah kan...kalau kes lain-lain pun still murah lagi...semua bawah ratus je ni. Berbaloi la.

Layanan? 
Ehhh aku seronok plak menempek lama kat sini, semua kakitangan kat sini peramah dan melayan aku punya songeh yang suka sembang hahaha...mana tak nya aku suka berseloroh dan bertanya. 

Kan aku cek blood pressure tak lepas memacam la diorang tanya, aku pun tanya diorang adakah sebab faktor aku besar atau aku berat...diorang cakap bukan...maybe puan debar sangat kottttt tak pun ada makan apa2 tadi ni terus BP tak detect kahkahkah...(mesin tu pun tak restu aku kot...sebab baru skrg nak jumpa doktor gigi kenn hahhaa)


Bila nama aku di sebut, Puan Julia. Terus aku bertambah debor...aku tengok ada sorang staf nurse mengiringi aku, siap mempersilakan aku ke bilik. Eh bestnya layanan, macam ala-ala private. Pastu jumpa dengan doktor gigi berbangsa Cina, perempuan. Baiknyaaaaaa dia weh...

Doktor gigi kritik apa kat aku...jeng jeng jeng !
Siap cek gigi aku cakap "haaa kalau macam ini jaga gigi, elok, cantik sampai tua ooo" pastu terus dia cek ooo ada banyak karang gigi je...takpe kita cantikkan. pastu aku dengar dia dok mengira 1 sum, 2 sum, 2 sum sampai 8 sum dia kira. Aku tak faham istilah sum sum tu, maybe kawasan karang gigi yang tebal lah kot hahaha.

Sangat peramah dan masa dia gerudi gigi aku tu tak ada lah sakit sangat...yang sakit tu sebab karang gigi aku kan dah tebal...memang itu lah aku kena hadap 

**tutup mata sambil tahan nafas bila dengar gerudi menembus ke isi sikit huwaaaa*** grrruuuurrruuurrrruuuuuuuuu ceriitttgrruuugrennn gitu lah bunyi alat tu mau aku tak pejam mata kuat-kuat haha.

Hasilnya...tadaaa....aku puas hati beb! Cantik dah gigi...nampak timbul sebijik-sebijik yeyyy...pastu doktor tu cakap nanti lepas 6 bulan datang lagi ye cek rutin sambil aku kena sign borang pink again. Aku pun ucap terima kasih banyak pada doktor Cina tu, baik sangat dia, walaupun pakai penutup mulut, aku nampak dia senyum, dah la cantik sangat doktor tu...awww!

Sampai opis, kerja aku belek gigi je...selesa! 
Bila tarik nafas dan minum air masak rasa ada angin dan air lalu leh lalu celah-celah gigi tu, berangin! Kemain Hahahaha....korang pi cepat scaling gigi...best, tak sakit pun...tapi hasilnya korang mesti nak senyum je...sebab gigi dah cantik yeyyy, terima kasih klinik gigi jalan tanglin, puas hati tau, dah la free tanpa bayaran langsung untuk scaling khas untuk kakitangan kerajaan je...aduyaiii cepatlah 6 bulan nak buat lagi scaling gigi, tak takut dah tapi sukaaa amboiiiii...hahahaha

25 Comments

  1. kelmarin gi cek gak. utk medical cek up, ju. doktor suh aida dtg utk scaling. dia kata gigi xde masalah. tapi kalau selalu dtg scaling, lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Best tu buat scalling. Buang ape2 yg patut dkat celah gigi. Jarang klinik gigi gomen dapat cepat. Mungkin sistem dah teratur

    ReplyDelete
  3. aisey...
    mcm nk kena chek jugak ni.
    tapi kita takut doktor gigi.
    huhuhuhuhu..

    ReplyDelete
  4. Yanie setiap awal tahun mesti buat pemeriksaan gigi..

    ReplyDelete
  5. dentist fav jauhhh dh skarang....tp dentist tu mmg soft je die buat

    ReplyDelete
  6. Cuak nak scaling sejak geraham kena cabut.. huhu

    ReplyDelete
  7. best sukaaa scaling hehe.. 6 bulan skali wajib hehe.. cuma tahun ni terlambat sikit..

    ReplyDelete
  8. cantik gigi juju...dah dah tu jangan asik nak gosok gigi jer ngan lidah .....hahahahaha

    ReplyDelete
  9. memang penting scaling gigi ni, nak nampak senyum tu menawan hihihi

    ReplyDelete
  10. sebut gigi ni, naik fobia jugak hehe, gigi dah 4 batang kena buang dah tu suma opret, huahua, pasni kna scaling la gg pun x cantik ni :-)

    ReplyDelete
  11. Cuak nak scaling sejak geraham kena cabut.. huhu

    ReplyDelete
  12. ssh nk deal.dgn dr gigi ni sis..akkmg penakut dentist..dr kck byk pengalaman xbest bla jmpa dentist...gg akk pun vyk karang ni jugak..huwaaa...tmbhn suka minum neskepe

    ReplyDelete
  13. wah lawa la gigi awak...kite takut nk jumpa doc gigi ni hehe

    ReplyDelete
  14. nsib kat tempat keje ni dekat dgn klinik gigi..ari tu buat rawatan akar amik masa nak buat..tapi bagus la doc tu tak terus cbut..dia buat rawatan akar..memang terbaik..ikut doc jugak..kalu dpt doc mlas dia cabut je..kalu boleh selamat..dia selamatkan..

    ReplyDelete
  15. lama x check gigi..kat sini kena buat appointment klu nak g klinik kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah appoitment kalau klinik kerajaan kt sini la...boleh walk in waktu pagi hingga tghari sahaja, belah petang kt sini x boleh walk in sbb khas utk temujanji sahaja...

      Delete
  16. Baguslah Julia Jaga Gigi. Mama dah bertahun2 dulu buat scaling

    ReplyDelete
  17. suka scaling ni..tapi masalahnya lepas scaling lifah asyik nak main2 je celah2 gigi tu..sebab dah kosong kan..kadang-kadang sampai naik kebas lidah dok korek satu-satu.

    ReplyDelete
  18. Sy nak scalling gg doc ckp gg saya dah lawa...grrrr

    ReplyDelete
  19. lama dah tak cek gigi....uiii serammmm

    ReplyDelete
  20. Takut nak cek gigi... Ngilu... Dah sakit baru pegi klinik... Huhu...

    Jemput jalan ke blog saya...

    Http://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com

    ReplyDelete
  21. Lama da kita x scaling gigi..tetiba rasa nak pi scaling jugak lah😊😊😊

    ReplyDelete
  22. lama gak tak buat ni, kena gi jumpa dentist la

    ReplyDelete
  23. best rupe yer scaling gigi kat klinik kerajaan dan harga pun murah. InshaAllah rasa nak try la pergi bulan ni. Tq Julia share pengalaman =)

    Blogwalking here =)
    Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)