Minggu lepas, kebetulan julia ada masa free waktu rehat bekerja. Terus terjah cawangan bank berdekatan untuk update pelaburan terbaru dan dalam masa yang sama nak update ASB online. Dalam masa yang sama nak simpan duit raya abang Qi dah beranak lebih 2 bulan, kalau tak simpan rasa tak sedap hati plak, amanah tu. 

Tiga urusan berjalan sekali harung, aku nak puji la cawangan Maybank Sentul. Pegawai yang bertugas di kaunter tu rajin, dia siap tulis dalam borang ASB online untuk kami berdua, sebab julia kan orang yang blur-blur masa tu, baiknya. Terima kasih bantu saya ya. Senangnya hati.

Lepas dapat nombor giliran, tunggu untuk update amaun pelaburan. Kemudian terus julia pesan pada pegawai bank berkenaan untuk cetak penyata akaun ASB.


Sekarang buku biru ASB diatas tak diguna dah, terasa gak la sebab dari kecil sekolah rendah selalu lihat akaun ASB kat buku, sekarang sudah tiba masanya ikut peredaran zaman. Semua angka di lihat dalam online, cuma di beri hanya resit transaksi simpan dan keluar wang sahaja di beri. Kalau nak penyata ASB hanya sekeping kertas di beri. Okeylah boleh simpan jadi rujukan jikalau nak tahu nombor akaun kita yang terbaru kan.

Tapi masa nak login masuk myASNB online, korang tak payah nak hafal nombor akaun la. Paling penting korang kena ingat apa nombor telefon yang korang kemaskini di bank dan cawangan ASB untuk korang login di portal ASB. 

Itu sahaja, nombor akaun baru pun tak perlu isi dalam portal. Automatik guna nombor telefon dan no kad pengenalan sebagai langkah pertama. Mudah kan!

Julia dah sertakan cara-cara nak login online myASNB, cubalah ya. Senang je.

#1 Layari laman web klik link https://www.myasnb.com.my/ klik login masuk. Kemudian isi maklumat asas seperti tertera dibawah.



#2  Itu sebabnya kena update nombor telefon bimbit di mana-mana cawangan ASB dan bank seangkatan dengannya. Sebab nak login perlu nombor yang korang guna terkini. 



#3  Lepas dapat nombor TAC, klik seterusnya dan isi soalan keselamatan. Tipsnya, kalau soalan dan jawapan yang korang senang ingat, sebut je ingat...
#4 Yeyy berjaya dah daftar. Kata laluan sementara di beri melalui paparan di bawah dan melalui telefon bimbit. Tujuannya untuk korang login masuk guna kata laluan sementara yang di beri sebelum korang kena pinda kata laluan terbaru yang korang kena reka. 

#5  Tekan log masuk, kemudian ada status first time login berjaya.


#6  Lepas dah login masuk dan penat reka kata laluan sendiri (bukan senang nak lepas tapisan kata laluan yang unik, korang kena kreatif) berjaya cipta kata laluan rasa nak sujud syukur, percubaan kali ke berapa ntah login baru lepas fasa tu haihh...terus nampak akaun ASB online wahhhhhh bestnya!!

Paling best nampak angka yang kita simpan selama ini, untuk makluman korang julia tak ada buat apa-apa skim asb financing, julia simpan sendiri. Tak apalah, tak nak ada banyak komitmen bayar bulanan tu je...lain orang lain misinya kan. 

#7  Mudahnya portal ASB online ini yang julia lihat, selain dapat lihat amaun terkini hari-hari, julia boleh buat transaksi online di paparan yang sama, nampak langkah dua tu, sebelum itu julia dah klik pilihan bank dan nombor akaun bank tersebut awal-awal itu yang sampai ke fasa langkah dua korang add on berapa amaun nak simpan. 


Lepas itu klik seterusnya...

#8  Dari semasa ke semasa, untuk keselamatan. Jika dah lama guna kata laluan yang sama sebaiknya tukar lah kat sini. Boleh klik PROFIL dari semasa ke semasa untuk update. 
#9  Selepas selesai urusan di portal online ASB, jangan lupa klik log keluar di PROFIL. Lepas itu rajin-rajin lah beri maklumbalas mengenai service ASB online, mana tahu dari semasa ke semasa mereka boleh tambah baik sistem yang ada. 


Update ASB online anak?
Sebagai penjaga korang kena bawa surat beranak dan no kad pengenalan MyKids ke bank tersebut, macam nak mula-mula daftar kan, so kena bawa sekali lagi. Macam kita dewasa tak payah, just bawa no kad pengenalan sahaja.

Sekarang bawa IC je nak tuai dividen hihi
Lepas ini, dah tak payah nak beratur kat cawangan bank lain untuk update pelaburan, kalau nak keluarkan duit dan dividen sahaja perlu berbaris di bank-bank terpilih. Hehehe lepas ini, musim nak tuai dividen boleh tau dah muka-muka yang pi bank, dulu dok ingat orang nak update dividen melalui buku je...tapi sekarang sah orang nak keluar duit time musim dividen hahaha salah satunya aku lah weee

Misi lagi beberapa 'k' sahaja lagi nak capai misi. Sebab lepas dah capai misi tu, boleh kaut dividen menarik awal Januari 2018...apa lagi jom lah naik flight lagi melancong haha...tahun ini tak naik flight kot sebab menabung ke arah lain...huhhh seram simpan niat nak naik flight setahun tau...sabor-sabor.

Cepatlah Januari 2018, nak tengok dividen FREE (duit shopping melancong)...hahaha!

11 Comments

  1. Dah lama pi daftar yang online ni...tapi bila nak bukak aritu sistem xstabil lagi hehhe

    ReplyDelete
  2. Mudahlah dah guna sistem online ni, tapi akak tak daftar lagi ni.

    ReplyDelete
  3. great entry
    terima kasih utk makluman

    ReplyDelete
  4. lg senang nk transfer sana sini..hahaha

    ReplyDelete
  5. tq juju for sharing..akak pn tk tukar lg ke online sbb kena dptkn no akaun baru dlu kn

    ReplyDelete
  6. Baru je pergi bank td tuk dptkan no akaun baru..

    ReplyDelete
  7. Senang laaa pasni kannn...?? Tak payah bersesak kat Bank lagi

    ReplyDelete
  8. Tak berkesempatan lagi nak buat asb ni.dah lama plan nak melabur

    ReplyDelete
  9. Aduh. Akak lagi suka beratur kat bank atau pos opis. Hahaha.

    Apapun, terima kasih Ju atas entri yang berinformasi ni. Nanti kalau ada yang akak tak faham, akak refer kat Ju ehh. Maklum la, orang lama macam akak ni pick up dia lemau sikit. :D

    ReplyDelete
  10. Mudahnya ada sistem online ni.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)