Haha rasa panas tak muka? Well julia tak suka cakap aku budak degree...aku budak U....aku budak kerja awam...aku suka cakap aku kerja biasa-biasa je. Tapi kalau orang tahu aku kerja kat mana pun aku tetap cakap aku kerja biasa-biasa je. Sebab aku punya bulu roma akan tegak tak senonoh kalau orang puji aku lebih-lebih...tak suka! Nanti datang setan jadi riak, takbur tetiba...ehhh!

Aku kalau dok dengan geng suri rumah, aku suka sembang hal berkaitan menarik perhatian suri-suri rumah. Berkaitan masak-masak ke, berkaitan hal anak-anak ke, terkadang aku suka layan suri-suri ni sembang...aku suka mengiyakan aje, aku suka puji masakan diorang memang sedap...sebab itulah cara aku...suka suai padan dengan suasana.

Masa beraya tahun ini aku seronok sangat, sebab semua orang aku jumpa semua pandai beramah mesra dan baik sangat-sangat, ya Allah dalam hati ni aku selalu berdoa biarlah Allah kekalkan silaturrahim macam ni selalu...

Bukan sekadar di hari raya, malah hari biasa pun aku berdoa biarlah kami kekal ceria sembang2 seronok macam tu...nikmatnya hari tersebut di lalui...tenang....Allah yang tahu. Terima kasih kalian.

Nak pesan, pesan pada anak-anak juga, kalau kita bersembang dengan sesiapa pun tak perlu mention bab-bab belajar tinggi sampai mana...sebab aku ni dari keluarga asalnya bukan berpendidikan tinggi pun...

Abah setakat SRP...mama setakat SPM...tapi mereka dapat hidup lebih daripada orang ada degree, master dan sebagainya...itu yang aku respek sangat ! Mereka pandai menyimpan dan labur pada perkara yang sepatutnya...itu yang aku tengah nak belajar.

Dulu...aku teringin sangat...macam mana rasanya
Aku ni berdoa siang malam time SPM semata nak masuk universiti, sebabnya aku anak sulong, aku nak juga lah jadi contoh pada adik-adik yang lain...at least anak sulong cam aku ada jugak lah bawa mama abah pi universiti...mereka dapat tengok anak dia naik atas pentas ambil scroll ijazah...mak aku lambai dari atas tau...korang tau tak aku nak menangis masa tu...aku cakap ini semua mama dan abah punya...hak abah dan mama degree ni...bukan julia...julia cuma belajar...julia cuma nak abah mama tahu...ini lah degree mama dan abah... #nangis.

Itu sebablah jangan selalu mendabik diri...jangan selalu kutuk orang pasal part belajar sampai mana...sebab kita semua tak ke mana pun...ke akhirat bersama-sama kan. Yang penting kita tahu sejauh mana kita boleh berusaha...kita sendiri faham apa kita nak tanpa menyusahkan orang lain.

Sungguh...kau yang ku mahu.
Mendampingi ku selalu... (Allah)



11 Comments

  1. Kelulusan xpenting yang pnting berusaha untuk dptkn rezeki jgn mengharap jer..hehe

    ReplyDelete
  2. kadang2 yang setakat spm lagi besar jiwanya, lagi kaya budinya...kan kak juju?

    ReplyDelete
  3. fail spm pon boleh berjaya, tak bijak otak tapi rajin menggunakan tulang 4 kerat...ituuuuu yg berjaya sebenarnya..
    *peace no war

    ReplyDelete
  4. kdg tu yg ada diploma & degree pn mula dr bawah ..sbb tu tkleh nk memilih kj skarang even ada diploma or degree sbb kdg2 company nk amik yg ada experience kn...insya allah yg ada spm je pn bole berjaya tp ada certain org mmg mendabik dada seolah2 yg spm je mcm tk ke mana2..ada usaha insya allah berjaya..kalo ada diploma or degree xde usaha xkemana juga kn

    ReplyDelete
  5. Apa pun kelulusan kita yang penting bahagia atau tak.. Orang hanya tahu berkata dan menghina..

    ReplyDelete
  6. ada degree ,master pun tak guna kalau malaskan huhuuuu...kkdg yg ada pmr je dah berjaya jd usahawan keta menjalar,malu nak ngaku belajar tinggi depan dia huhuu

    ReplyDelete
  7. Nani kan tak suka kalau orang comparekan A dengan B. Iya lah walaupun dia senyum je masa tu mana lah tahu kalau dia rasa rendah diri ke apa kan. Selalu dalam masyarakat kita ni suka membanding bandingkan.

    Tak kira lah belajar takat mana pun, kerja apa pun, rezeki masing masing Allah dah bagi kan 😊 Yang penting syukur dan usaha sendiri dengan cara yang betul.

    ReplyDelete
  8. Saya tengok sekarang, yang ada SPM je jauh lebih berjaya dari yang ada degree. Contoh macam Dato'Aliff Shukri.

    ReplyDelete
  9. Samalah....kalau bersembang saya kurang cerita pasal kelebihan diri sendiri, apa yang best dengan life sendiri...topik yang lagi prefer untuk bersembang lebih kepada general...macam Juju cakap pasal recipe ke, berita ke..apa2lah..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)