Seronok Sambut Hari Raya !
Tema Raya 2017 : Tiffany Blue
Raya!
Raya tahun 2017 memang ohsem! Cuti seminggu lebih, apply cuti hanya 3 hari sahaja fuh. Memang puas hati cuti raya kali ini. Masuk kerja dengan hati gembira, tak mau monyok-monyok ya hehe.
Banyak gambar raya yang julia nak kongsikan, tapi semua julia share di album media sosial lain sebagai kenangan sebulan Syawal ini.
Hari raya pertama sudah semestinya beraya rumah abah mama julia di Selangor, itu sebab tak ada istilah nak bersesak bagai di jalan raya masa balik beraya...petang raya pertama baru balik Pahang untuk beraya sakan hari kedua di rumah mertua.
Persediaan raya...
Malam raya julia, suami dan anak wajib lepak raya rumah abah mama untuk tolong buat ketupat palas. Jadi tradisi malam raya kena pi rumah abah buat ketupat, seronok! Pengalaman setiap tahun buat ketupat palas, tiap tahun belajar tak pernah jadi elok...abah kata 'Hentam ja lah' hahaha my abah memang pandai sejak azali buat ketupat palas anak jati Kedah gitu.
My husband lap daun palas dengan adik beradik julia, hanya malam raya tu julia dengan abah dok pulun buat ketupat palas...mama dok sibuk merendang lauk bermacam jenis. Sian mama penat dia.
Raya Pertama !
Inilah hasilnya lauk hari raya pertama...sebagai anak, rumah abah mama memang tempat segala-galanya julia mengadu dan menumpang kasih...bergelak ketawa di pagi raya dengan gelagat abang Qi sudah semestinya memecah keringat kepenatan mereka. Alhamdulilah
Nasi Beriani air tangan abah, pagi raya mama abah mana la nak pakai baju raya lagi, diorang dok sibuk masak nasi beriani dan panaskan lauk raya yang dibuat malam raya. Memang sempoi je diorang, beli la baju raya pun puas paksa suh pakai, katanya nanti kotor. Hehehe macam-macam.
Kenyang perut ! Apa lagi kita ambil gambar raya lah...tengok abang Qi korang tu tak boleh duk dendiam amik gambar! Geram mak tau tak haha.
Banyak-banyak gambar adik ambil yang tak gegar inilah, yang lain hancur abg Qi gegarkan gambar hahaha...selagi tak baligh gini lah mak pak beraya ye haha
Abah mama mmmuahh!
Tanpa diorang aku tak ada kat muka bumi ni dengan izin Allah...selalu doa mereka sihat selalu amin.
Kasih sayang nenek...terkejut abang Qi dapat duit raya dari nenek tersayang paling banyak RM100...nenek cakap biarlah rezeki dia, simpan dalam bank, nanti besar boleh guna masuk universiti. Amin doa nenek.
Bergurau senda, sembang seisi keluarga, lepas zohor gerak ke Pahang pula kg suami. Dalam kereta abang Qi request nak beli donut kat sepupu-sepupu dia ramai di Pahang. Suka sangat balik kampung budak ni tau, banyak kali pesan makan jangan kena baju melayu...memang dia jaga sungguh tak kotor pun, makan pun tertib, i love u abg Qi !
Raya Kedua !
Ehhh...raya kedua dah, tak puas citer raya pertama haha...dah sampai Pahang apa lagi tukar baju raya kedua baru plak...temanya...hentam aje haha.
Janji pose macam datins gitu...kawan-kawan cakap juju kalau bergambar handbeg tak lepas...haaa laaa nak sorok lemak hahahahaha !
Dalam kete selfie gediks ngan suami...sayang dia weh! Siapa tak sayang suami kan, syurga ada kat dia sekarang selepas mama julia.
Aku makeup simple je, janji tempek primer paling penting sebab aku tak nak nanti bahan chemical dari base makeup buat naik jerawat plak...aku suka guna primer sebab makeup jadi tahan lama sebelum Zohor.
Aku makeup simple je, janji tempek primer paling penting sebab aku tak nak nanti bahan chemical dari base makeup buat naik jerawat plak...aku suka guna primer sebab makeup jadi tahan lama sebelum Zohor.
Aku jarang pi opis buat shawl gaya cam ni, kat opis aku pakai simple je. So kat luar berjalan baru aku ngengada nak jangok haha. Amacam okey kan, tak nampak tua sangat kan gaya raya kedua hehe.
Abang Qi jom selfie sedas...haha
Abg Qi nak beraya dah, baju raya ni julia beli dekat parkson. Memang mahai weh, seluar yang dipakai pun dah dekat RM70...baju dekat RM40...tapi kerana raya setahun sekali julia sanggup beli untuk anak tersayang, jangan berkira untuk bagi anak pakai selesa dan hensem di hari raya.
Sampai rumah mertua, menderu anak buah kerumun. Apa lagi meh beraya dengan auntie juju nak duit raya tak hehe
Raya Ketiga !
Raya ketiga baru dapat bergambar dengan mertua, memasing sibuk dekat dapur weh kena faham...raya ketiga just nice so selfie lah dengan mertua puas-puas. Baju raya mertua ni julia hadiahkan khas kain dari Terengganu ada corak batu blink-blink. Suka dia bergaya sakan. Alhamdulilah.
Beraya dengan nenek suami, dia tak sihat, sudah uzur, sakit tua, terbaring je. Baru-baru ni keluar wad dah. Didoakan nenek lekas sembuh ye. Cicit dia ramai bergambar raya buat kenangan.
Nenek makan ubat ye, rehat banyak-banyak. Julia kalau salam cium tangan dia terfikir, nanti aku dah tua pasti jadi cam ni lah...dah tak larat nak buat apa pun...anak cucu cicit harap datang ziarah juju nanti ye jika umur panjang. Layan lah nenek dan moyang selagi ada...mereka emas yang berharga tak boleh di jual beli di mana saje.
Menu raya hari kedua, haaa meriah lauk mertua dan ipar duai masak, masakan kampung fuhh kecur ailio. Sedap oiii, ayam masak merah, sambal goreng, peria goreng, timun masak lemak, opor daging apa lagi banyak lah...makan bertambah-tambah.
Abg Qi bersama sepupu-sepupu comel, lawa weh anak-anak sedara julia pakai baju raya...geram tengok sorang-sorang. Besar dah diorang, dulu kecik-kecik baby je lagi...sekarang dah lebih kurang sebaya dengan abang Qi.
Kemain abg Qi korang tu makan bertambah dok keliling sepupu cantik haha...rambut ramos weh, smart abg Qi !
Raya keempat - Raya kelima
Family day raya di Swiss Garden Sg Karang Pahang Malaysia. Meriah! Nanti julia citer lebih untuk next entry ye. Memang puas hatilah menginap sehari semalam disini. Semua keluarga suami mandi manda kat sini termasuk semua anak buah juju...orang paling teruja sekali mestilah abg Qi sebab dia dapat bersuka ria dengan geng sepupu dia hehe.
Geng mak bapak dan ipar duai sahaja bergambar, gambar anak buah dok sakan berkubang dalam baby pool. Next entry julia share ye. Meriah satu kolam kami je konker haha!
Raya ketujuh...
Jemputan rumah terbuka di PD Golf Resort, Negeri Sembilan. Meriah, pakai balik baju raya hari pertama haha. Gambar ni lah paling elok sekali, sebab abg Qi bagi kerjasama beberapa saat, ingat senang nak dapat gambar elok dengan abg Qi? Urut dada tahan marah haha
Meriahnya raya, cuti seminggu lebih memang cuti betul-betul. Raya sakan ke sana ke mari. Penat tok sah cakap lah, beraya rumah sedara mara belah mertua memang happening. Moga ke temu Ramadan dan Syawal tahun depan.
Tak sabar nak Raya Haji plak...nak cuti lagi 6 hari haha amboiiii macam seminggu gak tu. Sebab raya haji sehari sebelum tu besday abg Qi korang #5tahun. Merdeka raya la jawabnya hooyeyyy!
16 Comments
nampak banyak gambar Juju sharekan di Fb. meriah betul ye sempat bercuti lagi . hehehe
ReplyDeleteselamat hari raya kakk
ReplyDeleteSelamat hari raya kak...lama betul tak jenguk sini...=)
ReplyDeletewahh, raya puasa tak habis sebulan lagi ni, dah fikir cuti raya haji dah kak juju? hehee, selamat hari raya kak juju! =)
ReplyDeleteselamat hari raya juju, sakan Qi beraya, comel dia dgn berbaju melayu
ReplyDeleteselamat hari raya sis..maaf zahir batin.singgah sini :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kak :)
ReplyDeleteMeriah nyer raya awak dik !!
ReplyDeleteselamat hr raya!
ReplyDeletekite panggil biru frozen ni..ye ke..hiihih..cantik, kulit cerah mcm ju mmng sesuai
Wahhh juju, mcm datin tau stylo mylo
ReplyDeleteSalam Aidilfitri Ju..
ReplyDeleteCantik baju Raya Ju sekeluarga..
Bila tengok hidangan atas meja, rasa ingin back to 1st day raya..
Rindu juadah pagi raya..
selamat hari raya kak juju.. meriah betul raya kak juju hehehe
ReplyDeleteMeriahhhh! Selamat Hari Rayaa kak Juju 🎉 Maaf Zahir & Batin.
ReplyDeleteMeriahnya raya Ju..
ReplyDeleteBestnya nasi beryani abah sendiri ye Ju.
Selamat hari raya..
Selamat Hari Raya Juju
ReplyDeletewahhhh ada ketupat palass.......sedapnyaaaa..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)