Pergilah ke mana sahaja, buka radio haa, lagu raya dah mula berkumandang. Memang aura lagu raya sangat menusuk kalbu. Itulah bezanya hari biasa dengan Hari Raya. Hari Raya lah kita semua rasa bersyukur sangat dapat meraikan kejayaan sebulan berpuasa dengan sebaiknya.

Hakak sebagai orang muda nak tanyalah, apa adab hari raya yang kita selalu amalkan dan selalu tonjolkan bila bertemu tetamu dan menerima tetamu? 

Ya ramai yang pandai bagi jawapan elok-elok, tapi tak semua pun realisasikan. Ada beberapa adab hari raya yang kita kena awasi dan tak ter tertonjol sangat perangai tu semasa hari bersejarah. Kang malu tak memasal.

#1 - Adab beri salam.
  • Ramai pandai beri salam, habis semua orang dia balun salam. Hati-hati kawan, dengan siapa kita nak salam tu, muhrim ke bukan muhrim sila baca balik adab dalam Islam. Selalunya kes sepupu dengan ipar duai la ter salam salam haha...jaga-jaga ada mata memerhati...dosa tau. 
#2 - Adab meraikan tetamu
  • Hatta kalau menerima kehadiran keluarga sendiri pun, raikan tetamu seolah-olah kita menerima rezeki. Maksudnya di sini tak kira keluarga ke, tetamu ke, sesiapa lah termasuk anak-anak orang ke jangan lah kita asyik dok sibuk kat dapur 24 jam, masa tu lah sibuk nak mandi, masa itulah baru nak bangun tidur (tengahari baru bangun haha), masa itulah baru nak cari gaduh salah siapa itu ini.
  • Heiiii....ini hari raya, sila bangun awal, siapkan diri, wangi-wangi, cantik2, pi solat sunat hari raya jika boleh. Janganlah sambut awal raya dengan baju kelawar sayang oiii...malu anak beranak tengok haha.
#3 - Adab duduk sekali dengan keluarga
  • Haa la, nama pun hari raya, kot ye pun jangan lah dok sekejap je bersama keluarga, lepas makan kenyang terus masuk bilik layan internet...ehhhhhhhhh ni raya tau awak. Kalau ibu korang sibuk di dapur, tolong-tolong lah dia, jangan selfish sangat tau. Awak tu anak-anak dia, tak pun anak menantu dia...gitu. 
  • Sembang lah sesama keluarga, jangan salam je terus belah buat hal memasing...helloooooooo...ingat balik apa sebab Hari Raya tujuannya?
  • Merapatkan ukhuwah dan silaturrahim tau...rugi tak bergurau senda dengan keluarga sembang yang best-best, masa inilah nak rapatkan eratkan perhubungan keluarga. 
#4 - Adab menjaga intonasi suara
  • Awak, awak dah besar kan. Jangan lah masa hari raya cakap suara tinggi-tinggi, masa inilah awak nak bersedih, itu lah inilah, orang ini tak faham perasaanlah...eh awak, hari raya bukan hari jejak kasih perasaan. 
  • Hari raya kita bergembira secara sederhana, tunjukkan kepada anak-anak, cucu, menantu kita semua yang kita contoh terbaik buat mereka. Barulah anak-anak rasa di hargai, hari mereka untuk menilai apa itu rasanya hari raya.
  • Bukan bertekak di pagi raya...ingat. Paling tak suka bab ini. Jejaga! Malu ramai mata memerhati. Jangan ikut perasaan sangat.

#5 - Adab beri duit raya.
  • Yang memberi lebih baik daripada menerima. Sebaiknya lah yang tua beri kepada yang muda. Selalunya anak-anak yang masih kecil dan masih belajar. 
  • Katakan kepada mereka, selit satu kata-kata motivasi 'Duit raya ini kumpul, biar beranak dalam bank tau, nanti besar senang nak guna masuk belajar tinggi-tinggi' bila selalu di bisikkan kepada mereka, suatu hari nanti mereka pasti faham erti apa yang kita sampaikan.
  • Ajar kepada anak-anak kita sendiri, jangan buka sampul raya di rumah orang. Itu bagi menghormati si pemberi. 
#6 - Adab memarahi anak
  • Siapa tak pernah marah anak yang buat perangai kat rumah orang kan. Kita sebagai mak ayah kena faham, anak-anak bukan boleh duduk lama-lama. Ada je projek dia nak buat. Pastikanlah nak ziarah rumah orang pun tak payah la berjam-jam sangat. Dalam setengah jam pun sudah memadai untuk beri keselesaan kepada tuan rumah.
  • Marah anak secara tertib, ingatkan dari awal tentang adab berada di rumah orang. Jangan ambil barang-barang orang lain tanpa kebenaran.
  • Signal mata (untuk menyatakan marah) kepada si anak juga tips bagus, untuk elak suara yang tak sepatutnya keluar semasa nak kawal pergerakan anak-anak semasa beraya.
#7 - Adab bersembang
  • Bila dah jumpa, lama tak bersua pastinya sindrom suka membezakan dulu dan kini paling dinantikan untuk di lempar pada si dia. Dulu kurus, sekarang gemuk, dulu anak sorang, sekarang pun anak sorang lagi, dulu pakai tema ini, eh pakai lagi baju raya sama ke.
  • Jaga lidah, banyakkan senyum dan sembang kepada perkara yang kau suka orang sembang. Sembang yang tak berunsurkan sensitif, lebih mudah diri kita di dekati. Kan cantik kalau kita berbudi bahasa, itu melambangkan darjat kita di mata mereka tau.
#8 - Adab makan juadah hari raya
  • Kalau kita sebagai tetamu, beragak-agaklah nak balun juadah hari raya kat rumah orang. Haha bukan apa pantang di jemput, haaaaa habis licin di bantainya. Kecuali tuan rumah cakap tambah lah lagi, itu pun kita kena beragak-agaklah kan. Makan sekadar perlu sahaja, tak perlu makan sampai melampau kenyang. Sian tuan rumah, anak-anak dia entah makan ke belum tu.
  • Dah banyak rumah bertandang, rumah terakhir kita jual mahal dah tak mahu menjamah langsung hidangan. Tak baik cam tu, apa perasaan kita jadi tuan rumah tapi tetamu tak nak langsung makan makanan yang disediakan. Pasti rasa sedih kan, ambil hati minum pun sudah memadai.
#9 - Adab menjaga anak
  • Kalau sudah bersuami isteri, kena bincang hal ini baik-baik. Kalau balik rumah mertua, di isteri ringan-ringan tulang membantu orang tua ya, maka si suami sila-sila rajinlah menjaga anak-anak masing-masing. Jangan nak salahkan satu sama lain bila perkara yang tak diingini terjadi. Memang lumrah anak-anak suka bermain tak kira di mana tempat sekali pun. Hati-hati terutama biar anak bermain di luar.
  • Gilir-gilir lah menjaga anak, kalau isteri sudah habis menolong di dapur, bagi lah suami pula berehat dan bagi dia masa untuk bersembang dengan rakannya yang lain. Jangan sebelah pihak je menjaga anak, nanti dua-dua mula la nak start enjin bertengkar hehe.

#10 - Adab ucap terima kasih
  • Rajin-rajinlah ucap terima kasih untuk tetamu yang hadir dan kita sebagai tetamu pun rajin-rajin ucap terima kasih kepada tuan rumah dan isteri tuan rumah yang sibuk di dapur menyiapkan hidangan. Jangan main belah je balik tanpa ucap dua kata keramat tu.
Itulah je lah yang paling julia nak kongsikan. 
Hati-hati ye, sikap yang kita tonjolkan akan beri kesannya kepada orang sekeliling.
Semoga kita semua lebih bersikap terbuka menerima nasihat dan motivasi membina.

Ketupat Palas Orang Kedah & Penang
Air tangan abah mama dan adik beradik julia

Indahnya di hari raya...
Mama & Abah tunggu ye, julia sedang kumpul barang-barang raya nak hadiahkan pada mama abah. Mmmuah!

13 Comments

  1. Terbaik tips nie. Sometimes eyqa pun terOVER salam semua orang..

    ReplyDelete
  2. tips yang sangat berguna...thanks julia sharing...

    ReplyDelete
  3. Haaa banyak adab hari raya tu. Harap semua dapat jaga adab2 tu. Barulah kita jadi orang yang beradab. Islam pun suka ummatnya yang mnjaga adab/akhlak

    ReplyDelete
  4. great sharing juju!! harap dpt realisasikan semua adab² ni kan...baru syok berayaaa...hehe

    ReplyDelete
  5. good sharing sayang. betul tu kalau ada anak kecik, ziarah sekejap pun takpe. tak perlu lama takut budak makin tak selesa. and tuan rumah pun kena paham jugak situasi .

    ReplyDelete
  6. Adap lagi satu ju..
    Jgn sibuk minta password wifi rumah orang 😂😃

    Selamat hari raya ju..

    ReplyDelete
  7. adabnya jangan datang raya rumah orang bila dah larut malam...huhu

    ReplyDelete
  8. tips yang bagus, selamat berhari raya kak juju!

    ReplyDelete
  9. ada baca pasal adab di hari raya..sama2 la kita beradab...salam aidilfitri juju

    ReplyDelete
  10. Bagus Ju share tips ni..
    Adab kena jaga sentiasa.. Bila biasa jaga adab tak jadi masalah.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Ju.. 😊😊

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)