Kalau tak reti buat kek hari jadi, baik mengaku dekat kedai kek haha. Padahal kos nak beli kek dengan buat kek lebih kurang je pun harganya. Dari buat kek jadi bantat pastu kau termenung nak hasilkan kek dari air tangan kau baik lupakan...SECRET RECIPE yey!

Alhamdulilah, keraian majlis sambutan hari jadi suami berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Macam biasa keluarga adik beradik suami yang selalu join sebab dekat dengan satu sama lain. Keluarga lain jangan terasa eh, jumpa raya nanti haha.

Kek dibawah jadi pilihan julia semalam, balik dari kerja laju-laju terus pi kedai kek muahaha perangai kan nak laju aje. Memula ingat nak pi kedai Kek Kings, tapi kau setahun sekali pun tak pernah nak beli kek mahal, apa salahnya kali ini beli kek mahal sedebuk gitu. 

Lepas beli kek ni kan timbul perasaan, seronoknya!!! Seronok dapat hadiahkan kek mahai kat husband tau...walaupun dia tak mintak kek...tapi hari jadi lah hari yang orang suka diraikan dengan kek...baru rasa dihargai. Aku bukan jenis suka beli benda-benda mahal melainkan khas untuk sesuatu perkara penting yang aku rasa perlu...untuk orang kanan aku, kenapa perlu berkira kan!


Saje, nak juga nyelit nama tuuuu...haha! Kalau tak, tak sah! Yelah, aku slumber je kasi kertas suh adik kedai secret ni tulis panjang sikit...nak lahirkan rasa sayang kat husband tu mestilah kan ada simbol love sikit hahaha!


Semalam berbuka puasa tempah melalui wassup tau restoren di bawah. Mudah dan senang je zaman sekarang kan. Sambutan birthday walid kat sini yeyy, kedai ni dah banyak kali repeat makan tau. Ikan bakar dia fresh...itu yang paling penting, kualiti!

Ada rakan yang bertanyakan alamat, ini dia ya.

 K'CHIANGMAI IKAN BAKAR
No 6 Jalan PPS 1 Selaseh Commercial Centre, 
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Antara menu yang kami berbuka semalam ialah Sup Ekor - isinya lembut, kuahnya terasa ! Kalau rasa tak tahu nak order apa, julia suggest order sup ekor kat sini, tak makan nasi pun tak apa, nikmatnya.


Tomyam Putih - Anak-anak pun sesuai makan sebab tak rasa pedas sangat. Banyak isinya. Rasa masam-masam manis, makan banyak kali pun tak jemu. Ada sotong, ayam, udang dan macam-macam.

Ikan Siakap 3 Rasa - Ranggup! Ya isi dia ranggup. Tak puas makan. Kena datang lagi small group untuk melantak makan puas-puas haha.

Lala Goreng Cili - Yummm...rasa manis lala tu meresap dalam sambal...menangis nak makan sebab tak puas haha.

Sayur Kailan Ikan Masin - Portionnya banyak tau, tak macam sesetengah kedai beberapa urat je sayur nampak.

Sotong Celup Tepung - Juju pernah makan kat sini semata-mata dulu-dululah nak order. Ranggup dan sotong tu memang kalau makan nak lagi dan lagi. Tak puas lah makan sotong celup tepung tu. Sedap betul.      

Telur Bistik - isi dalam telur bungkus tu pun meriah tau. Kira kalau order 1 nasi dengan 1 telur bistik ibarat macam dah 2 jenis lauk.

Sambal Udang Petai - Cun! Rasa dia perghhhh merecik !

Haa, meriah tak kaum kerabat aku? Hahaha riuh rendah suara abg Qi korang tu tau, azan maghrib belum lagi dia punya suara satu kedai jerit nak nasi nak nasi haha...harap redha la ye owner kedai mak senyum je isi nasi sorang-sorang haha.

Happy Birthday Husband !
Happy Father's Day Walid !
Senyum je dia nampak kek surprise dari beloved wife dia haha 
Sampai ke tua pun sambutan hari lahir mesti kena ada kek...barulah meriah kan
Kek Choclate Au Lait tu sangat lembut dan penuh coklat...sedap!
Puas hati makan ramai-ramai harga pun tak mahal just nice dan berkualiti.

Terima kasih yang ucap selamat hari jadi pada suami juju. 
Semoga anda semua di murahkan rezeki olehnya. Amin. 

9 Comments

  1. juju, zie pun hari tu buka pose kat sini dgn family, kedi makan ni jadi my family favorite place. man gmbar dak Qi yg comei itu...windu

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru upload gambar abg Qi kat atas Zie hahaha...meriah tak kaum kerabat juju haaa

      Delete
  2. terliur pulak nengk makanan makanan tu hihihi

    ReplyDelete
  3. hepi besday...sdp2 mknn.. kek tuu...leleh air liur kite ;-))

    ReplyDelete
  4. adoi terliur dah ni.. lagi lagi bab siakap tu dah la fav. suka kalau dapat yang rangup tu. dah kenyang nasik pun boleh meratah sampai puas

    hehe betul. kek memeriahkan suasana.

    ReplyDelete
  5. Selamat ulang tahun kelahiran buat suami sis..
    semoga sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
  6. sedapnye tgk..
    sedap ke kek tu? hehe

    ReplyDelete
  7. Setakat ni kalau kek sr tak pernah mengecewakan...mahal kit tak pa...yg penting puas hati...nyum nyum

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday, Juju's hubby..terliurnya tengok semua makanan tue..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)