Kata TokWan abam Qi, baby arnab ini kebetulan tumpang berteduh di buaian. Masa tu tok wan tengah sibuk sapu sampah kat laman rumah, sekali tengok si kecil ini dalam kesejukan. Tak tahu siapa tuannya, maka di letak dalam sangkar omeo dulu. 

Lama kelamaan tuannya tidak mencari, kot lah nak ketuk pagar tanya rabbitnya hilang sampai kini tidak di ketahui...maka nya adik bongsu ambil alih menjaganya.

Abam Qi suka dengan rabbit ni, comel dan rare betul bulunya. Nampak macam kacukan, jinak dan ada sedikit ketakutan pada si rabbit. Sian dia. Usap-usap bulunya, cantik!

Semoga abam Qi faham, haiwan juga perlu di belai dan di hormati zon nya, jika mahu menjaga soal tanggungjawab kebajikan paling nombor satu kena betul-betul di ambil kira.

Jika diabaikan, kelak nanti kita dipersoalkan di akhirat nanti.

Lentur hati si anak sejak awal, sayangi haiwan. Buat baik pada mereka, mereka pasti mendoakan kita selalu pada Allah. Alhamdulilah.


9 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)