Anak Kurang Demam Kerana Amal Vitamin Ini !
Spicy Fried Rice, tapi dia panggil Nasi Goreng Merah haha.
Memang kesukaan dia sejak umur 2 tahun, pedas aje!
Hampir terlupa nak kongsikan tips dari rakan-rakan julia. Sebelum ini julia ada tanya, bagaimana nak kurangkan anak kerap demam. Serius cakap, bila anak membesar faktor suplimen juga sangat dititikberatkan.
Terkadang julia terfikir, apa lagi nak bagi dia amal. Sebab bila minum susu muntah, makan muntah, kerap demam saban bulan 2 kali sebulan kena...risau siapa tak risau kan. Boleh menjejaskan sistem persekolahan tadika dia juga.
Scott's Emulsion nyata nampak perbezaan ketara!
Hasil perkongsian rakan-rakan, ramai yang cadangkan amal Scott's Emulsion. Seminggu julia berikan pada abam Qi. Serius, nampak dia mula nak makan banyak, kurang demam dapat detect dalam bulan Mei 2017. Rekod pertama 1 bulan tanpa demam happy sangat-sangat.
Masa suami belikan scott's emulsion paket terbaru ini julia sangat tertarik tengok, nampak berlainan sekali. Pernah belikan sewaktu abam Qi kecil lagi. Tapi stop terus sebab nak try suplimen lain. Tapi tak serasi lama dengan abam Qi...kena tukar balik kepada asal.
Kita lazim dengar DHA memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak, tapi apakah sebenarnya fungsi DHA?
DHA memainkan peranan besar dalam pembinaan minda.
Ia adalah minyak asid poli tidak tepu Omega- 3, yang boleh didapati dalam kandungan tinggi dalam bahagian otak dan mata. Untuk membantu tumbesaran otak kanak-kanak, DHA yang secukupnya harus disertakan dalam diet yang seimbang.
Sebagaimana kita tahu, adalah sukar untuk mencapai amaun Omega-3 asid lemak seperti DHA dan EPA yang disyorkan untuk kanak- kanak melalui makanan sahaja. Itulah sebab kenapa Scott’s Emulsion Original adalah pilihan yang senang and berpatutan.
Hanya satu sudu* Scott’s Emulsion Original memberi kanak-kanak 100% kandungan DHA dan EPA yang diperlukan.
Scott's Emulsion Oren
Untuk dos harian yang lebih lazat, berikan si manja campuran Minyak Ikan Kod, Vitamin A, Vitamin D dan Kalsium yang ditambahkan dengan keenakan jus oren.Vitamin A menyokong sistem imunisasi dan fungsi penglihatan normal.Vitamin D membantu penjagaan tulang dan gigi sihat, serta menyokong fungsi sistem imunisasi. [Sumber]
Semalam dia makan banyak sangat nasi, 3 kali tambah. Lauk sambal dengan telur dadar memang jadi kelaziman dia jamah berganda.
Lihat dari jauh, benarlah suplimen beri kekuatan pada si anak untuk membesar dengan baik. Bukan apa my son jarang makan sayur, budak-budak kan. Dia selalu cakap sayur untuk sihat, sayur untuk sihat tapi nampak tauge dalam kuewtiaw bising suruh buangkan hahaha.
Seronok tengok anak kembali aktif makan banyak. Dulu kerap demam makan pun kelaut...makin kurus. Tapi sekarang dah nampak berisi yeyy!
Lagi 2 bulan setengah, abam Qi nak genap 5 tahun. Anak Merdeka!
Sejak pada kes kerap demam, Scott's Emulsion jadi teman baik di rumah. Sebelum tidur julia pastikan abam Qi ambil 1 sudu besar Scott's Emulsion. Suka dia makan suplimen tu. Manis-manis buah oren.
Sebelum ini dia guna suplimen lain, tapi mungkin dah sampai satu masa suplimen tu tak berapa kuat nak jaga badan dia...itu sebab dia kerap mudah terkena demam, selsema dan batuk muntah berpanjangan.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang mencadangkan beberapa bulan lepas. Syukur alhamdulilah, bila dah genap 1 bulan lebih my son amal baru julia kongsikan di blog. Puas hati melihat kesihatan dia jarang demam nak masuk bulan kedua dah ni.
Moga abam Qi dan anak-anak anda semua membesar dengan sihat selalu. Amin.
16 Comments
nak try jugak la .. perasa putih anak2 tak boleh telan
ReplyDeleteAmiin. Huhu...teringin juga bg pada anak...tapi kena tengok dulu macam mana
ReplyDeletealhamdulillah...lega bila tengok anak makan dengan selera
ReplyDeleteseleranyee makannn :)
ReplyDeleteDulu kecik-kecik pun saya amalkan makan benda ni. memang bagus sangat.
ReplyDeleteanak merdeka ya? semoga q membesar dgn sihat ya
ReplyDeletescotts ni dah lama tau zaman kecik2 dulu pun ma selalu beli,sebab tu jadi #ciksuesukamakan hahahhaa dulu2 ai montel kecik2 hahahaa
ReplyDeletejuju, ank zie smpi sekrang bg scotts ni, sekrang bg yg jenis chewci macam gula2 je, kdg2 kita yg dewasa ni pun mkan sama, scotts ni elok utk mengelakkn deman, flu..agak2 nak flu je, cpt2 bg scotts, esoknya elok la kang
ReplyDeleteyg mkn ayam tu mesti kat uncle jack giant batu caves ahaha..klu tak silap la..
ReplyDeletealhamdulillah qi dh semakin berselera mkn..yg perisa ore ok skit dr yg asli yg color putih tu
ReplyDeleteKita suka yg perasa oren tu ha.sedap!
ReplyDeleteanak-anak pun suka ni..
ReplyDeleteSuka scott emulsion oren. bikin ketagih. hihi
ReplyDeleteSi kembar suka scotts emulsion ni, kalau ikut diorang nak langgah minum camtu ja. Jenuh nak catu sorang dua sudu ja hehehe
ReplyDeleteboleh cuba ni, asalkan anak2 sihat apa salahnya cuba
ReplyDeletealahai syg abg Qi.
ReplyDeletemoga trus sihat ye :)
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)