Wajah Kembali Pesona bersama Voqq Skin Care 100% Natural !
Kebaikan buah tomato sejak azali sudah diketahui memang luas manafaatnya untuk keseluruhan kesihatan manusia. Zaman kini ramai yang kembali kepada kaedah semulajadi, walaupun kesannya mengambil masa 2-3 bulan, tapi untuk jangka masa panjang kita terhindar dari bahan kimia terlarang.
Bahayakan, julia sangat peka dan teliti satu-satu produk. Memang masa zaman remaja dulu pernah guna produk berasaskan chemical semata-mata kerana terpengaruh dengan kecantikan luar biasa, siapa tak mau putih, sapa tak mau kulit tegang, bermaya dan segar gitu kan. Tipu lah kata tak tergoda, tapi bila dah guna dalam jangka masa waktu yang lama, kulit mulai menunjukkan 'reject'.
Paling ditakuti...
Timbul masalah pigmentasi, jerawat dan ruam halus di kawasan wajah yang buat kita rasa malu nak pergi ke mana sekali pun.
Sebab itu, tak kisah produk ada, janji ia NATURAL. Memang jadi kegilaan julia lah guna tanpa was-was. Tomato plak tu kan...kalau nak beli tomato tempek kat muka kan renyah sikit berair gitu sampai kena tunggu kering, tapi dengan Voqq Skin Care, semuanya jadi mudah. Tomato sentiasa ada disisi bila-bila masa diperlukan yeyy.
Fungsi Tomato dalam Voqq Skin Care?
Lycopene dalam kandungan buah tomato sangat penting untuk kesihatan dan kulit. Ia berfungsi sebagai antioksidan secara semulajadi bagi melawan radikal bebas (free radicals) yang boleh merosakkan se-sel dan menyebabkan pelbagai penyakit kanser. Best kan!
Tomato bukan sahaja digunakan di dalam masakan, malah ia juga bermanfaat untuk mengatasi pelbagai masalah kulit. Hari ini tomato digunakan secara meluas untuk menghasikan produk kecantikan. Wow!
Kenali Pengasas Utama
-Datin Nur Samsidar-
Pengasas DS Pesona Beauty iaitu Datin Nur Samsidar Mohd. Zain pada awalnya mempunyai latar belakang meluas dalam pembukaan spa dibawah nama DS Pesona Beauty. Ini bermaksud beliau bukan baru dalam arena dunia kecantikan ya.
Kini, Datin Nur Samsidar mengorak langkah menghasilkan satu rangkaian produk penjagaan wajah yang diberi nama Voqq Skin Care dengan menggunakan ekstrak buah tomato. Jom teruskan membaca, sebab julia ada sediakan pelbagai info kebaikan pati tomato dalam Voqq Skin Care!
Jangan risau, produk ini mempunyai pengesahan produk dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
No KKM: NOT170404302K
Ketahui 12 Kebaikan Ekstrak Buah Tomato (Solanum Lycopersicum)
- Kandungan antioksidan seperti lycopene dan zea-xanthin dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas.
- Bersifat antikanser dan mengelak reaksi kerosakan akibat pemakanan harian dan pendedahan kepada elemen alam sekitar sehingga merosakkan kesihatan dan menjejaskan penampilan.
- Ia mampu memulihkan sel dan membina otot memandangkan tomato mempunyai kandungan protein.
- Merawat liang roma terbuka dengan cara mencampurkan empat sudu jus tomato dengan satu sudu air, sebelum disapu ke seluruh muka menggunakan bola kapas. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci.
- Biji tomato mempunyai khasiat yang mampu merawat pelbagai masalah kulit. Ia boleh membantu melawan masalah penuaan pramatang.
- Merawat jerawat dan ruam panas.
- Mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah. Sebum terlalu banyak boleh menyumbat liang roma, seterusnya menyebabkan jerawat dan parut pada wajah. Tomato membantu mengurangkan masalah minyak berlebihan seterusnya kulit lebih licin dan bersih.
- Tomato bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi, sekali gus membantu memberikan wajah lebih muda kepada mereka yang rajin mengamalkannya.
- Ia juga mengandungi lapisan minyak semula jadi yang boleh digunakan sebagai penyegar semula jadi selepas kulit dicuci bersih.
- Mampu melawan kerosakan sel pada tahap selular, seterusnya membantu kulit kelihatan lebih anjal dan kurang garis halus.
- Menyapu tomato pada kulit membantu mencerahkannya secara semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.
- Kulit lebih lembut dan bermaya. [Sumber]
Voqq Facial Wash
Ini lah dia pencuci wajah Voqq Facial Wash, hanya perlu picit sedikit sahaja buihnya cukup mewah. Bau harum dan mudah digunakan tak melekit. Gunakan 2 kali sehari pagi dan malam sebelum tidur.
Sebaiknya basuh wajah dengan air suam dan urut perlahan-lahan ke seluruh muka dan leher. Bilas sehingga bersih. Fresh betul !
Kelebihan Voqq Facial Wash
- Diekstrak dari tomato yang kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kondisi kulit untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.
- Membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.
- Membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.
- Dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah
- Di adun bersama oat untuk membantu menormalkan pH kulit sehingga dapat meredakan gatal atau rasa tidak nyaman pada kulit.
- Membantu menyerap kelebihan minyak, menghilangkan bakteria pada wajah, serta membantu pengelupasan kulit mati.
- Merupakan pelembab alami yang dapat menenangkan kulit sensitif dan kering, membantu menjaga kelembaban almi kulit, sekaligus memiliki efek anti-oksidan.
Selepas cuci wajah dengan Voqq Facial Wash, terus sapu Voqq Anti Aging Cream. Paling ketara, ia tidak berminyak dan guna beberapa titik sahaja cukup penuh disapu ke keseluruhan wajah.
Guna dua kali sehari pagi dan malam.
- Voqq adalah krim formula buatan tangan yang bebas daripada surfaktan dan silikon, membolehkan ianya menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit berbanding dengan krim-krim lain.
- Voqq juga membantu membebaskan kulit anda dari 10 bahan tambahan yang boleh menyebabkan kekeringan dan kekejangan kulit seperti Surfaktan, silikon, paraben, denatured alkohol, minyak mineral, pigmen tiruan, bahan mentah haiwan, benzophenone, TEA, sulfat.
- Krim Voqq yang dibentuk seperti natto mengambil dua kali jumlah masa untuk dicampurkan berbanding krim biasa, ini membolehkan ianya membezakan rupa dan menghasilkan texture seperti natto.
- Proses Penguraian semula jadi menggunakan minyak dan
mentega untuk mengelakkan
keregangan dan mengekalkan kelembapan dan kelembutan krim.
- Voqq mampu menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik
dan meningkatkan kesan kulit putih dalam masa yang begitu singkat.
- Semasa penghasilan Voqq teknologi vakum digunakan untuk
menyedut udara yang boleh bercampur
masuk ke dalam krim semasa proses pembuatan untuk lebih menghasilkan
tekstur seperti natto.
Apa kata Julia Johari?
Tomato, sejuk la kan. Sangat sesuai untuk wajah yang sangat kering dan berminyak. Wajah kering perlu sokongan kelembapan tinggi seperti ekstrak tomato. Kedua-dua gabungan pencuci wajah dengan krim anti aging tu sangat sesuai sekali untuk semua peringkat umur. Bahan natural, tak ragu nak guna. Terbaik!
Harga Pasaran:
Voqq Facial Wash
RM70 SM / RM85 SS
Voqq Anti Aging Cream
RM70 SM / RM80 SS
Hotline : 019-612 8164
Wesite : www.voqqskincare.com.my
Hashtag rasmi:
#voqqskincare #kembalipersona #antiageing #100%natural
8 Comments
Facial wash tu best gilar. Rasa mint gitu
ReplyDeleteAnti aging tu mcm best..
ReplyDeletewow new packaging
ReplyDeleteMemang selalu buat masker tomato. Jadi baguslah ada produk dari ekstrak tomato ni, banyak kebaikan dia.
ReplyDeletewah !! bestnye !! tomato memang digunakan dari zaman tok nenek kita untuk jaga kecantikan.. kan ?
ReplyDeleteserius best guna VOQQ pencuci muka.. Soft jew rasa muka lepas cuci tau..
ReplyDeletefacial wash best..bauwangi dia
ReplyDeleteJeragat start tumbuh, maklumlah umur pun dah meningkat..
ReplyDeleteBoleh usha-usha produk voqq..
Teruja sebab guna base tomato yang sememangnya baik untuk kulit..
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)