Lama julia tak kongsi unsur motivasi, rasa nak sisip sikit petang-petang ni direct motivasi. 
Apa matlamat hidup kita? 
Redha Allah kah atau buat kerja sebab nak penghargaan manusia? 
Bila fikir logik kedua-duanya pun kena seimbang, kita sendiri pun kena beri penghargaan kepada sesama manusia yang telah buat kebajikan walaupun hanya kita dan dia sahaja yang tahu. 

Nak dapat redha Allah pun kita kena berbuat baik dengan sesama manusia bukan?

Yelah, apa kita buat tak kisahlah contohnya macam menyapu sampah,
Sang anak menyapu sampah, 
Kita puji dia, 
Cakap dia rajin, 
Ucap terima kasih,
Agak-agak apa dia rasa?

Sudah tentulah rasa dihargai, 
Rasa nak tolong lagi,
Itu baru sang anak...

Kalau kita sebagai isteri, sebagai wanita bekerja,
Tipulah kalau kita buat kerja hanya sebab nak redha Allah je,
Manusia macam kita pun nak juga penghargaan,
Tak banyak sikit pun jadilah,

Tujuan untuk apa?
Untuk beri motivasi diri sendiri,
Penaik semangat hari-hari,
Tak adalah rasa mendatar je hari-hari,
Motivasi ni boleh dapat dalam bentuk kata-kata dari seorang mentor,

Carilah mentor anda minati,
Macam julia, kalau julia rasa motivasi, atau rasa down,
Julia cari sifu julia,
Prof Dr. Muhaya,
Dia ada blog, ada FB,
Kat situ julia baca pun dah buat semangat naik...

Kalau rasa2 kat tempat kerja dan di rumah rasa tak motivasi,
Cari motivasi anda, cari dan hadap dia hari-hari,
Macam julia suka cara beliau, 
Itu sebab julia pilih beliau, 
Tengok muka pun dah sejuk, 
Apatah jikalau dapat diberi peluang bersua muka,

Pasti seronok!
Tak kisahlah anda suri rumah lelaki mahupun wanita sekalipun, 
Anda tetap bekerja siang dan malam,
Malah lebih dari itu,
Jika ada orang cakap yang down-down kan anda,
Anda perlu ingat, anda ada guru dan Allah..

Ingatlah pada mereka, 
Tak rugi, 
Sebab ujian untuk kita sentiasa ada,
Untuk uji sejauh mana kita taat padaNya...

Rajin-rajinlah suka puji orang yang berbakti kepada anda, 
Balaslah cara macam mana sekalipun walaupun rasa tak setimpal,
Sebab sampai bila-bila orang tersebut akan rasa dihargai walaupun pemberian sedikit...
Kritikan membina teruskan, tapi jangan hina dikhalayak ramai,
Kesannya pada dirinya sampai bila-bila diingati...
Sebab kita belum tentu selamanya berada di atas,
Esok lusa orang tu juga yang bantu anda...
Masa tu malu pun letak ke tepi...


9 Comments

  1. Suka sgt entry ni...ada positif vibes..ciknad pon minat prof doc muhaya..

    ReplyDelete
  2. very positif julia!....yayyy.....trs positif

    ReplyDelete
  3. Sama dnengan Nani kak julia. Kalau tengah down suka baca kata2 dari orang yg kita kagumi ;)

    ReplyDelete
  4. true sangat thank you for this entry julia. have to focus on positif energy ya!!!

    ReplyDelete
  5. 'setiap kali kita mengkritik orang lain, kita telah menjatuhkan martabat kita'
    hahha. macam kena panah pulak kecik . sebab kecik selalu kritik orang lain. lagi2 hal politik. huhu. jadi, begitulah agaknya pandangan orang pada kecik. Tapi bagaimana pulak kalau anggapan yang dikritik itu sebenarnya adalah suara atau pendapat? Cuma ayatnya sedikit kasar?

    ReplyDelete
  6. Bagus entri ju ni,,saya baca pon dah rasa satu penaik semangat
    Janji Kita

    ReplyDelete
  7. Bagus entri ju ni,,saya baca pon dah rasa satu penaik semangat
    Janji Kita

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)