Gambar ihsan Google.
Sebut RUG, maksud dalam bahasa Melayu "Permaidani". Sekarang dah jadi satu trend karpet retro ini jadi pujaan. Julia sebenarnya terpanah melihat ruangan dekorasi artis-artis baru-baru ini menggunakan karpet patern lebih kurang diatas.
Korang kan tahu, kalau aku cakap dah suka, suka, SUKA! Susah nak buang tabiat tengok karpet lain lawa macam mana pun aku cakap TAK...nak patern tu jugak...tapi nak murah nampak mahal hahahhahahhahahha (sila gelak guling2).
Well ketawa lah...sebab bila aku dah pening Google saban hari, mesej seller online seharian sampai rasa nak muntah pun ada haha. Sebabnya aku tak minta diskaun pun, aku nak tengok harga pasaran seller-seller lain.
Gambar ihsan Google.
Bukan apa, bila dah tau harga pasaran, nanti kau pi under ground senang. Kau dah tau harga bajet yang kau nak dan size apa.
Apa yang penting aku pelajari dari seller-seller online ini diorang tak lokek ilmu. Aku kongsikan disini anggaran info dari seller mengenai size karpet korang nak beli.
Dining set size:
Table for 6 pax, 2 x 3 meter.
Table for 8 pax, 2.5 x 3.5 meter.
Table for 4 pax, 1.4 x 2.0 meter.
So dah belajar tentang size karpet, nak ukur memang selalu tak free. Lupa lah, itulah, pita tap tak tau letak manalah haha. So rujuk je list julia kongsi di atas ye.
Survey sampai pening....penat...fengsan!
Julia usya kat Lazada, memang tengah murah! Bezanya minggu lepas terjah Viva Mall, memang ada patern rug modern macam kat bawah, tapi harga RM800 ke atas grrrr mahalnya, dah lah nak beli 1 hall 1 kat dining area #bankrupt.
Kalau clon ada pun tak cantik dah lah harga pun mahal mujur tak terbeli ritu hahahah demand kan...mestilah kena lalui tagline julia 'Murah, Cantik tapi Berkualiti (nampak mahal)' gituuuuu.
Lorenza Modern Rug Soft Thick Fluffy Pile High Quality 120cm x 170cm
(Lt Grey/White)
Gambar di atas julia survey kat pinterest (the world's catalog of idea)
Macam-macam tau corak, tapi mata julia tak minat karpet jenis bunga hahaha. Jenis suka simple dan aku nak karpet yang tak memeningkan kepala nak tatap hari-hari.
Pilih Warna Kelabu + Putih !
Banyak warna rug...tapi mata julia selesa dengan warna kelabu...rasa sejuk dimata. Tak sarat sangat. Grey macam warna selamat sebab nak suai padan dengan perabot lain pun mudah, tak payah tukar karpet beberapa tahun selagi tak rosak.
Suka layan pinterest sebab taip apa sahaja semua keluar gambar karpet yang aku nak. lagi bertambah jeles kat oversea memang kaw kaw lawa grrrrrrrrrrrrrrr....tutup pinterest...sedarlah julia sedar kahkahkah.
Pastu aku terjumpa la masa survey....lompat bintang sampai bulan aku weh! Lama dah cari, akhirnya ke temu 4 pasang mata kami alhamdulilah.
Jenis washable haaa tapi sayang la basuh mesin sendiri, hantar dobi je hehe
Terus borong 2 rug terus, sian rug ni antara banyak corak dia dok paling bawah sekali rug yang lain-lain. Ingat penyet teruk rupanya masih firm dan timbul-timbul coraknya yeyy.
Gambar ni aku snap dekat-dekat, nampak kaki my son tu, bergolek dia kat karpet baru suka katanya.
Bila dah ada bukti macam itu baru aku percaya kualiti karpet ini benar-benar tahan, yelah dah kena timpa dengan karpet lain of course berat.
Harga pun sangat murah dan kena dengan tagline aku hahaha berzikir aku kat situ kihkihkih.
Tadaaa...hasilnya...puas hati sangat-sangat dah bentang. Syukur! Lembut dipijak, tak licin dan bila jalan rasa tenggelam sikit. Lagi satu julia tak berapa suka shaggy rug yang bulu panjang-panjang, susah nak jaga. Pesen malas macam aku, selamat guna rug bulu rapat dan pendek. Mudah sikit nak kesan habuk.
Settle wishlist karpet....yeyyy!
Nexttttt deko...wishlist bulan Jun aku nak pokok ini...penat dah usya kedai yang jual pokok artificial lain...tak secantik SSF punya...kenapa lah ko mahal pokok tipu ini hahaha...
Lazada RM259 ---> Harga di SSF RM299.
Ideal for dining room, living room or office decoration.
It also never needs water, and will stay looking fresh and green for years to come.
High quality.
Hari yang sama terjah SSF di Viva Mall, pokok pesen ni kalau tak ada membership mau cecah 200-300 lebih rasanya...kalau beli bulan birthday sendiri atau bulan birthday husband dapat murah sikit lg.
Tapi kat Lazada RM259 haaaaa murah sikit. Tapi cam biasa kalau online ni aku curiga banyak sikit...sebab duit pun banyak nak keluar hahaha...
Bulan Jun bulan kelahiran husband esok haaaaaa...pe lagi nak buatlah membership SSF terus tebus utk birthday discount lg...kalau murah dari Lazada ok grab...hahahhahaha...
Korang tak ada ke pokok spesis lebih kurang macam kat atas tapi murah sikit? Kalau tau bagi tau naaa kat komen.
Terima kasih sudi baca.
20 Comments
Rug kita samaaaa hehehehe
ReplyDeleteYeyy sep!...mmg trend corak retro rug ni kan shehan...tu yg jatuh cinta terus!
DeleteWah tak sabar nak beraya umh korang ni hihih.. cantik gak karpet nya..
ReplyDeleteTeruja sama bila Juju teruja dapat rug yg Juju nak...cantik
ReplyDeletewahhh, makin berseri rumah kak juju lepas ni, pokok2 ni memang cantik beli dekat SSF. harap kak juju dapat beli pokok tu lagi murah nanti =)
ReplyDeletekat mana beli carpet tuuu ??
ReplyDeleterug sini biasa lisa beli dtg kedai.. dapar rm250 ritu... paling elok and besar gak la... ehehe
ReplyDeleteAmboi sakan Juju dok deko raya, jeles tengok!
ReplyDeletesedap pijak nampnye tu..trus rasa nk baring hehe
ReplyDeletemurah & cantik memang package yg susah nak jumpa tapi ramai yg demnad kan...paham.paham..hihihi
ReplyDeletesyoknya lah dapat beli carpet baru...
ReplyDeleteamboii, juju raya sakan tahun ni, nak datang umahhhhhh
ReplyDeleteCantik rug ni
ReplyDeletekita pun suka design mcm ni.. nak cari jugak la boleh ngam dengan sofa raya tu nanti.. hehehhe
ReplyDeletetengah cari rug corak macam ni.tapi itulah harga boleh tahan mahal juga...
ReplyDeleteCantikkk dan nampak lembut sangat tu :)
ReplyDeletecantiknya carpet juju pilih tu..
ReplyDeleteRug kita sama..tp kita beli kt ikea ja...yg psal artificial plant tu jujue boleh survey kt ig..ada member jual kt ig..cantik2 gak artificial plant dia
ReplyDeleteCantik! Juju beli kat mana tu?
ReplyDeleteCantiknyaaaaaaa
ReplyDeleteJemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘
http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)