Dah lama tak bau hotel baru weh! Baru-baru ini julia bersama keluarga jejak ke hotel yang baru je launching pembukaannya tau. Mula-mula malas lah nak ikut alaa Kuala Selangor je kah, tak ada tempat lain ke gituu...orang sombong gitu la cakap malas aje haha...

Suami yang cadangkan dan ajak julia ke sini, katanya hotel yang dicanang-canangnya itu dah siap...siap cakap hotel bajet tu ada kolam...hmmm yeke? Nampak bukti kat gambar atas? Haaaaaa merelip-relip mata juju tengok! Lawa!

Ranking Hotel ke-40 klik SINI

Kalau lihat dari atas bilik lagi cun! Kolam kebiruan dari atas, syok berenang port baru ni beb, puas hati, air pun bersih, siap ada shower lagi...sebelah kolam ni ada dewan keraian yang sungguh besar...kalau nak kahwin atau sambut apa sahaja leh adakan kat sini...untung lah!


Duduk mewah, menginap harga bajet !
Kediaman hotel ini julia memang puji melangit...siapa sangka ia nampak sangat elegan dan romantik. Kalau nak tempah setakat ini kami walk in je, dekat FB korang boleh search ada info pasal hotel ni. Ada pelbagai rangkaian jenis bilik antaranya:
  1. Single
  2. King
  3. Executive (honeymoon)

Harga bermula RM128 ke RM200 ke bawah untuk setiap bilik...wahhh murah kan...sebenarnya banyak aktiviti kekeluargaan korang boleh lakukan disini sambil menginap. 

Nak tahu klik SINI.



Kalau tanya kemudahan, pertama sekali aku nak habaq. Tang parking pun dah win! Banyak betul port parking depan hotel ni...selain itu julia highlight...

Kelebihan Hotel VI Kuala Selangor !
  • Akses lif
  • Kod keselamatan setiap tingkat untuk akses (so orang luar tak boleh masuk sesuka hati) terasa sangat selamat !
  • WiFi - hotel masih baru lagi belum lagi ada...akan datang kot
  • Dekat bandar Kuala Selangor, senang cari port makan dekat.
  • Staf yang peramah
  • Bilik selesa, tuala besar, bilik besar, best!
  • Katil sangat empuk...tenggelam aku lagi haha
  • Permandangan setiap bilik berbeza ada tema
  • Bilik honeymoon banyak boleh request
  • Shower ada air panas.
  • Kalau ada baby best boleh mandikan dia di sinki yang dalam, selamat!
  • Indoor play room...ye ada tapi aku lupa snap gambar adoiiiyai...haha


Cantikkan bilik ni! Wahhhhh ni kira bilik Executive tau. Cun!

Bilik ini bilik honeymoon rasalah...harga pun tak mahal mana sebab kata owner hotel ini harga pengenalan masih berjalan.

Bilik pilihan kami, tema sawah padi !
Wahhhhhh besar betul gambar wall paper sawah padi...terus rasa sejuk je mata melihatnya.
Katil King selesa tidur...bantal empuk, cadar dan katil sangat best...benda baru haha....plug pun banyak tau...puas hati leh caj hp byk2.

Jom scroll...korang pasti tertawan melihat dekorasi hotel ini. Mewah tapi harga bajet !




Kawasan lepak minum petang pun ada dalam bilik...sempoi!


Penat golek-golek dalam bilik...jom lah makan dulu. Kami pilih kedai Mee Udang Banjir...sedap lah tapi banyak sangat...kalau tau order 1 je share dengan suami...udang banyak!

Balik hotel haaaaaa abam Qi lenjan sorang-sorang...tak ramai visitors lagi sebab hotel masih baru di buka...kira kami cuci kaki dulu lah merasmikan hahaha...jom mandi !


Seronok dia !
Korang cuti ni pi la terjah Kuala Selangor...dekat dan menjimatkan !
Boleh naik boat tengok eagle feeding macam di Langkawi, kini kat Selangor pun ada, best kan.

Rating:
Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang, walaupun belum ada WiFi, julia puas hati menginap sini...Selesa carta nombor 1.

VI Boutique Hotel Kuala Selangor 
No 1, Jalan Sri Penambang 1,
Taman Sri Penambang,
45000 Kuala Selangor Darul Ehsan.

24 Comments

  1. Eh dekat dengan kampung i la.. Cantik pulak tu decorationnya..

    ReplyDelete
  2. Not bad.. sbb nk g kuala selangor tu bcinta jugak jauhnya. Baik stay sana. Hahahaha. Skali skala

    ReplyDelete
  3. Dah nampak masa gi shellout ari tu,nti nak singgah la,lalu balik kg en somi.

    ReplyDelete
  4. wah hotel br ..budget tp ada kolam syok....bilik pn luas...dapnye mee idang tu..akak pernh gk mkn mee udang banjir ni masa outstation kuala selangor dlu

    ReplyDelete
  5. lahh... kalau bg tau awal hari tu masa family day sekolah zaza boleh kitorang stay jer sini.. penat kot dah malam patah balik ke cheras dari kuala selangor hari tu... uhuuuhu

    ReplyDelete
  6. akak nak stay sini aritu juju tp full.. rugi la

    ReplyDelete
  7. Cantiknya deko bilik tu..next time boleh plan bercuti kat situ

    ReplyDelete
  8. Wah nampak mewah dan elegan bilik dia, tapi harga murah. Pool dia nampak best!

    ReplyDelete
  9. Amboi... berbaloi-baloi laa...
    Boleh pi terjah! Anak-anak gerenti syok ada swimming pool...

    ReplyDelete
  10. Terbaik la hotel dia..siap ada swimming pool untuk range harga mcm tu..

    ReplyDelete
  11. best laa.. ok sgt la rega tu.. boleh bawak anak2 ni.. sebab anak2 suka pool.. hahahah

    ReplyDelete
  12. Cantik gilooooo... kalau pergi mau taknak balik ni. Hahah

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya tengok. Teringin juga nak pergi ni.

    ReplyDelete
  14. zie tahu tempat ni, ooo kat sini ada pool, ingt cikai2 je, boleh la kalau nak jaln2 rest kan, area situ pun banyak tempat makan best, nak makan tak susah nak cari...bravoooo hahaa

    ReplyDelete
  15. Bukan senang hotel budget ada swimming pool kan...terbaik lah

    ReplyDelete
  16. Itulah tak Ada sebab nak tido k. Selangor. Kalau saja entahlah.

    ReplyDelete
  17. macam nak try p jugaklah...anak-anak nk swim tp xmo p jauh2..

    ReplyDelete
  18. Seronok kalau stay hotel yang selesa macam ni. Mee udang tu menggoda sangat tau kak Juju 😂

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)