Awal tahun 2017, tempahan bayar sendiri di buat secara kelakar juga lah...siap packing baju duduk dalam kereta anak beranak fikir, nak ke mana kita kali ini. Niat di hati pasangan nak dekat-dekat je janji nak belanja si kecil tidur hotel sebab ada rezeki lebih katanya. 

Tempahan hotel yang ke-37
Apa lagi berdesup la julia buka Booking.Com. Banyak pilihan hotel, tapi mesti ada kolam yang bersih dan cantik. Kali ini pasangan nak sekali breakfast, nak berehat dan tak banyak sangat keluar. Okey take note pesanannya, well ada orang nak belanja ni kena laju, kang ubah fikiran susah haha.

Harga berubah-ubah ikut suka dia nak bagi bila....nasib!
28-29 Januari 2017, masa itu tempahan bersama Free Breakfast RM216 mengikut rekod, hari ini saje-saje lah usya tempahan sehari semalam hujung minggu ini nah tengok berapa harganya? 

Terbeliak biji mata korang kan, hotel taraf 4 bintang bagi harga macam tu sekali...ini khas yang ada title GENIUS ya, kalau title biasa lihat harga yang di potong itu.


Awas...jadilah pembaca cerewet !
Baca info dulu betul-betul sebelum booking ya, ada yang ditawarkan untuk bayar di hotel dan ada yang tidak. Selalunya yang murah sangat tu terus kredit dari akaun bank korang tau, itu sebab mereka bagi murah. 

Aku dapat rasakan, bila mereka tawarkan murah mereka nak komitmen korang serius kah tidak nak tempah...kalau jenis tak berkira duit mahal pun tak apa, abaikan fakta ini. Sila pilih pilihan yang lebih deboom !

Tapi ada juga yang murah boleh bayar terus di hotel tanpa perlu kredit on the spot. So baca betul-betul. Macam julia, banyak faktor julia lihat, kalau hotel berbintang tawarkan harga murah tak masuk diakal julia akan ambil sekali breakfast, kalau hotel so so aje dan bersepah kawasan tempat makan di luar baik tak payah kan.

Menginap hotel mahal, bagi aku breakfast itu pilihan best !
Breakfast pun sama, ada yang letak Free Breakfast, ada yang info Termasuk Breakfast [MYR40] contoh.....itu maksudnya korang kena add on asing di hotel. Jika nak Free Breakfast selalunya tempahan bilik penginapan ia mahal sikit la tapi still dalam lingkungan masih berbaloi. 

Kalau tak nak breakfast, just skip...tapi sebaiknya bila korang dah duduk hotel taraf 4 bintang ke atas, pilihlah pilihan ada Free Breakfast, boleh makan puas-puas! Menu pilihan banyak! Sedap-sedap! Rugi tak include sekali tau...kalau macam resort kebanyakkanya menu sarapan agak terhad...so tak include sekali pun tak apa...kadang-kadang FREE Breakfast, layan je lah rezeki jangan di tolak.

Kad sudah dapat, apa lagi jom survey! 
So far masa check in bagus, cepat dan mesra staf di lobi hotel.

Bilik standard sahaja, tujuan untuk melepaskan tekanan dan bersuka ria, cukup sekadar mengisi ruang keriangan bersama keluarga kecil. Keadaan lantai berkarpet penuh ya, selesa untuk jalan sebab empuk.

Tinjauan...
  1. Tilam empuk, bantal banyak.
  2. WiFi agak slow, ikut masa mungkin.
  3. Staf hotel - mesra dan membantu
  4. Ciri eksklusif dan sangat privacy
  5. Parking - senang dan dekat dengan lif.
  6. Dekat dengan monorail - malam tu kami dinner dekat Quill Mall, saje bawa si kecil berjalan kaki naik monorail, best haha


 Bilik kami mengadap kolam sebenarnya...agak tinggi itu yang snap nampak bandar KL.

Selalunya, hotel bertaraf 4 bintang ke atas memang ada disediakan setiap satu bilik seterika bersama board, privacy! Tak berapa suka sebenarnya kalau menginap hotel kena pi ironing room, leceh la. Banyak kemudahan di bilik, teruskan scroll.



Kemudahan kamar mandi, luas dan ada bathup. Cuma lantainya agak sedikit licin, kena hati-hati ya. Tandas jenis pancut air tau, so korang sila gunakan cawan untuk bersihkan hajat tau. Faham-faham je lah hehe.

Eh! Budak bertuah ni, nak shoot gambar bathup dia terus rasmikan dulu terus hahahaha aduyaii kelakar...so inilah hasilnya. Berendam la dik...umi dan walid nak ke kolam renang dah ni byeeeeeeeee haha


 Paling dinantikan anak bujang, swimming pool hotel lah !
Tengok aksi dia...hahahhahahhaa

Towel 2 helai dibekalkan. So tak payah bawa towel dari bilik tau.

Woww!
Tenangnya kat sini, bersih kolam dia. Tercari kolam kanak-kanak tuuuu dibawah bumbung tau, jikalau hujan jangan risau, ada tempat berteduh untuk anak-anak mandi kolam sampai puas walaupun hujan dan panas terik. Yes i like it !

Well macam biasa julia jenis ambil mood dulu kalau nak mandi kolam. Nak relax otak melayan perasaan dulu. Lihat family lain mandi bersuka ria pun tenang dah...what a wonderfull short vacay !


Inilah kolam kanak-kanak, panjang dan tak berapa dalam sangat, kalau ada pelampung budak bawalah untuk ekstra keselamatan. Di sini memang teduh, so boleh teman anak mandi sampai kecut.




Keesokkan harinya, menu breakfast di hotel ini julia bagi 4 bintang !
Mewah dan menu sarapan boleh dikategorikan sedap dan macam menu makan tengahari dah tau. Memang pulun makan kenyang-kenyang. 
Sampai tengahari kenyang, jimat !

Lepas selesai sarapan packing baju semua, terus ke dobi layan diri...apa lagi cuci baju la. Baju jalan-jalan kami tak cuci balik rumah tau, semua packing bersih-bersih semula. So next vacay anytime boleh tarik luggage. Itu sebab baju aku lebih kurang sama je untuk travel hahaha...janji berbaju ye dok !

Itu sahaja perkongsian julia mengenai pengalaman sehari semalam di Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur. Kalau tak mahu pergi jauh, pilih sahaja hotel yang berdekatan dengan korang, feeling tu sama macam pergi jauh-jauh tau. Janji hasilnya puas hati !

Jumpa lagi. 

Tak puas baca klik SINI

Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur 
72 Jalan Pahang, 
53000 Kuala Lumpur, Malaysia

10 Comments

  1. Kita pun pernah stay sini..not bad...bfast pun sedap...n dkt dgn monorail bg org yg nak naik public trnsport kan

    ReplyDelete
  2. menarik.. haha nti la kalau ada masa nak pergi sana . hehee

    ReplyDelete
  3. dlu2 slalu hitea ngan family masa belum kawin...tk pernah stay lg sini..syok la pool bdk ada bumbung tkde la panas

    ReplyDelete
  4. menariknya hotel ni...nanti nak recommend kat husband la

    ReplyDelete
  5. wah,bestnye tgk kolam renang tu~ :)

    ReplyDelete
  6. Sekali sekala bercuti dekat-dekat pun best kan dik jue..

    ReplyDelete
  7. cantiknya hotel ni.kolam dia pun cntik.nk bercuti sini best la kan.

    ReplyDelete
  8. Thank you kak Juju kongsikan pasal hotel ni. Tengah plan jugak nak check in hotel dekat dekat sini, nak tenangkan fikiran dan badan dari macam macam kerja. Heheh :)

    ReplyDelete
  9. pernah duduk hotel kl ..tapi lama dah

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)