Paling ditunggu oleh umat Islam seluruh Malaysia dan dunia ialah bulan Ramadan, bulan penuh kerahmatan. Seronoknya masa inilah keluarga, saudara mara dan sahabat handai merancang untuk bersama-sama berbuka puasa kan...terfikir nak juadah itu dan ini.

Sekali sekala bawalah keluarga dan orang tersayang anda berbuka puasa di Bangi Golf Resort Clubhouse yang terletak di Selangor. Di sana anda akan terkejut melihat dengan mata sendiri betapa cantiknya suasana restoren yang luas, menu berbuka yang beratus di jamu dengan ala konsep buffet hotel. 

Menu Masakan Oriental
Baru-baru ini julia berkesempatan menghadiri Buffet Ramadan Media Preview Bangi Golf Resort bersama keluarga sendiri merasai keunikan luar biasa dan kelebihan sajian makanan yang akan disediakan khas untuk anda pada bulan Ramadan nanti. Antara menu terbaru ialah:
  • 'Spanish Churros' bersama sos pekat coklat
  • Sup Kambing Mamak
  • Serawa Durian dan pelbagai jenis pencuci mulut.
  • Buah durian dan Gelato ais krim di proses segar oleh Sweet Scoopz boleh di bawa pulang dimana pengunjung akan diberikan diskaun ekslusif.

Menikmati kehebatan buah Durian Musang King ! Emmmm sedapnya !
Kini sambil berbuka puasa anda boleh dapatkan durian ini disini dengan harga diskaun.

Nak tahu harga buffet ramadan 2017?
Sabar...nanti julia pecahkan rahsia penjimatan berganda jikalau anda tempah bersama group. Di bawah julia sediakan Google Maps untuk cara anda ke sana. Bagi kalian yang berada di luar Selangor, teringin hendak berjalan shopping beli baju raya dan kelengkapan raya di Kuala Lumpur dan Selangor jangan risau nak ke sini sangat dekat.




Ini kali ketiga julia ke sini, memang semua menu-menu baru yang diperkenalkan langsung tidak menghampakan tekak dan perut kami sekeluarga. 

Nak kambing bakar, satay, mee rebus, ayam masak rendang, dan bermacam jenis pencuci mulut buatkan anda semua pasti tersenyum bila pulang nanti.

Kemudahan yang disediakan.


  • Surau
Di sini ada disediakan surau untuk anda menunaikan waktu sembahyang, jangan risau ya semua kemudahan disediakan untuk keselesaan anda. 


  • Hawa Dingin
Kawasan buffet semua berhawa dingin, bagi yang bawa anak kecil pastinya keselesaan inilah amat di titikberatkan agar majlis berbuka puasa bersama tersayang lebih bermakna.


  • Kerusi baby
Kerusi khas untuk anak kecil pun banyak, memang tiada masalah bila anda datang dengan group besar, tempahan meja khas bertanda nama anda pasti di letakkan di meja mengikut berapa kepala. Mudahkan!


  • Persembahan Muzik
Persembahan secara live dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari.


  • Parking 
Menariknya, terdapat 800 ruang parkir disediakan untuk keselesaan anda.

Antara menu yang disediakan































Saksikan video live di sana...

Menyelerakan?
Pengalaman julia menikmati pelbagai menu diatas memang sangat berpuas hati. Dari 5 bintang julia bagi 5 bintang ! Sedap dan cukup citarasa. Pasti keluarga dan sahabat handai anda memuji kenikmatan makanan dan keselesaan yang dirasai sepanjang berada di Bangi Golf Resort Clubhouse.

Ini yang dinantikan oleh anda...harga buffet tercatat dibawah ya. Tempah segera untuk mengelakkan anda ketinggalan. Selamat menyambut bulan ramadan tahun 2017.

Buffet Ramadan BGR 2017
Alamat: 
Bangi Golf Resort, No 1, Persiaran Bandar,
43650, Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tarikh Buffet Ramadan 2017:
29 Mei hingga 23 Jun 2017

Harga Buffet:
Dewasa - RM58 nett
Kanak-kanak - RM28 nett

Tempahan secara Group.
Anda layak mendapat harga serendah jeng... jeng...... jeng...... !
Dewasa - RM49 nett
Kanak-kanak - RM22 nett

Murahnya! Ya percayalah.

Lebih 200 aneka juadah sedia di nikmati !

Tempah segera:
Email: sales@bgrrest.com
Instagram: @bangigolfresortofficial
Website: www.bgrrest.com
Tempahan: 1-700-71-7558 

16 Comments

  1. Wahhhh memang sedap2 semua ni juju..

    ReplyDelete
  2. ramainye orang pergi BGR.. teringin jugakkk

    ReplyDelete
  3. Harga murah,makanan sedapppp suka lasagna ngan serawa durian

    ReplyDelete
  4. mengancam makanan semuanya tengok...

    ReplyDelete
  5. wah..sedap2 semuanya! terliur dah

    Jom ke www.maisarahsidi.com :)

    ReplyDelete
  6. Suka jugak buka puasa kat BGR ni. Makanan sedap dan harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  7. juju, benda lain zie tak heran.tapiiiii bab durian jgn cobak2 mkn tak ajak, takmo kawan..sekarang jugak zie pergi hunting durian tauuuu..hahaa

    ReplyDelete
  8. Fuhhh macam macam menu ada. Memang best kalau berbuka puasa dekat BGR ni 😊

    ReplyDelete
  9. Lapar terus tengok gambar-gambar ni kak! tempting sangat juadah dia fuhhh.

    ReplyDelete
  10. menariknya..... sesekali apa salahnya... tapi jauh la pulak

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)