Buat apa yang kau suka.
Paling best nak update blog bila mood happy...rezeki mencurah-curah masuk bulan ini. Walaupun julia bekerja sepenuh masa di pejabat, julia ambil peluang sudah 3 tahun menceburi bidang perniagaan sambilan. I love kosmetik, itu sebab julia jual produk kecantikan Ephyra sudah menjangkau 3 tahun lamanya.
Banyak rencah yang dilalui, tapi julia suka berkongsi yang baik-baik. Kerenah pelanggan hadir itu adalah ujian, ada yang jujur ada yang sebaliknya...julia anggap itu juga punca satu rezeki untuk belajar lebih kuat berdiri dalam bidang ini.
Lagi satu aku minat nak jual set makeup lah...tengah cari supplier...tapi mata aku sekarang suka layan tutorial Tarte. Wehh makeup tu memang gila marvelos...rasa nak beli satu set haha
Apa yang aku suka buat...
Cari duit...duit...duit...dengan ada duit semua kau nak mesti dapat. Dulu masa aku sekolah aku tak merasai nikmat duit. Aku diajar untuk berjimat sejak kecil, ternyata tak sia-sia mama abah ajar...sampai ke besar aku berjaya menabung sampai boleh beli aset tetap nama aku sendiri...alhamdulilah tahun ini Allah makbulkan. Aku tak kisah apa orang cakap, sebab mereka tak tahu bagaimana aku menabung setiap hari.
Ada kata-kata suara langau...Álah julia, 1 sen pun kau simpan jugak kan' of course, lama-lama jadi bukit...sampai kat bukit kau labur balik setiap 1 sen jadi rumah...setiap perlian, herdikan...desakan...aku mampu beri senyuman manis kembali untuk diri sendiri...mereka hanya tahu berkata...tapi mereka tak tahu aku hidup bermatlamat. Aku nak kerja kuat masa muda ni...nanti dah tua-tua belum tentu aku dapat merasai nikmatnya bila puas bekerja.
Selain kumpul duit, korang yang dah biasa baca blog aku ni...aku suka berjalan, bercuti...ke mana sahaja...asalkan ia masih dalam skop bercuti sambil berjimat ! Haa siapa kata si kedekut tak jadi pemurah...pemurah pada keluarganya sendiri...bercuti ikut rentak restu suami paling utama...ke mana sahaja aku suka tanya suami...dia kan partner seumur hidup aku...haruslah dia pelindung kedua selepas Allah.
Forget about the price tag !
Hahaha, yelah, betul kata orang duit bukan segalanya...tapi nak hidup dunia sekarang duit itu lah boleh buat hidup kau selesa, boleh beli makan semua. So terms orang gunakan duit bukan segalanya lebih kepada jangan lah kau boros beli apa sahaja anak minta...ceritakan, kongsikan pada mereka tabung...bagusnya tabung...bila dah penuh, boleh melabur untuk dapatkan dividen.
Now...happy...esok lusa dan masa depan belum tau lagi kau nak happy sentiasa kan...life must go on...teruskan hidup...rencah hidup macam mana sekali pun...hadaplah dengan tenang...terkadang akan datang rasa bosan...tau apa aku buat bila rasa bosan?
Aku lepaskan pada gambar...aku suka lihat kecantikan alam...itu sebab aku suka berjalan...tekanan akan hilang sendiri bila lihat anak dan suami puas hati berjalan...
Sekarang aku tengah hunting tiket flight murah bersama hotel...ye hari-hari hunting...aku kalau boleh dapat lg jimat...aku nak hunting sampai jimat...AirAsiaGo memang best...sekali book flight dengan hotel jimat masa wang dan tenaga.
Misi nak ke Sarawak... bawa family, wpun sudah banyak kali aku outstation ke Sarawak atas urusan kerja !
Nak tidur hotel Pullman, kalau mahal sgt nak pilih Imperial sebab turun hotel je terus masuk shopping mall besar jimat masa nak beli makanan dan lain-lain leh window shopping...harap lah jatuh lagi harga tu ke paras 700-800 untuk 3 orang.
Ya dengan airasiago kau akan ternganga murahnya sekali harung hotel dengan flight harga 1 pukal je...tadi usya tix flight ke Sarawak utk 3 orang sahaja je pun dah 700 lbh, tu belum kos book hotel lagi...so lupakan book asing2...kena bijak plan hahhahaa gila kan aku...
Rekod dulu pi Sabah melancong 4 hari 3 malam aku booked hotel + flight guna airasiago hanya 600 lebih....seriusssssssss itu paling menyeronokkan aku pernah buat ! Ternyata Sabah memang best...nak repeat again...layan seafood.
By the way, aku ni rajin book jalan-jalan...part tak tau jalan aku serah je kat husband...dia memang teror walaupun kat Sabah tu dia tak pernah sampai...tapi guna waze...memang sampai walaupun waze tingtong kekadang...tu aku suka pi dengan orang kanan aku ni...dia bijak bab driving dan aku buat-buat bijak urus tentatif...great lah !
Okey, doakan i dapat book pi Sarawak...saja nak plan bawa family kecil melancong sana...diorang suka sangat makan kek lapis sarawak, ikan terubok masin, seafood dan mee kolok...so nantikan mommy juju update lagi ye...
Apa sahaja family comes 1st !
Mmuuahhhh!
9 Comments
ya setuju...selagi ada lubuk duit..kita usaha dan cari.
ReplyDeleteagreed with u, do what we love to be happy..
ReplyDeleteorg tak nmpk susah senag, jatuh bagunnya kita, org akan nampk kita senang, sebelom nk smpi ke senang, kena harungi gunung ganang, lurah, selut, paya.. baru kecapi bahagia :-)
akk pun suka melancong..kli ni ada plan nk bwk anak2 ke sabah pulak..tak sabar
ReplyDeleteakk pun suka melancong..kli ni ada plan nk bwk anak2 ke sabah pulak..tak sabar
ReplyDeletesangat setuju
ReplyDeleteSetuju Juju, Kak Sue yang tak kerja nie pun kadang menabung juga duit poket dari suami.. Nanti kalau nak pergi jalan-jalan boleh sharing sama-sama dengan family hasil duit tabungan tu..rasa pusahti sangat :)
ReplyDeletesekarang nak ikutkan gaji mana cukup..kena cari side income lain... yang penting dari rezeki yang halal.
ReplyDeleteSetuju sangat dengan entry akak ni! quite inspiring for me. Biarlah apa orang nak cakap dekat kita. Nak cakap kita kedekut ka apa, as long as kita tahu apa matlamat kita. Orang tak tahu dan diorang boleh terus berkata-kata kan? Asalkan kita puas hati dengan hasil yang kita dapat. Good luck hunting tiket murah kak! saya nak pergi travel juga ni tapi tak tahu bila. Tunggu kerja dulu lah kot hehe.
ReplyDeleteapa pon gud luck utk kak julia.. moga success slalu
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)