Daftar Darjah Satu Online
Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.)
Berdebar nak daftar online !
Malam tadi julia dan suami mengadap laptop, berdebar pertama kali nak daftar online Tahun 1 ambilan tahun 2019 klik Daftar Online KPM. Rupanya banyak juga langkah-langkah yang perlu diketahui bagi pendaftaran Darjah 1 untuk anak sulung kami.
Berjaya daftar permohonan alhamdulilah, cuma kena kemaskini maklumat secara berperingkat, kalau nak kemaskini senang je tekan butang Kemaskini.
5 perkara yang perlu diisi dan diambil perhatian sewajarnya.
1. Maklumat Murid - Kalau anak anda tadika sekarang, catat dalam ruangan pra sekolah dari segi alamat dan nombor telefon sekolah.
2. Maklumat Kesihatan - Di sini sangat detail, buku rekod kesihatan sejak bayi diperlukan untuk mencatatkan sejarah suntikan imunisasi anak anda sejak lahir contoh BCG, Hepatitis B. Kalau tak tahu, cepat cari balik semula buku rekod kesihatan bayi korang semula...penting.
3. Maklumat penjaga - Masih dalam capaian
4. Maklumat permohonan - Masih dalam capaian
5. Perakuan - Masih dalam capaian
Maklumat murid, disinilah maklumat lengkap diperlukan. Lengkap dengan tarikh suntikan imunisasi kita kena isi. Berbeza sangat alam persekolahan julia waktu 90an, cuma bagi salinan surat beranak sudah mencukupi untuk daftar sekolah.
Bagi anda yang sebaya anak julia sekarang umur 5 tahun yang akan masuk Darjah 1 pada tahun 2019, jangan tunggu last minit nak daftar ya. Takut perkara yang tak diingini berlaku.
Alamat pertanyaan Pendaftaran Tahun 1 Yang Boleh Dihubungi
Segala maklumat lanjut dan masalah berkaitan Sekolah Kawalan boleh dikemukakan kepada :
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja) | Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA Unit ICT. E-mel : daftartahun1@moe.gov.my |
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 | Sila rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seperti pautan berikut: Jabatan Pendidikan Negeri |
Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 (eDR)
Julia sertakan info lengkap untuk anda semua ikuti. Selamat daftar anak sekolah Darjah 1 semua.
10 Comments
ada jugak dengar hari tu skrg semua dah online. macam tak percaya je. hehehe. sekarang semua hujung jari. Tapi macam kesian jugak parents yang tak berapa tahu tentang IT. mesti ada punya golongan minoriti
ReplyDeletesemuanya dah main online saje.. hee~
ReplyDeletemasa Qeram register thn depan darjah 1 dulu takder plak kena tick pasal cucuk dia.. Qaiser darjah 1 thn bila Juju
ReplyDeleteTahun 2019 darjah 1...umur 5 tahun dah kena daftar dah
DeleteSekarang semua online dah kan. Elok settle awal awal, senang :)
ReplyDeleteKesian kt org2 kampung yg maybe tak up to date psal menda2 ni..btw, thanks ju sbb share ni. Boleh la isi siap2
ReplyDeleteank sy sebaya dgn ank ju...lps kite dah isi smua tu kan...nk kena print and hntr dkt sklh trus ke or mybe tnggu taun dpn bru anta..
ReplyDeleteWau sebaya...print lepas tu terus htr ke sekolah pilihan...jgn tggu tahun depan...lewat sgt tu...takut sekolah tu nanti reject sebab dah penuh kuota.
DeleteSesak oiiii, tunggu lepas 2 minggu lah baru buat! Hahahaa..
ReplyDeleteijat aida da daftar kat skola.
ReplyDeletenak kena cek balik ni.
kena jugak ke daftar online.
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)