Cantik tak gambar diatas, julia snap sendiri pakai smartphones biasa je...janji ori !

Kawasan Selangor dan Kuala Lumpur mana lagi tempat menarik nak bawa anak-anak beriadah ya, pasti soalan ini muncul setiap hujung minggu. Julia nak bagi idea kepada kalian apa kata bawa keluarga atau anak-anak datang ke Skyrides Festivals Park yang terletak di Putrajaya. Putrajaya bukan satu kawasan yang baru bagi julia, pernah praktikal kerja 3 bulan disana, pernah hadiri pelbagai mesyuarat dan bengkel seminar di sana. 

Bila suami dan keluarga kata nak bawa jalan-jalan Putrajaya julia just say okey...just ikut flow diorang. Bila sampai zon Skyrides Festivals Park ni, mata terus terpukau, wauuu lawa yer port ni beb! Terus laju melangkah masuk nak tahu apa yang ada dalam kawasan skyrides putrajaya.

Lihat anak panah dibawah, bermacam-macam jenis aktiviti rekreasi korang boleh jalankan kat sini. Julia datang bersama anak buah dan anak sendiri yang masih kecil, so aktiviti apa kami nak buat teruskan baca ye.



Skybike
Tarikan pertama anak kecil kat sini, inilah dia. Selalu meriah waktu malam sebenarnya, ada lampu-lampu mengelilingi seluruh skybike...kami datang waktu petang sebab nak menikmati permandangan indah sekitarnya sambil melihat tasik Putrajaya.

Harga
RM25 untuk 15 minit, itu pun dah rasa puas kayuh basikal. Kalau korang nak 30 min boleh je just up lah bayaran. Kira harga masih berbaloi la tak mahal sangat, anak-anak pun enjoy sebab skybike ini memang ada tempat duduk khas anak-anak kecil yeyyyy...menarik!

Lihatlah my anak buah semua dan my son, kemain belum beli tiket lagi dah book kenderaan masing-masing hahaha bertabahlah mak mak melayan. Thanks to our uncle sebab dia belanja kami semua naik skybike that day..syukur.


Kalau nak naik Skychopper pun ada...haa harga pun murah sikit...try la korang...


Tiket dah dapat, kemain abam Qi tunjuk passport dia tu tak sabar nak naik skybike

Cantik tak skybike kami?
Abam Qi dok depan sekali jadi co-pilot, mak pak kat belakang kena lah kayuh basikal ni bergandingan kahkahkah...leh tahan kayuhan serentak dengan suami hahahahahahaha tapi paling relaks abam Qi la...mana aci kan hehe

Abam Qi syok nampak tasik Putrajaya, siap suh umi kayuh laju sikit muahaha...nak tercabut kaki dah ni nakk oiii...


Beca Cinta
Lawa kan beca cinta ni, comel kiut sesangat geram rasa dah la warna pink...kalau malam-malam lagi meriah la dia beraksi...

Abam Qi pun nak try jugak...dia pilih warna hijau muda...suka sangat hijau sejak masuk tadika hehe agaknya dia dok ingat tema sekolah dia kot


Unik betul bahan buangan terpakai dibina semula dan jadikan replika macam gambar dibawah. Abam Qi takut nak dekat, dia ingat betul-betul robot hahaha, contoh macam ini amat berguna sebab boleh bagi tahu pada anak-anak kepentingan kitar semula kan.


Ini baru satu cerita Skyrides, ada bermacam jenis skyrides lagi mencabar korang leh buat kat sini...mata julia tak henti-henti memandang kecantikan alam sekitarnya...tak rugi datang!

Skyrides Festivals Park Putrajaya
Jalan P2m, Presint 2, 
62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, 
Malaysia

11 Comments

  1. Kreatif sungguh..
    Buat binatang dari bahan terbuang..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya jalan2 dengan keluarga. Tempat pun best kan. Saya datang melawat blog ni ya. jemput singgah blog saya :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya!! Azwar yang duduk Selangor pun tak pernah pergi sini..hehe

    ReplyDelete
  4. cantik2 colornya..ceria..penat tk kayuh hehe

    ReplyDelete
  5. oo ni la yang ade lampu tu erk malam-malam diaorang kayuh..

    ReplyDelete
  6. Best nyerrr sampai bila festival ni dik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari-hari ada kak izwa...ia bukan satu acara sementara...memang setakat ini kalau nak pi sekarang pun ada lg...terjah minggu ni sis...pi waktu malam lg menarik.

      Delete
  7. menark juga. selalu ada ek? bolehlah terjah nanti

    ReplyDelete
  8. Akan ku terjah dlm bulan ni. Tq for entry kak

    ReplyDelete
  9. Akan ku terjah dlm bulan ni. Tq for entry kak

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)