Korang tengah cari hotel bajet, murah dan serba serbi ibarat hotel ada star....haaa sila-sila lah rajin baca review entry blog julia johari di SINI. Sebab kebanyakkan hotel setiap negeri di Malaysia julia dah up untuk buat pilihan, cerewetnya julia dalam pemilihan hotel untuk di up dalam blog itu pun satu poin utama tau, ada sebilangan hotel bajet yang julia stay tak di up langsung dalam blog sebab tak memenuhi piawaian julia, nampak betapa banyak cerewetnya haha...akan datang Sarawak walaupun Sarawak dah banyak kali julia terjah masa zaman bujang semasa sibuk uruskan seminar dan kursus. Belum berkesempatan lagi nak pi almost 5 ke 6 tahun sudah.

Doakanlah hati terbuka nak ke sana nanti jalan-jalan lagi bawa suami dan anak hujung tahun ini, mana tau kan rezeki ke kan hehe.

Okey kali ini hotel bajet mana julia nak review?
SkyTree Hotel yang bertempat di Bandar Kuantan Pahang. Sebenarnya dah banyak kali hotel bajet ini julia dan sefamily menginap baru sekarang tergerak hati nak review simple. Sebab utamanya bukan malas...tapi tersangat puas hati sampai tak terkata-kata di blog. Nampak tak kalau kondusif sampai julia pun ambil masa nak coret apa di blog kan.

Kenapa pilih hotel ini banyak kali?
Hotel bajet ini memang harganya sangat murah dan munasabah. Lagi satu kemudahan macam katil selimut dan bantal tu sangat empuk, kira kau landing atas katil tu terus rasa tenggelam...bukan selimut coklat kasar tu ye, yang tu julia sangat tak berapa suka kalau hotel bajet atau mahal sekali pun masih wujud selimut coklat fesyen lama tu...itu yang boleh mengalihkan mood untuk menginap lagi sekali sebenarnya.

Tapi disini, setiap kali balik Kuantan mesti stay sini kira dah jadi rumah kedua tau...almaklumlah sini banyak kemudahan dan sangat dekat nak akses ke mana-mana sekali pun. 

Lokasi
Belakang Hotel Zenith, ada Petronas terus nampak lokasi hotel ini. Mudah betul nak cari dan tak jauh.

Harga
Lihat harga dibawah, kami tak gunakan sebarang apps untuk tempah hotel ini sebab kami dah jadi pelanggan setia, maka nya rekod telah sedia ada di komputer diorang. Call dan book tarikh, harga seperti tertera dibawah...memang berbaloi lah...tapi kami tak ambil with breakfast sebabnya ada kedai mamak bawah hotel ini jual memacam sedap2 belaka. Itu sebab better kami layan diri cari mamak je sebelah hotel ini.

Deluxe Triple
Husband memang suka tempah penginapan jenis ini, sebab ada 1 katil queen dan 1 katil single untuk abam Qi. So sangat selesa. Ruang untuk solat dan bermain untuk anak-anak pun just nice tak terlalu sempit dan tak terlalu luas. Kira pergerakan sangat selesa sambil boleh memerhati sudut pandang luar yang cantik.

Bertahun menginap disini...sekarang baru review...tu tandanya puas hati tak terkata haa...sejuk sangat aircond tau tak...sampaikan selimut tebal ni pun tak lut.

Kemudahan:

  1. WiFi - kemudahan laju belah pagi, di petang ke malam agak slow ikut berapa ramai penghuni untuk 1 floor.
  2. Peti ais 
  3. Almari 
  4. Air mineral - di bekalkan
  5. Seterika - kena request melalui operator, servis cepat dihantar ke bilik.
  6. Meja solek - besar cermin, meja marble.
  7. Suis soket - banyak, mudah caj hp tak berebut.
  8. Kettle - selalu dalam keadaan baik
  9. Water heater - shower
  10. Pencahayaan - baik
  11. Bau bilik - tak busuk, tak bau kepam.
  12. Lif - lif servis bagus
  13. Parking - sekeliling hotel ada parking siapa cepat dia dapat.
  14. Bersebelahan farmasi, kedai mamak, dan kedai runcit serbaneka - memang senang semua ada. 
Kalau tengah malam check in pun tak yah risau dah, kedai mamak bawah hotel ini memang ada...jadi penyelamat kot ada anak kecil yang kelaparan nak nasi dan sebagainya kan, kalau tak sihat nak farmasi pun ada bawah hotel je, mudah.




Anak beranak sibuk bermain. Mak menerawang aje keje hehe.

 Bilik air, bersih dan tuala pun bukan tuala nipis macam roti kirai ye...tebal tualanya...so mandi mudah jerap air.


Waktu senja, pandang keluar, kereta pun nampak, leh tengok dengan mata sendiri betapa heningnya diwaktu nak malam...depan tu lah hotel zenith berbintang2 tu hehe.


Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang. 

Itu sebab hotel bajet dengan kemudahan setaraf hotel 5 bintang macam ini jadi pilihan julia selalu, murah dan selesa untuk menginap satu keluarga. Kalau korang ke Kuantan Pahang julia cadangkan hotel ini. 


SkyTree Hotel
B-50, Jalan Dato' Lim Hoe Lek, 
25200 kuantan, Pahang.

14 Comments

  1. hotel budget skarang pn ok kn...takyah otel mahal2 asal kelengkapan smua ok

    ReplyDelete
  2. tgok harga pun ok, nak mkan trun je bawah ye, ada kedai mamak..ok sangat juju

    ReplyDelete
  3. tgk hrga mmg murah la dgn katil 2+1 tu

    ReplyDelete
  4. hotel bajet sekraang pun ada standarnya tersendiri..

    ReplyDelete
  5. berbaloi nampaknya....nak terjah hotel ini...pasal ada tugas rasmi di sana tahun 2017.

    ReplyDelete
  6. Harga dia mmg agak berbaloi..ada masa nk ke sana, boleh menginap sini

    ReplyDelete
  7. berbaloi ngan harga..nampak selesa

    ReplyDelete
  8. Murah lah kalau semalaman pun boleh dapat below than 100. Boleh lah menginap dekat sini bila bila nanti :)

    ReplyDelete
  9. Murah juga harga dia kan. Biasanya saya pergi citilite dekat kuantan tu pun harga dia lebih kurang ni juga hehe.

    ReplyDelete
  10. Akak ni. Mmg bab review mmg de best. Biar murah janji selesa. Yeehaa

    ReplyDelete
  11. Akak ni. Mmg bab review mmg de best. Biar murah janji selesa. Yeehaa

    ReplyDelete
  12. Murah sgt2 tu..janji kemudahan menepati citarasa kita kan

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)