Harga Diri Kanak-Kanak
Tak dinafikan saban hari julia tak ketinggalan untuk mencari seberapa banyak ilmu bacaan tentang dunia kanak-kanak. Siapa tak suka kanak-kanak kan, mereka sangat suci dan kalau diajar sesuatu mereka cepat boleh ingat dan menghafal. Hari demi hari konsep bacaan bukan setakat hanya perlu di beli di kedai buku, kini banyak sungguh info yang kita boleh perolehi hanya dihujung jari, cuma pemilihan info itu kita kena dalami sikit, pilih sumber yang diyakini oleh pakar yang telah siap sedia menyediakan kajian terkini ke atas kanak-kanak.
Sambil mencari info, mata melirik salah satu website menarik hari ini iaitu http://www.myhealth.gov.my. Bila selusuri website ini, ternyata julia kematu dan terus nak baca dan baca. Key point dan tajuk demi tajuk sangat beri semangat untuk kenali dunia kanak-kanak lebih jauh lagi. Info ini julia kongsikan disini untuk kita semua selidik dan beri perhatian yang sewajarnya ke atas mereka.
Tidak berlebihan dan tidak leka langsung...bersederhana dan kita perbaiki apa yang kita rasa kurang kan...nak jadi bakal ibu dan ayah memang perlu isi ilmu ini agar nilai-nilai harga diri kanak-kanak dapat digarapkan seawal mungkin.
Mohon share dari portal myhealth.
Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?
Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?
Kanak-kanak ini :
- Mudah berkawan
- Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru
- Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan (bersesuaian dengan umur)
- Boleh mengawal perlakuan dan tingkah laku
- Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain
- Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif
- Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?
Mereka :
- Tidak ceria
- Kurang keyakinan diri
- Perasaan tidak berguna
- Sentiasa berasa letih dan penat
- Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik
- Rasa rendah diri
- Sering gagal di sekolah
Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?
Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :
- Kasih sayang
- Keselamatan
- Bimbingan
- Penghargaan
- Galakan
Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?
Anda harus :
- Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil
- Berikan kasih sayang yang ikhlas
- Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda
- Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
- Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan
- Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan
- Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik
- Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpama-nya ‘ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangi mu’
Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak
- Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak
- Memarahi atau mengherdik atau mengkritik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain
- Memanggil anak-anak dengan perkataan lembap, bodoh, malas dan sebagainya
- Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak
Semoga bermanafaat.
7 Comments
indah dunia kanak2 ni sebenarnya :D
ReplyDeletesyahmi ade masalah selalu beras arendah diri :( akak tak tahu nak buat macam mana sampai ade sorg cikgu kat sekolah cakap "Syahmi ni too sensitif tu yg lembik tuh" :(
ReplyDeletesetuju dengan artikel ni. ibu bapa yang kena mencorak kehidupan anak-anak dan bina characteristic dia hehe, btw saya singgah dan follow blog akak ya. jemput melawat blog saya :)
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletebagus info ni kak, sekurang-kurangnya, kita dapat serba sedikit info yang kadang tu orang terlepas pandang =)
ReplyDeletenice info .. aril singgah ye . done follow blog ni ..
ReplyDeleteNice sharing jue
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)