Tajaan Travel #1: Suria Cherating Beach Resort Percutian Menarik Tepi Pantai !
Cherating, 21 Januari 2017 - Saat pertama kali menjejakkan kaki ke Suria Cherating Beach Resort, mata di jamu dengan panorama kehijauan di ruang jalan masuk utama ke sini. Nyaman je rasa mata, memang dah lama julia cari resort yang berhampiran dengan pantai, memang resort ini pilihan tepat sekali.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Cherating makan masa lebih kurang dalam 3 jam sahaja, cuaca mendung dan tak panas memudahkan kami untuk teruskan trip santai kali ini. Setibanya di ruang legar lobi resort, julia terus check in dan dapatkan info lanjut kemudahan yang ada sekitar resort ini. Sambutan senyuman mesra oleh pegawai dan staf Suria Cherating Beach Resort julia nak puji, ramah dan tidak sombong, alhamdulilah urusan di lobi cepat.
Pelbagai pilihan tempahan bilik
Mesti anda nak tahu kan resort ini menyediakan kemudahan bilik hotel mengikut kategori bagaimana. Anda boleh layari website Suria Resorts disitu ada dinyatakan pelbagai pilihan kriteria bilik yang boleh anda tempah mengikut hari dan kekosongan bilik yang ada.
Sudah semestinya pilihan julia mestilah mengadap pantai kan, tapi hari yang dipilih penuh maka julia pilih Terrace Garden View. Nice tau bilik hotel jenis terrace, sebab di luar bilik ada 2 kerusi rehat dan coffee corner untuk kita beriadah sambil minum kopi.
Pilihan bilik yang boleh dipilih:
- Superior Garden View
- Deluxe Sea View
- Terrace Sea View
- Terrace Garden View
- Suria Suite
- Pakages (kalau honeymoon pilihan ini lebih menarik)
Harga Penginapan
Paling dinantikan oleh anda semua pasti nak tahu berapa harga anggaran harga penginapan disini betul tak...range harga untuk bilik-bilik disini anda boleh rujuk jadual dibawah yang julia print skrin di website Suria Resorts.
Berbaloi dan harga sangat murah kan...lets say anda nak menginap superior garden harga semasa yang tercatat hanya RM130 sahaja...lihat harga asal tu.
Beza banyak diskaun kan...jadi anda kena rajinlah buat semakan semasa untuk lakukan perbandingan, mana tahu rezeki anda dapat harga promosi.
Inilah ruang ketibaan di lobi Suria Cherating Beach Resort, sampai je depan ni terus staf suria bantu kami ambil beg di but kereta bawa ke atas, layanan yang sungguh mesra dirasakan.
Paling dinantikan oleh anda semua pasti nak tahu berapa harga anggaran harga penginapan disini betul tak...range harga untuk bilik-bilik disini anda boleh rujuk jadual dibawah yang julia print skrin di website Suria Resorts.
Berbaloi dan harga sangat murah kan...lets say anda nak menginap superior garden harga semasa yang tercatat hanya RM130 sahaja...lihat harga asal tu.
Beza banyak diskaun kan...jadi anda kena rajinlah buat semakan semasa untuk lakukan perbandingan, mana tahu rezeki anda dapat harga promosi.
Inilah ruang ketibaan di lobi Suria Cherating Beach Resort, sampai je depan ni terus staf suria bantu kami ambil beg di but kereta bawa ke atas, layanan yang sungguh mesra dirasakan.
Mata tak henti-henti memandang ruang sekitar lobi Suria Cherating, wahhhhhh luasnya, sudut dekonya simple dan perabot yang digunakan sangat selesa. Anak julia si Qaiser ilman suka lah menerawang sekitar resort ini, ada sahaja yang dia tanya terutama anak tangga tu.
Menarik framenya, sekali pandang nampak fresh dan segar. Dekorasi moden dengan lighthing menampakkan ruang ini jadi luas dan tenang je. Jom kita site visit keseluruhan isi resort ini.
Ruang riadah
Kolam renang berhadapan resort dan pantai. Tak sabar nak splashing sambil menikmati suasana menarik disini.
Free breakfast, welcome drink dan kunci bilik diatas G. So apa lagi jom kita terjah bilik sekarang.
Terrace Garden View
Katil yang empuk dengan suasana bilik yang luas buat rasa diri tak nak keluar dari bilik dah hehe. Hasil penelitian julia, perabot yang disediakan cukup selesa dan dapat memuatkan keluarga lebih kurang 3-4 orang dalam satu masa. Jika anak ramai masih ada lagi ruang kawasan untuk dibentangkan katil tambahan. Boleh call operator untuk tambahan katil ya.
Inilah sudut garden view, sambil menikmati keindahan diluar taman, boleh bancuh kopi atau teh sembang disini, udara sejuk dan nyaman menerawang segenap diri.
Kemudahan yang disediakan:
- Open Free WiFi.
- TV LCD dengan pelbagai siaran jelas.
- Peti ais berfungsi dengan baik.
- Seterika dan sejadah disediakan terus dalam almari (tak perlu request).
- Bilik kondusif
- Penanda kiblat
Bantal tambahan pun disediakan oleh pihak resort, memang betul-betul kondusif dan selesa. Lagi-lagi bab seterika itu lah paling penting buat kaum wanita nak seterika tudunglah, bajulah betul tak hehe.
My son Qaiser ilman, seronok dia tau. Lama umi dia tak bawa jalan itu yang tak senang duduk tu.
Makanan yang disediakan oleh Suria Cherating Beach Resorts
Kalau nak dinner, pilihan di sini pun sangat meriah, harga berbaloi dengan portion makanan yang disediakan ya. Kalau nak walk in makan di cafe pun boleh atau paling senang buat panggilan telefon operator resort order menu dari bilik. Pilihan menu memang siap sedia ada di bilik so boleh buat pilihan mengikut citarasa anda.
Kami nak bersenang lenang je kat bilik, so kami order Chicken Chops dan Nasi Goreng dengan air teh o ais.
Nak dinner di cafe suria cherating pun boleh, luas dan banyak kemudahan meja dan kerusi di sediakan.
Selamat Pagi !
Jom Sarapan
Lihatlah permandangan pagi yang indah dan sejuk digambar ini, wahhhh tenang je dirasai, hilang terus tekanan. Makin rasa semangat untuk terus melangkah ke cafe menikmati sarapan.
Jemput klik video dibawah, live view julia rekod semasa on the way ke cafe bersama anak dan suami tercinta.
Disinilah kami menikmati sarapan kami, luas betul cafe yang berhadapan betul-betul dengan Pantai Cherating, membuak-buak rasa nak book tempat makan depan pantai...jom korang!
Sunset....Ya Allah, tak terkata melihatnya, sambil menikmati sarapan, lihat permandangan seperti ini alangkah beruntungnya rasa dihati...serius, memang jatuh cinta!
Bihun goreng, nasi lemak, roti, sosej, air mango, tembikai dan pelbagai lagi jenis hidangan disediakan disini. Nasi lemak pun sedap, jemput makan ya.
Selesai sarapan pagi, kami terus lakukan aktiviti santai depan Suria Cherating Beach Resort, kami nak main pasir tepi pantai, my son nak buat istana pasir katanya hehe, julia apa lagi nak selfie dan menikmati panorama indah puas-puas bersama suami tercinta. Ramai yang hadir ke resort ini ya, ada yang buat team building dan family day, bas pun banyak. So resort ini memang meriah dengan kehadiran mereka semua. Sedikit sebanyak boleh tambah kenalan baru kan.
Permandangan pantai depan cafe Suria Cherating...nikmat tak terkata melihat pantai dan ombak membelah pantai. Jom buat istana pasir !
Kalau korang nak main aktiviti bola pantai, disini disediakan gelanggang untuk korang bermain. Luas dan selesa.
Bonus buat anak-anak kecil, disediakan tempat playground untuk mereka bermain, suka lah my son dapat main berulang kali disini.
Apa lagi, inilah moment paling dinantikan jom mandi kolam puas-puas.
Hasil kepuasan:
Dari keseluruhan tinjauan julia berikan 4 bintang dari 5 bintang untuk resort ini, ternyata staf Suria Resort banyak menyumbang kepuasan julia menginap disini, layanan mereka A class, call pun cepat diangkat, tanya secara berdepan pun disulami dengan senyuman, memang puas hati.
Rasa nak ulang semula menginap disini pada masa akan datang, bagi anda berminat nak rancang percutian disini, boleh dapatkan info lanjut seperti dibawah. Selamat travel !
Info Lanjut:
Website: Suria Resort
Facebook: Suria Cherating Beach Resort
Instagram: Suria Cherating Beach Resort
Alamat:
Suria Cherating Beach Resort
KM32.5, Jalan Kuantan/Kemaman,
26080 Cherating, Pahang
Tel : +609-581 9898
Fax : +609-581 9797
41 Comments
bestnyaaaaa lama tak bercuti di belah2 kuantan sana,next month la ikut group
ReplyDeletekbba huhhu
Belah kuantan byk kawasan tarikan yg menarik...tak jauh dari KL only 2-3 jam dah sampai.
DeleteCherating memang best dik!
ReplyDeleteMemang ohsem cherating...terutama pantainya...cantikkk
DeleteNampak seronok. Mesti pergi ni. 😍
ReplyDeleteMemang seronok dengan permandangan yg indah...penginapan pun harga murah...best!
DeleteWaa bestnya juju..seronok ler bercuti..
ReplyDeleteBetul kak...lepaskan tekanan dok bandar datang sini lega betul!
DeleteMurah jer...ingatkan mahal
ReplyDeleteMurah kan...tp kena book cpt2 kalau tak melepas hehe
DeleteTak sangka harga nya murah gak!
ReplyDeleteBoleh terjah ni
Kan kak nina...tak sangka murah...tapi resort ni nampak ekslusif...sesuai nak anjur family day
DeleteWow... Harga pun tak mahal sangat
ReplyDeleteBerbaloi allene
Deletewah bestnya tempat ni...
ReplyDeleteSejuk tenang je kawasan resort ni SS...parking pun luas...memang romantik percutian kt sini.
Deletewahhh cantik, kemudahan pun banyak. boleh jadi resort pilihan ni kalau bercuti ke cherating.
ReplyDeleteye...sesuai dgn bajet kan...yg ptg jimat boleh tambah hari stay lama sikit hehe
DeleteBestnyaaa , murah pulak tu. Lama dah teringin perfi cherating
ReplyDeletePlan lah awal lisa...sempat lg tu...bukan cherating je byk resort under suria boleh pilih...jom jom
Deletememang cantik dan boleh release stress pergi situ.....
ReplyDeleteMemang betul2 all out release stress dok sini...kalau nak cari makan kt luar resort pun dekat banyak pilihan tau...syokkk
Deletememang cantik dan boleh release stress pergi situ.....
ReplyDeleteEhh murah laa harga bilik tu. Bawak anak anak mesti enjoy ni, mandi kolam sampai kecut! Hehehe
ReplyDeleteJom gi ramai2 ajak family members book sekali...meriah tau.
Deletewahhh..bestnya..:)
ReplyDeletememang best normi
DeleteCantiknya resort nih..boleh masuk wishlist :)
ReplyDeleteYes masukkan wishlist confirm tak menyesal...best!
DeleteBestnya..harga pun okay,boleh lah bila-bila cuti nanti datang sini :)
ReplyDeleteKak sue pi tau...mesti anak2 sis suka mandi kolam hehe
Deletesiap iron. tepi pantai.. mak aih syioknyaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteKan terkejut gak siap ada iron dan board siap2 dlm bilik...walhal hotel mahal je selalu jumpa...resort pun sedia kemudahan cm ni mmg senyum meleret la shehan hehe
DeletePernah duduk kat suria cherating, bilik best, makan best, suasana best, semua best....
ReplyDeleteWahhh terbaik lah razi...satu testimonial yang baik buat Suria Resort ni...syabas
Deletebestnye, cantik tempat tu..tp dekat dah dgn kampung husband..pelik pulak kalau duk situ..hehe
ReplyDeleteLiyana...kampung suami julia pun dkt kuantan gak...tak jadi masalah pun menginap disini sekali sekala...tukar angin....bawalah mertua sekali bercuti...dekat pun best hehe
Deletewahhh cantik, tempat pun bersih..tak pernah sampi sini lagi, mungkin one day kan
ReplyDeleteRancang dan book awal zie azi...sementara masih harga murah ni baik book awal...bercuti dgn suasana santai...relaks je
DeleteSukaa jugak menginap dekat sini sebab dekat dengan pantai. Hehe. Nani hari tu dapat bilik menghadap pantai, memang syokk lah 😍
ReplyDeletekuantan banyak tempat menarik kan. sempat terjah 1 je hari tu. boleh masukkan Cherating dalam list ni
ReplyDeletebtw gambar semua cantik cantik Juju!
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)