Hari ini sempat terjah CIMB Bank kawasan Sentul, Kuala Lumpur jam 10.30 pagi semata nak tukar kad baru. Alhamdulilah tanya kaunter nak amik nombor katanya ada dalam 5-3 orang di depan julia. Wahh langkah kanan sempena hari Jumaat tak sangka tak ramai orang, datang sini kebetulan kawan opis nak renew debit kad di Maybank cawangan pun sebelah-sebelah je so baik datang Sentul mudah kerja.

Nombor giliran julia...kena isi nama, ic dan tandatangan. Simple betul cara nak tukar kad baru ni, tak renyah pun.

Tak sampai setengah jam menunggu giliran nombor dah panggil hoooreyyyy...dalam kepala macam-macam nak tanya pegawai bank hehe

Cara Nyah Aktif PayWave 
PayWave hanya boleh di nyah aktifkan di kaunter bank CIMB sahaja tau, tak boleh guna online depan pegawai bank julia tanya memang itulah jawapannya, bagi korang masih belum terlambat nak tukar my debit cimb yang baru tau sebab dibuka sehingga waktu cuti juga...jangan lupa kalau tak nak aplikasi PayWave ingatkan pegawai bank berkenaan untuk off kan aplikasi di kad baru korang.

Kad julia dah tak ada aplikasi PayWave, ada sebab tersendiri lah julia tak nak semua sangat senang di swap, kebetulan sekarang macam-macam kes kan, so baik berjaga. Baik susah sikit nak bayar duit tu baru jimat lebih hehe kalau mudah semua hmmm tak lama la duit tu dalam bank tau.

Kelebihan PayWave asalnya
- tak perlu tunggu masa bayar terlalu lama di kaunter, just swap dan balik
- kad yang perlu disentuh di terminal khas dan tak perlu sebarang tandatangan mahupun masukkan nombor pin
- jimat masa dan tenaga

Alhamdulilah, CIMB My Debit + Maybank My Debit dah berjaya tukar, lega boleh tidur lena malam ni, kalau tak asyik bertangguh je risau. Yeyy happy holiday semua cuti sampai isnin kan hooreyyyy. Bye!

10 Comments

  1. oo, kena turn off kat kaunter rupanya..tak tau plak..saya tak suka jenis sentuh je.. buatnya kena curi.. jenuh kita..nk habiskan duit dlm kad tu x susah pun..kejap jer blh..huhu..thanks for the info..pasni nk p bank la plak..

    ReplyDelete
  2. turn off tu just atas rm250 je ke kak ?
    kalau g counter.. peg. bank cakap tak boleh turn off. ada la yang mengadu gitu dekat lisa ...

    ReplyDelete
  3. tu la paywave kena cancel thru kaunter..bahaya juga kalo kad ilang sbb org bole guna tanpa perlu sign huhu....akak cuti smp 2017...see u 2017 :)

    ReplyDelete
  4. Alaa tak tahu pula boleh turn off. Org bank takde inform pape...malasnya nak kena beratur balik

    ReplyDelete
  5. ooo boleh nyah aktifkan ya. baru tahu. nak buat jgak! tq for the info ya :)

    ReplyDelete
  6. Baru tau boleh deactivate paywave, nak buat gak lah. Tak konfiden sgt paywave ni

    ReplyDelete
  7. BARU TUKAR HARI NI, 17/2/17.
    TANYA PEGAWAI, MCM MANA NAK DEACTIVATE FUNSI PAYWAVE (CONTACTLESS TRANSACTIONS), DIA SURUH CALL NO CUSTOMER SERVICE. ADA KAD BELAKANG KAD TU.
    CALL DAN BERJAYA DEACTIVATED.

    ReplyDelete
  8. Tak bole buat online ke?. Mcm mybank

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)