Hai semua, apa khabar. Dah lama rasa tak sembang-sembang santai kan, asyik sembang dalam entry yang ada cerita berat je...tak lama lagi dah nak terjah tahun 2017 kan. Lagi 3 hari je nak Happy New Year 2017, tapi julia dah pasang niat azam 2017 tu sejak 3 bulan lepas lagi...amboiii awalnya semangat nak tahun 2017. 

Apa yang semangat tu...
Syhhh..bukan kisah jalan-jalan. Macam tahun-tahun lepas kan julia asyik update 1 year punya plan nak berjalan ke mana kan, fly ke mana kan...but next year julia dah nak tumpu perkara lebih penting. Lebih penting dari jalan-jalan... nak tumpu kepada bidang dunia hartanah. amboiiiii kan hahaha, jangan ketawa je lebih julia...simpanan kau cam ne haaa...

By the way, aku dah kerja almost 9 years, selama 9 tahun aku buat simpanan 50% gaji setiap bulan untuk tabungan kecemasan yang meliputi angan-angan nak beli beberapa rumah...amboiiiiiiii lagi. Yelah dari angan-angan 9 tahun tu lah aku jatuh naik jatuh naik dari segi bayar hutang PTPTN...dah merdeka 5 tahun dari ujian tu so aku leh menyimpan lebih dari itu dengan pakai kereta paling biasa-biasa...Viva je pun. 

Itu sebab aku dah simpan niat...hasil tabungan aku lebih banyak dari suami sebab suami lebih banyak komitmen berbanding aku, then biar aku yang menabung lebih...lebih...lebih. 

Tahun ini almost 100k lebih simpanan cair dan tak cair meliputi ASB, KWSP dan bank-bank seangkatan.

Aku selain kerja biasa-biasa ni, aku buat kerja sambilan, jual Ephyra. Sebab tu income sampingan campur simpanan gaji aku lebih cepat membiak...bayangkan this year sahaja 30k aku boleh simpan tanpa disentuh, bayangkan tahun-tahun yang lepas simpanan biasa lagi kan...(cuma aku zero pasal dunia hartanah, nak melabur aku takut, takut kena tipu haaaaaaa sekarang aku dah ada mentor...ni ni kat bawah ni)

Ini betul dan aku buat 100% hehehe 

Tujuannya untuk bayar duit muka rumah - pertama, kedua dan ketiga.

Ya aku berazam sebelum capai umur 40 tahun, aku dah ada sekurang-kurangnya 2 ke 3 biji rumah (atas nama aku hahaha penting)...rumah pertama duduk sendiri, rumah kedua dan ketiga rumah low cost (maybe nak main bawah 100k sahaja) area Selangor...nak sewakan.

Nak capai cash flow positif balik aku kena tunggu umur aku bersara...time tu aku dah tak perlu fikir duit pencen aku tak ada...aku ada 2 biji rumah bagi aku cash flow positif tiap-tiap bulan untuk sara hidup aku....yelah mana tahu kan masa depan ni kita kena rancang sekarang...aku tak nak nanti jadi apa-apa dekat aku, aku tak ada income apa-apa untuk pertahan.

Sekarang aku tengah fikir nak buat atau join bisnes kedua, ephyra memang money cash flow aku awesome...saban hari ada sahaja orang nak tanya dan booking beli...cuma tahun 2017 aku nak tambah lagi sumber pendapatan sampingan supaya aku boleh capai beli rumah kedua (low cost).


Result:
1. Sebelah kaki dah dapat, sebelah kaki lagi tunggu rumah je siap.
2. Tengah menabung ke arah itu semangat, semangat, semangat!
3. Lebih dari 6 bulan gaji dah aku simpan beberapa tahun lepas
4. 1k lebih setiap bulan memang kewajipan simpan tetap kat ASB
5. Kereta tak ada masalah, sebab family memang banyak kereta habis hutang hahaha

(Sekarang aku tumpu kepada point nombor (DUA) sahaja...dua rumah untuk pelaburan)

Semangat lagi bila setiap hari aku tak pernah miss nak baca kata-kata semangat dari seorang anak muda ini di FB berkenaan dunia hartanah...semakin hari semakin bersemangat aku rasakan...dan semangat tu aku alirkan pada suami dan anak...kata-kata positif...simpan...simpan duit...simpan...sebab bila duit kau banyak simpan...melebihi 6 bulan angka gaji - kau akan rasa tenang...kalau ada kecemasan kau tak kan meminta pada kawan atau keluarga atauuu buat personal loan...

Biarlah apa orang selalu kata...perli dan nak maki...sebenarnya aku dah hidup selesa dengan hasil tabungan sejak dalam angka 9 tahun berkhidmat dan 5 tahun bebas hutang...aku boleh belanja apa sahaja aku nak malah ke Paris sekali pun boleh aku fly seorang...tapi....bukan itu motif buat masa ini...apa aku nak matlamat 5 tahun lepas aku sekarang sudah semakin dekat dan menghampiri...tak ke gembira!

Sebelah kaki aku dah lepas loan rumah, sekarang tengah deal untuk urusan selanjutnya...sebelah kaki lagi tengah menunggu rumah idaman siap dalam beberapa tahun lagi...bukan rumah atas tanah...hanya kondo...dekat rumah family, tak jem, dekat dengan pejabat dan tanpa tol (dekat kawasan yang aman tenteram)...itu menjadi objektif, orang mesti kata kenapa kau tak cari rumah bawah hahahaha ayat tu biasa dengar sebab kau je yang tau tanya, tapi tanya tak kondisi kawan kau tu nak apa sebenarnya...nak kejar hartanah perlu sangat ke nak ambil kira aku dok atas tanah...ko dok atas angin...(terus cakap tak best) teruk perangaiiiiii...(mentaliti suka banding2 diri sendiri tu patut kikis jauh2 sebelum aku buat muka senyum kelat...nampak nau fikiran tak matang, siannnn)

Kenapa kena perlu tiru orang...kita ukur diri sendiri, kita corak kebahagiaan kita sendiri...kita paksa diri untuk belajar dan gali ilmu dunia hartanah...semakin gali semakin kau rasa banyak aku tak tahu...bila dah tahu kau ajar family kau dulu sebelum ajar kawan kau...sebab kawan kau belum tentu percaya kata kau hahahaha kecuali percaya bila dia nak tengok mata dia sendiri...selalu gitu dah tak yah buang masa, kau utamakan family punya cerita...ini selalu terjadi.

Doakan aku agar aku dapat capai impian lagi nak menabung beli rumah kedua dan ketiga, sekarang aku tengah nak mantapkan simpanan, nak wujudkan CCRIS yang positif agar pihak bank cair dan tertarik untuk aku & suami buat second loan utk rumah low cost ...amin...amin...amin tahun 2017 dan tahun seterusnya. 

Tengah sibukkan diri bergaul dengan orang-orang bijak pandai dunia hartanah...
SEMANGAT !

10 Comments

  1. tahniah juju, semangat tu yg penting..caiyokkk

    ReplyDelete
  2. nice sharing. inshaAllah nunu pn nak jadikan 2017 lebih positif.. :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah juju! Kagum dgn cita cita dan semangat juju. Moga segala impian juju akan tercapai, Amin

    ReplyDelete
  4. eh..cikgu kita sama lah. Samalah start kerja 2009. nak masuk 9 tahun dah . Rumah pertama pilih untuk duduk utk keselesaan anak2. rumah kedua dan ke3 nak sewakan. InsyaAllah sebelum 35 tercapai. Amin

    ReplyDelete
  5. semangat nya baca. tahniah juju..

    ReplyDelete
  6. tetiba semangat.. tp kite srt je kak ju..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)