Berhati-hati dijalan raya, sambil menunggang pakailah topi keledar. Hah, dah lama tak cerita pasal abam Qaiser ilman kan...ada sesapa rindu tak dengan keletah dia yang mencuit hati? Lagi 2 bulan lagi abam bertuah nak pi tadika dah, dah kena pandai berdikari sendiri, bergaul dengan rakan sebaya. Cukuplah hari-hari nampak muka umi dengan walid je...hehehe.

Ni lah contoh diatas, berhati-hati semasa mengambil air minuman, abam Qi pakai topi keledar tau hahaha, dia mana pernah ada pengalaman naik motosikal pun, tapi dia nampak, dia ambil terus pakai, pastu minta umi kancingkan dekat leher...hahahha adoilaa anak...topi keledar pakcik dia ni dia sebat...

Muka selumber habis...siap muka serius...masa ni majlis kenduri tahlil sedang berlangsung rumah nenek dia, bayangkan dia punya tahap rajin nak serve air dekat orang yang datang sambil berhelmet...

Habis pecah satu kenduri dengan hilai tawa semua melihat abam 4 tahun ni punya cerita...adoilah anak...orang dok sibuk kenduri kendara...dia pun sibuk sama nak tolong dengan berhelmet...

Umi tak dapat nak larang, asalkan tak merbahaya teruskan niat murni tu abam Qi...bagilah contoh pada orang-orang kampung keselamatan perlu diutamakan tak kira walaupun pi kenduri hahahahha....kadang-kadang anak kecil kita ni tunjuk contoh yang positif...jangan halang, bagi tau dia, apa fungsi topi keledar ni semasa menunggang motosikal...jangan dimarahi, mereka sedang membina IQ tinggi...galak mereka selagi boleh.

Mereka meniru, 
kita pandu ke arah yang lebih menarik untuk difahami...kan menarik hidup...sekian celoteh pendek kisah abam Qi yang mencuit hati, anak bertuah! :*

7 Comments

  1. eksaited sangat tu dpt pakai topi keledar hehehe

    ReplyDelete
  2. Hahah. Comel je bagi air siap pakai topi keledar :)

    ReplyDelete
  3. comel je,tu yg belakang sepupu dia pun mengikut sama pki helmet
    seronok dpt balik kmpong ye

    ReplyDelete
  4. hahahaha....untuk keselamatan amik air pun pakai helmet ko.....

    ReplyDelete
  5. alahaiii si hensemmm..jom dating..hihi
    bgs abam qi ni..utamakan keselamatan..hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)